Bukti Cochrane dalam pelbagai bahasa

Hanya kira-kira 6% penduduk dunia adalah penutur bahasa Inggeris asli, dan 75% orang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris sama sekali.

Ramai orang tidak mempunyai akses kepada maklumat kesihatan yang berkualiti tinggi, kerana ia tidak mudah didapati di dalam bahasa yang mereka faham. Kami menterjemah bukti Cochrane untuk menjadikannya lebih mudah dicapai, dan mengurangkan halangan linguistik kepada bukti termaklum keputusan kesihatan global.

Kumpulan Cochrane di bahagian yang berbeza di dunia mengetuai aktiviti terjemahan pengetahuan kami dalam bahasa yang berbeza. Mereka menterjemah Ulasan Cochrane dan kandungan Ulasan yang berkaitan, seperti podcast atau blogshots. Tetapi mereka biasanya juga atau sebaliknya menulis dan menyebarkan berita dan kandungan lain dalam bahasa mereka, melakukan media sosial, bekerjasama dengan masyarakat profesional, pembuat dasar, kumpulan pesakit atau media di negara mereka, dan menawarkan latihan.

Kebanyakan kumpulan Cochrane tiada atau ada sangat sedikit pembiayaan untuk terjemahan. Sesetengahnya mendapat sokongan daripada pembiayatempatan mereka, contohnya kementerian kesihatan atau universiti yang menganjurkan, pembiayaan pusat Cochrane, atau geran sementara, tetapi kebanyakan melibatkan masa sukarelawan yang banyak.

Ketahui lebih lanjut tentang terjemahan di Cochrane dan bagaimana anda boleh menyumbang.

Baca bukti Cochrane di cochrane.org dalam pelbagai bahasa

Di bahagian atas halaman utama cochrane.org, anda boleh lihat semua bahasa yang sering kami terjemahkan. Klik bahasa pilihan anda untuk bertukar kepada versi terjemahan cochrane.org.  Apabila anda melihat ringkasan Ulasan Cochrane, anda akan melihat bahasa di atas, yang mana ia telah diterjemah dan boleh memilih daripada senarai. Sila ambil perhatian bahawa tidak semua Ulasan mempunyai terjemahan dalam setiap bahasa, oleh itu bilangan terjemahan yang tersedia bagi setiap bahasa adalah berbeza-beza. Selain itu, beberapa kandungan cochrane.org, khususnya berita, tidak diterjemahkan dan akan dipaparkan dalam bahasa Inggeris.

Klik di bawah untuk memilih bahasa yang anda ingin lihat cochrane.org dalam: