Rangkaian Profesional Kerjaya Awal bertujuan menyediakan ahlinya peluang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran mereka dengan menyediakan platform untuk rangkaian antarabangsa dengan profesional diperingkat awal kerjaya atau ahli lain dalam komuniti Cochrane.

Kami berhasrat untuk memfokus kepada pembangunan kemahiran kepimpinan bagi ahli kerjaya awal komuniti Cochrane dan menggalakkan penglibatan aktif Profesional Kerjaya Awal dalam membentuk misi dan visi komuniti Cochrane.
Objektif-objektif kami
Semua aktiviti Rangkaian Profesional Kerjaya Awal Cochrane boleh dikelaskan dalam empat objektif teras:
1. Rangkaian antarabangsa dengan bertukar-tukar pengetahuan, pengalaman, dan idea ahli, mempromosi interaksi antara ahli, dan memperbaik kemungkinan untuk kolaborasi penyelidikan .
2. Mewakili para pelatih dengan memudahcara kolaborasi rapat dengan komuniti Cochrane, membolehkan penglibatan aktif ahli Cochrane Profesional Kerjaya Awal dalam membentuk misi dan visi komuniti Cochrane.
3. Penglibatan aktif pesakit dengan meneroka bagaimana kami, sebagai komuniti saintifik, boleh meneroka kolaborasi dengan pesakit (lebih muda) dengan lebih baik dalam projek dan penyelidikan.
4. Terjemahan pengetahuan dengan menyiasat cara ulasan Cochrane diguna dan bagaimana kami boleh memaksimumkan penyebaran keputusan, melalui kolaborasi komuniti Cochrane.
Aktiviti kami
Rangkaian Profesional Kerjaya Awal menganjurkan aktiviti regular, termasuk kelab jurnal, pertemuan dalam talian, serta penglibatan aktif di Kolokium Cochrane tahunan.
Peristiwa lalu
Lihat Profesional Kerjaya Awal senarai main di saluran Youtube Cochrane untuk rakaman kelab jurnal lalu dan pertemuan dalam talian.
Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas bagaimana Rangkaian Profesional Kerjaya Awal boleh berkhidmat lebih baik kepada ahli dan komuniti serta cadangan-cadangan untuk aktiviti baharu. Lihat bagaimana untuk menghubungi kami.
Surat berita kami
Langgan surat berita Rangkaian Profesional Kerjaya Awal untuk 'kedai serenti' sumber, latihan, peristiwa, peluang, ciri dan blog yang relevan dengan para penyelidik kerjaya awal. Daftar untuk akaun Cochrane dan daftar untuk semua surat berita yang anda minati, termasuk surat berita Rangkaian Profesional Kerjaya Awal.
Arkib surat berita
2026
2023
Kumpulan pemandu kami
Soumya Shivananda (Pengerusi)
Soumya ialah seorang penyelidik dalam privasi data kesihatan di Institut Kesihatan Berlin di Charité, Jerman, di mana beliau memfokus kepada model akses berasaskan persetujuan dalam rekod pesakit elektronik. Kerja beliau mengkaji bagaimana privasi dan autonomi pesakit dapat diseimbangkan dengan permintaan praktikal aliran kerja klinikal di Jerman, dengan tujuan untuk membangunkan solusi beretika dan operasi yang berdaya maju. Beliau memegang ijazah perubatan dari Kolej Perubatan dan Pusat Penyelidikan Dr DY Patil di Pune, India, dan Sarjana dalam Epidemiologi dari Universiti Utrecht di Belanda. Latar belakang interdisiplinnya membolehkan beliau mengintegrasi wawasan klinikal dengan perspektif kesihatan awam dan tadbir urus data. Berasal dari India dan kini berpangkalan di Berlin, Soumya komited untuk memajukan penggunaan data kesihatan yang boleh dipercayai dan cekap melalui penyelidikan, kolaborasi dan inovasi. Selain kerja akademiknya, beliau merupakan ahli rangkaian koir yang berpangkalan di Berlin dengan kehadiran antarabangsa di seluruh UK, Jerman dan New Zealand.
Ahmad Sofi Mahmudi
Ahmad ialah seorang doktor gigi, berkelulusan dari Sekolah Pergigian Shahid Beheshti di Tehran, Iran. Beliau bekerja sebagai ahli kumpulan pemandu Cochrane Iran dan pengurus penterjemah sukarelawan. Selain itu, beliau ialah ahli pemandu Pusat Penyelidikan Penyakit Tidak Berjangkit Jabatan Kesihatan Pergigian Iran, pengasas dan pengurus projek Dahaan (menyampaikan cadangan bukti pergigian bermaklumat kepada komuniti Iran), dan ahli projek Pilihan Kesihatan Termaklum (IHC). Bidang yang diminatinya ialah bukti penjagaan kesihatan termaklum, dasar dan pengurusan kesihatan dan ketidaksamaan kesihatan oral.
Ana Beatriz Pizarro
Ana Beatriz Pizarro ialah jururawat terlatih dari Colombia, dengan kepakaran dalam sintesis bukti, kaedah ulasan sistematik dan inisiatif terjemahan pengetahuan dengan komitmen terhadap ekuiti kesihatan dan kepelbagaian. Beliau diperakui dalam penyelidikan klinikal melalui Sekolah Kesihatan Awam Harvard TH Chan, Amerika Syarikat. Beliau kini bekerja sebagai Pegawai Pelaksana Sintesis Masa Depan Bukti di Pasukan Eksekutif Cochrane Pusat dan bergabung dengan Jabatan Sistem Kesihatan Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), beliau berminat meningkatkan dan melindungi kualiti hidup keluarga dan komuniti di selatan global. Beliau merupakan ahli Lembaga Editorial Perpustakaan Cochrane yang lalu.
Dr Alexis 'Ceecee' Britten-Jones
Dr Alexis 'Ceecee' Britten-Jones ialah felo penyelidikan pasca kedoktoran bidang oftalmologi dan penyelidikan penglihatan di Universiti Melbourne, Australia. Fokus penyelidikan utamanya ialah penyakit mata genetik dan terapi gen. Minat penyelidikannya yang lebih luas termasuklah reka bentuk dan hasil kajian klinikal, pelaksanaan penyelidikan, dan metodologi sintesis bukti. Sebagai klinisian-optometris, Ceecee sangat berminat untuk membangun kaedah praktikal bagi merapatkan jurang antara bukti dan pelaksanaan penjagaan klinikal . Ceecee juga merupakan penyokong kuat untuk komunikasi sains berkesan dan terbuka kepada penglibatan dan kolaborasi dengan orang lain dalam rangkaian Cochrane.
Dr Alvina Vadassery, MD
Alvina ialah seorang doktor perubatan pakar dalam onkologi radiasi dan epidemiologi klinikal . Beliau kini berkhidmat sebagai felo perubatan dan calon PhD yang memberi tumpuan kepada pengoptimaan kajian onkologi. Beliau mempunyai pelbagai pengalaman profesional sebagai ahli onkologi klinikal dan radiasi, penyelidik klinikal dan penasihat perubatan kawasan. Kerja penyelidikan beliau sebelum ini merangkumi kajian kualiti hidup dalam kalangan pesakit kanser pundi kencing, pemodelan ramalan hasil kosmetik dalam kanser payudara, penilaian disfagia dalam kanser kepala dan leher dan pendekatan berasaskan tinjauan untuk memahami amalan pengurusan onkologi dunia sebenar. Minat akademik dan klinikal utama beliau terletak pada penilaian keberkesanan dan keselamatan rawatan serta hasil kualiti hidup dalam penyelidikan onkologi.
Amin Sharifan
Amin ialah calon PhD di Universiti bagi pendidikan Berterusan Krems. Dengan latar belakang sebagai ahli farmasi hospital PharmD, beliau berpengalaman klinikal dalam penjagaan pesakit merentasi pelbagai tetapan, termasuk wad pembedahan vaskular, urologi dan pembedahan saraf, serta unit penjagaan intensif dan jabatan kecemasan. Dalam Cochrane, Amin berkhidmat sebagai ketua jurucakap bagi Kumpulan Tematik Kesihatan Planetari Cochrane. Beliau telah berkolaborasi dengan beberapa kumpulan, termasuk Kumpulan Cochrane Hepato-Biliary, menyumbang kepada penemuan terbaharu daripada Projek VAKSIN HIDUP, dan bekerjasama dengan Cochrane Sweden dalam pelbagai inisiatif. Sumbangan beliau juga merangkumi penulisan Jawapan Klinikal Cochrane dan mencipta blog bermaklumat untuk Pertolongan Cemas Cochrane. Amin komited untuk melibatkan diri dengan pesakit dalam projeknya, memastikan perspektif mereka disepadukan ke dalam kerjanya. Beliau percaya perubatan berasaskan bukti boleh merapatkan jurang antara komuniti perubatan dan orang awam, dan berdedikasi untuk mempromosi prinsip-prinsip melalui usaha profesionalnya.
Aoife O'Mahony
Dr Aoife O’Mahony ialah seorang penyelidik pasca doktoral di Kolej Universiti Cork, Ireland, di mana penyelidikannya sekarang fokus kepada halangan dan pemboleh kepada pelaksanaan vaksin di Ireland. Minatnya merangkumi sains pelaksanaan, sintesis bukti dan meta-penyelidikan, terutamanya berkaitan dengan ketelusan penyelidikan, sains terbuka dan kepercayaan umum terhadap penyelidikan kesihatan. Beliau juga mengajar psikologi sebagai Pensyarah Bersekutu di Universiti Terbuka. Aoife menamatkan PhD dalam bidang Psikologi di Universiti Cardiff, UK, di mana beliau mengkaji sama ada format penerbitan laporan berdaftar dikaitkan dengan ketelitian dan ketelusan lebih tinggi dalam artikel saintifik yang diterbitkan. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Kesihatan dari Kolej Universiti Cork, dan Sarjana Sains dalam Neurosains Kognitif dan Klinikal (Psikopatologi) dari Universiti Maastricht, Belanda. Beliau terlibat secara aktif dalam komuniti Cochrane, termasuk meneraju bersama kemaskini ulasan Cochrane tentang intervensi yang disesuaikan untuk menangani penentu amalan profesional, dan beliau baru-baru ini telah dilantik sebagai Penganjur Bersekutu Kumpulan Kaedah Kualitatif dan Pelaksanaan Cochrane. Beliau berminat untuk menyokong kerjasama dan pembangunan kapasiti dalam kalangan para penyelidik awal kerjaya dalam sintesis bukti.
Dr Ariel Yuhan Ong
Ariel ialah felo kedoktoran NIHR di Institut Oftalmologi, Kolej Universiti London, dan pendaftar kanan oftalmologi di Hospital Mata Oxford. Beliau terlibat dalam komuniti Cochrane sejak 2016, dan telah mengetuai dua ulasan dengan Kumpulan Cochrane Mata and Penglihatan. Penyelidikan kedoktorannya memfokus kepada validasi klinikal, keselamatan dan bias diagnostik kecerdasan buatan, menggunakan oftalmologi sebagai contoh. Minat penyelidikannya yang lebih luas termasuklah penyakit retina, pengimejan retina, dan sintesis bukti.
Augusta Chiugo Okpara
Augusta Chiugo Okpara ialah warganegara Itali berketurunan Nigeria, yang menetap di Itali, dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perubatan Rehabilitasi (Universiti Nigeria) dan MSc dalam Pengurusan Pembinaan Keamanan (Seraphicum, Rom, Itali). Menggabungkan latar belakang dalam pentadbiran dan komunikasi antarabangsa, beliau pernah bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICRI, Turin; IFAD, Rom). Augusta kini sedang bekerjasama dengan Cochrane Pemulihan, Fungsi dan Kecacatan Cochrane, dan Konsortium Global untuk Pemulihan Strok, di mana beliau menyokong media sosial dan terjemahan pengetahuan. Augusta mahir dalam penciptaan kandungan berbilang bahasa, transkripsi perubatan dan jangkauan digital. Seorang ahli Persatuan Ahli Fisioterapi Nigeria dan Persatuan Penulis & Editor Profesional Antarabangsa, beliau berminat dengan komunikasi bukti dalam kesihatan global.
Dr Bahaaeldin Baraka
Bahaaeldin Baraka kini bekerja sebagai Pakar Onkologi di Hospital Universiti Nottingham. Sepanjang beberapa tahun, Dr Baraka telah mengumpul banyak pengalaman dalam penjagaan komprehensif pesakit kanser dan aktif menyumbang kepada penyelidikan kanser. Dr Baraka terlibat secara mendalam dalam banyak kajian klinikal Fasa III yang berkaitan dengan kanser sebagai sub-penyiasat, dan sumbangan tambahannya meliputi penyelidikan yang diterbitkan dalam domain onkologi. Bidang tumpuan utama berkisar tentang menjalankan ulasan sistematik dan menilai kualiti bukti dalam konteks garis panduan kanser, serta meningkatkan penjagaan pesakit.
Dr Elpida Vounzoulaki (bekas Pengerusi)
Dr Elpida Vounzoulaki ialah Pakar Epidemiologi Pasca Kedoktoran di Unit Bukti Dunia Nyata Leicester, Pusat Penyelidikan Diabetes, Universiti Leicester, UK. Beliau mempunyai latar belakang yang kukuh dalam amalan klinikal dan penyelidikan, setelah lulus dengan BSc(Kepujian) dalam Kejururawatan, MSc dalam Penyelidikan Perubatan, dan PhD dalam Epidemiologi Diabetes. Elpida telah dianugerahi Anugerah Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran NIHR yang berprestij untuk meningkatkan kemahirannya dalam sains data kesihatan, khususnya di sekitar kecerdasan artifisial. Minat utamanya termasuk komplikasi kardiometabolik, keadaan kesihatan wanita dan epidemiologi dunia nyata.
Dr Ema Avdic
Ema ialah seorang doktor perubatan dari Bosnia dan Herzegovina yang sedang membina kerjayanya dalam bidang epidemiologi klinikal. Beliau berpeluang untuk bekerjasama dalam beberapa projek dengan Cochrane Sweden dan Cochrane Austria dan kini merupakan ahli pasukan Cochrane Denmark. Beliau juga merupakan penterjemah untuk Cochrane Croatia dan Cochrane First Aid. Kerja beliau memfokus pengukuhan metodologi ulasan sistematik dan mengenal pasti jurang pengetahuan untuk meningkatkan hasil pesakit . Beliau gemar mengajar dan memperkasa pelajar untuk memain peranan aktif dalam pembangunan penyelidikan.
Hammam Omar
Hammam ialah pakar Penyelidikan Ekonomi dan Hasil Kesihatan dan perunding kesihatan awam yang berpangkalan di Arab Saudi. Dengan latar belakang dalam sains farmaseutikal dan pengalaman luas merentasi sistem penjagaan kesihatan di Timur Tengah, beliau memfokus kepada penilaian teknologi kesihatan, strategi akses pasaran, penjagaan kesihatan berasaskan nilai dan penjanaan bukti dunia sebenar. Kerjanya tertumpu kepada menyokong pembuatan keputusan berasaskan bukti, mengoptimumkan hasil pembayaran balik dan meningkatkan akses pesakit kepada terapi inovatif. Beliau juga merupakan pengulas rakan sebaya dalam bidang ekonomi kesihatan dan penyelidikan hasil, yang menyumbang kepada kemajuan ketelitian metodologi dan kualiti bukti yang diterbitkan .
Hebatullah Abdulazeem
Hebatullah ialah seorang doktor keluarga dan saintis kesihatan, dengan kepakaran dalam metodologi ulasan sistematik . Beliau kini mengambil bahagian dalam projek penyelidikan sebagai penyelidik bersekutu di Sekolah Perubatan dan Kesihatan di Universiti Teknikal Munich, Jerman. Minat penyelidikan beliau merangkumi penjagaan kesihatan primer, kesihatan wanita, penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, serta pelaksanaan dan kemampanan teknologi kesihatan digital. Di dalam Cochrane, beliau menyertai program Mentoring Cochrane AS sebagai mentee dan mentor, serta projek ulasan Cochrane dalam Kumpulan Hepato-Biliari Cochrane. Hebatullah percaya sokongan kolektif dan penyebaran pengetahuan sintesis bukti yang teliti dapat mengubah kerjaya profesional rakan sebaya junior dan meningkatkan hasil kesihatan komuniti.
Dr Jehath Majid Syed
Dr. Jehath Majid Syed ialah seorang ahli farmasi klinikal yang kini berkhidmat sebagai Penolong Profesor dan penyelidik di Jabatan Sains Farmaseutikal di Dr. Vishwanath Karad Universiti MIT World Peace, Pune, India. Beliau memegang Ijazah Farmasi dan PhD dalam Farmasi Klinikal Geriatrik dari Akademi Pendidikan Tinggi dan Penyelidikan JSS, Mysuru, India. Penyelidikan kedoktoran beliau memfokus kepada pelaksanaan dan penilaian model penjagaan geriatrik klinikal yang dipimpin oleh ahli farmasi yang komprehensif di hospital penjagaan tertier. Beliau juga diperakui sebagai Ahli Farmasi Mesra Usia oleh Persatuan Ahli Farmasi Perunding Amerika.
João Vitor Ziroldo Lopes
João Vitor Ziroldo Lopes ialah Pemastautin Perubatan Dalaman di Hospital das Clínicas, Universiti São Paulo, Brazil. Minat akademik beliau tertumpu kepada Pendidikan Perubatan dan applikasi perubatan berasaskan bukti untuk diagnostik makmal dan penaakulan klinikal . Sebagai penyokong berdedikasi rangka kerja Cochrane, João berhasrat untuk mendemokrasikan akses kepada alatan berasaskan bukti untuk pelajar perubatan di seluruh dunia. Beliau kini mengetuai siri kuliah profesional awal kerjaya Cochrane, merapatkan jurang antara amalan klinikal dan bukti berkualiti tinggi.
Dr Lucy Elauteri Mrema
Lucy adalah penyelidik diabetes dari Tanzania. Lucy ialah pelajar Ph.D. dan penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan – Mbeya, Tanzania. Berminat mendalam tentang penyelidikan diabetes di sub Sahara Afrika, kerja-kerja Lucy memfokus kepada pemahaman faktor sosiodemografi unik, persekitaran dan faktor biologi dan impak terhadap penjagaan diabetes di rantau ini.
Luisa Fernanda Murcia-Soriano
Luisa Fernanda Murcia-Soriano ialah ahli farmasi, ahli epidemiologi dan penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Unit Sintesis Bukti Hospital Universitario Mayor - Méderi di Bogotá, Colombia. Beliau mengambil bahagian dalam reka bentuk, penyelarasan dan penilaian metodologi kajian pemerhatian dan intervensi, serta pembangunan produk sintesis bukti untuk menyokong pembuatan keputusan klinikal dan institusi serta pembangunan inisiatif latihan dalam sintesis bukti untuk profesional penjagaan kesihatan. Minat beliau termasuk penterjemahan pengetahuan dan pengukuhan penggunaan serta kebolehcapaian alat sintesis bukti untuk profesional penjagaan kesihatan di Selatan Global.
Madaline Witort
Madaline Witort ialah pelajar PhD dalam Sains Klinikal dan Terjemahan di Case Western Reserve University, Amerika Syarikat dengan ijazah sarjana muda dalam Sains Komunikasi dan Gangguan serta Sains Kognitif dari Case Western. Beliau menjalankan penyelidikan di Pusat Perubatan Hal Ehwal Veteran Cleveland, Amerika Syarikat, di mana kerjanya memfokus kepada kecederaan otak yang diperoleh, terapi realiti maya dan hasil fungsi. Minat penyelidikannya merangkumi reka bentuk kajian klinikal, pelaksanaan penyelidikan dan metodologi sintesis bukti . Madaline komited untuk memastikan penemuan berasaskan bukti diterjemah kepada hasil pesakit yang boleh diukur. Madaline juga mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dengan pihak lain dalam rangkaian Cochrane.
Madeleen van der Merwe
Madeleen van der Merwe ialah Penolong Penyelidik Kanan di Institut Penjagaan Kesihatan Berasaskan Bukti, Universiti Bond, Australia dan penyelidik ijazah tinggi yang memfokus kepada ralat statistik dalam penyelidikan kesihatan. Beliau memegang Ijazah Sarjana Biostatistik dari Universiti Queensland, Australia dan sedang membangunkan rangka kerja berstruktur untuk mengenal pasti dan mengklasifikasi ralat statistik dalam kajian-kajian yang diterbitkan . Kerja beliau merangkumi kajian sistematik, penilaian sistem kesihatan dan analisis data berskala besar, dengan fokus kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan pengukuhan kebolehpercayaan bukti yang diguna dalam membuat keputusan klinikal .
Dr. Magaly Aceves-Martins
Dr Magaly Aceves-Martins ialah Felo Penyelidik di Institut Rowett, Universiti Aberdeen, UK dan seorang saintis nutrisi kesihatan awam yang mana kerja beliau terletak di persimpangan diet, kesihatan manusia dan nutrisi, kemampanan alam sekitar dan dasar makanan. Dibiayai oleh program Kerajaan Scotland, penyelidikan beliau mengkaji hubungan antara kesihatan, jejak karbon, tahap pemprosesan dan kemampuan diet UK, berdasarkan Tinjauan Diet dan Nutrisi Kebangsaan untuk memaklumkan panduan diet berasaskan bukti dan dasar pemakanan yang peka terhadap iklim. Portfolio semasa beliau juga meneroka pola pemakanan dan sumbangannya kepada pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan tanah, biodiversiti pemakanan dan pemakanan yang diperibadikan untuk diet yang sihat dan lestari, termasuk Kajian Pertukaran Makanan. Beliau semakin berminat untuk memanfaatkan sains data dan kecerdasan arttfisial bagi memacu inovasi dalam penyelidikan pemakanan dan menterjemah bukti kepada wawasan yang boleh dilaksanakan untuk rakyat dan pembuat dasar. Beliau menyertai Universiti Aberdeen pada 2017, pada mulanya dalam Unit Penyelidikan Perkhidmatan Kesihatan (kini Pusat Penilaian Aberdeen), di mana beliau menyumbang kepada Pasukan Sintesis Pengetahuan dalam sintesis bukti kompleks dan projek Penilaian Teknologi Kesihatan yang ditugaskan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan. Sepanjang kerjayanya, beliau telah mengarang lebih daripada 75 penerbitan yang diulas oleh rakan sebaya dengan lebih 2,200 petikan, merangkumi pemakanan, diet mampan, obesiti, keselamatan makanan dan metodologi sintesis bukti . Beliau membina kepakaran yang mendalam dalam kaedah-kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, kerja lapangan nutrisi klinikal, dan reka bentuk, pelaksanaan dan penilaian intervensi nutrisi, terutama dalam pencegahan obesiti kanak-kanak dan remaja. Di luar penyelidikan terasnya, Magaly menerajui Projek COMO (Obesiti Kanak-kanak dan Remaja di Mexico), sebuah inisiatif antarabangsa yang mensintesis bukti tentang skala, pemacu, kos dan intervensi sekitar obesiti kanak-kanak di Mexico.
Pawel Jemiolo
Paweł Jemioło ialah seorang penyelidik yang bekerja di persimpangan kecerdasan artifisial dan perubatan berasaskan bukti. Beliau adalah penganjur bersama inisiatif Cochrane AI dan terlibat secara aktif dalam GRADE AI dan Kolaborasi Antarabangsa untuk Automasi Ulasan Sistematik, di mana beliau menyumbang kepada memajukan penggunaan AI yang bertanggungjawab dalam sintesis bukti dan pembangunan garis panduan . Paweł mempunyai latar belakang interdisiplin yang merangkumi kejuruteraan, sains komputer dan psikologi. Beliau menamatkan pengajian dari Universiti AGH Krakow, Poland, dengan ijazah dalam Kawalan Automatik dan Robotik serta Sains Komputer, dari Universiti Jagiellonian, Poland, dengan ijazah dalam Psikologi. Beliau kini sedang mengikuti pengajian PhD dalam meta-penyelidikan perubatan yang memfokus kepada penggunaan kecerdasan artifisial dalam sintesis bukti dan pembangunan garis panduan klinikal, serta meneroka literasi AI dalam kalangan para penyelidik. Minat utama beliau termasuk inovasi metodologi dalam kajian sistematik dan integrasi alatan AI untuk meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kualiti sintesis bukti.
Reem Fakak
Reem Fakak ialah pelajar perubatan tahun akhir di Sekolah Perubatan Universiti Nicosia, Cyprus, berasal dari Norway dengan keturunan Eritrea. Dengan pengalaman klinikal dalam neurologi dan wad pembedahan, beliau terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan mempunyai minat dalam neurosains dan neurosurgeri. Beliau berminat dengan perubatan berasaskan bukti, kolaborasi dan menyokong penyelidikan bermakna yang dapat memperkukuh penjagaan kesihatan dan meningkatkan hasil pesakit.
Terima kasih kepada ahli kami yang lalu: Alejandro Hernández Posadas, Ibrahem Hanafi, Mariam Alwerdani, Meisser Madera Anaya, Tom Calberbank, Wouter Timmerman, Audrey Tan, Daniel A. González-Padilla, Jana Stojanova, Dolly Sud, Eugenie Johnson, Cecilie Utke Rank, Joel Pollet, Santiago Castiello, A Robinani Elnooiblej Chimwaza, Sandul Yasobant, Anna Harvey, Vaibhav Sahni, Etienne Ngeh, Samuel Reeves dan Dr Emre Bilgin.




