Jika anda seorang pesakit, keluarga atau penjaga mereka, anda boleh memainkan peranan penting dalam kerja kami. Pakar kesihatan, penterjemah, penyelidik dan orang ramai kesemuanya boleh membawa perbezaan kepada kesihatan global.
Apabila anda menjadi sukarelawan dengan kami, anda memperoleh kemahiran baru, bertemu orang baru, mengembangkan kerjaya anda, dan membawa perbezaan kepada kehidupan orang ramai. Kami memberikan anda latihan dan sokongan percuma, dan anda memperoleh mata untuk Keahlian Cochrane, yang membawa lebih banyak faedah. Daftar untuk akaun Cochrane dan libatkan diri hari ini!
Bersukarela mengikut kemahiran dan jadual anda

Ambil tugasan penyelidikan
Tawarkan masa dan kemahiran anda kepada para penyelidik kesihatan melalui Cochrane Engage.

Menjadi saintis rakyat
Klasifikasikan penyelidikan di Cochrane Crowd dan bantu kami mengenal pasti kajian berkualiti tinggi.

Bantu menterjemah bukti kami
Gunakan kemahiran bahasa anda dan bantu lebih ramai orang mengakses bukti kami.
"Cochrane membolehkan semua orang mengambil bahagian dalam penyelidikan penting. Ia merupakan satu keistimewaan yang menarik dapat menyumbang kepada bukti yang menjadi asas penjagaan pesakit." Gabriel Kwok, pelajar perubatan, Singapura
"Daripada pakar kepada saintis rakyat pemula: libatkan diri! Kumpul pengalaman dan mata keahlian, dan berasa bangga kerana anda menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik untuk semua." Hebatullah Abdulazeem, penyelidik, Jerman
Perkaya bukti kami dengan pengalaman hidup anda

Ambil kursus percuma kami
Ketahui lebih lanjut tentang apa yang Cochrane lakukan dalam panduan bukti kesihatan pemula kami.

Komen pada ulasan yang sedang dijalankan
Gunakan pengalaman kesihatan anda untuk membantu menjadikan bukti kami relevan, boleh diakses dan sensitif.

Sertai Rangkaian Pesakit dan Masyarakat kami
Langgan surat berita kami bagi mendapatkan sumber, diskaun acara, untuk menyatakan pendapat anda dan banyak lagi.
"Saya telah memberikan maklum balas kepada editor melalui ulasan rakan sebaya dan ringkasan bahasa mudah dan sering mendengar bahawa mereka bersetuju dan menghargai input tersebut." Brian Duncan, pesara eksekutif awam dan ahli Rangkaian Pesakit dan Masyarakat Cochrane, Amerika Syarikat
"Saudara-mara saya, kenalan dan saya sendiri kini lebih ingin tahu tentang maklumat penjagan kesihatan berkat penglibatan kami dalam penyelidikan kesihatan." Ndi Euphrasia Ebai-Atuh, akauntan dan ahli Rangkaian Pesakit dan Masyarakat Cochrane, Cameroon
Berkongsi kepakaran profesional anda

Menulis ulasan Cochrane
Menulis ulasan sistematik yang mempengaruhi dasar dan amalan kesihatan di seluruh dunia.

Terokai kumpulan kami
Ketahui tentang kumpulan, unit, bidang dan rangkaian penyelidikan pakar kami.

Kembangkan kerjaya anda
Sertai Rangkaian Profesional Kerjaya Awal kami untuk membina kenalan dan pengalaman anda.

Ambil bahagian dalam Hab Jurulatih kami
Berkongsi idea dengan orang lain yang menyediakan latihan dalam menghasilkan atau menggunakan bukti Cochrane.
"Saya sangat menyukai Cochrane sebagai peneraju sintesis bukti . Sentiasa ada sesuatu yang baru untuk dipelajari! Saya sangat berbangga kerana saya adalah sebahagian daripada rangkaian yang bereputasi dan kukuh." Ishanka Weerasekara, Australia
"Mengambil bahagian dalam kerja Cochrane merupakan keputusan yang sangat baik. Salah satu matlamat saya adalah untuk menyumbang kepada penyelidikan berkualiti tinggi dan menghasilkan bukti bebas yang mempromosikan kesihatan dan mengurangkan ketidaksamaan." Dr Luis Rafael Moscote-Salazar, penyelidik, Colombia
Lebih banyak cara untuk melibatkan diri
Bekerjasama dengan kami
Kongsi nilai kami? Hubungi kami untuk membincangkan perkongsian teknologi, sumber atau amalan terbaik.
Membiayai kerja kami
Kami bergantung kepada amanah, yayasan dan kedermawanan untuk menjayakan kerja kami. Hubungi kami.