Langkau ke kandungan utama

Tentang kami

Kami menjaga dan memperbaik kehidupan melalui bukti kesihatan yang lebih baik

Cochrane adalah sebuah rangkaian global, bebas, bukan berasaskan keuntungan terdiri daripada para penyelidik dan profesional kesihatan, pesakit dan penjaga yang bekerjasama menghasilkan dan mempromosi maklumat kesihatan terpercaya, berkualiti tinggi yang meningkatkan kesihatan dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Visi kami

Dunia di mana keputusan kesihatan adalah berdasarkan bukti yang tepat pada masanya, terpercaya dan relevan.

Misi kami

Kami adalah sebuah organisasi bebas yang bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk menghasilkan bukti yang mudah diperoleh, terpercaya dan menyokong penggunaannya untuk memberikan kesihatan yang lebih baik dan saksama untuk semua.

Pendekatan kami

Kami menyemak semua penyelidikan mengenai pelbagai topik kesihatan, dan meringkaskan bukti terbaik untuk membantu pesakit dan organisasi kesihatan membuat keputusan termaklum.

Kami menggunakan kaedah yang sofistikated untuk menggabungkan dan membandingkan kajian, kadangkala ratusan daripadanya. Ini menjadikan ulasan kami lebih boleh dipercayai berbanding kajian individu. Produk akhir ialah sejenis bukti kesihatan yang dikenali sebagai 'ulasan sistematik'. Cochrane dianggap sebagai pemimpin dalam ulasan sistematik oleh para profesional kesihatan, penyelidik dan penggubal dasar di seluruh dunia.

Bukti kesihatan kami telah membawa perubahan dalam rawatan dan dasar yang telah menyelamatkan dan memperbaik berjuta-juta nyawa: bayi pramatang, wanita hamil, pesakit trauma, warga emas, mereka yang menghidap penyakit paru-paru kronik, COVID-19, malaria, kehilangan penglihatan, demensia, penyakit mental dan banyak lagi.

Captured in the Democratic Republic of Congo (DRC), this image depicted a Centers for Disease Control and Prevention (CDC) public health worker on the left, in the process of training local healthcare workers in routine maternal, and newborn health surveillance methods.
Apa yang kami lakukan

Bagaimana kami bekerja untuk menghasilkan bukti yang meningkatkan kesihatan untuk semua

Kesan kami

Bagaimana kami memperbaik kehidupan orang ramai dan kesihatan global

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan