Perbezaan kami buat

Ketahui bagaimana bukti Cochrane mempunyai impak global. Koleksi perbezaan Cochrane dalah satu set contoh di mana bukti Cochrane telah memberi impak kepada penjagaan kesihatan global dan dasarnya. Ia menekankan bagaimana Cochrane bekerjasama dengan pertubuhan lain seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Wikipedia; serta bagaimana bukti kami membuat perubahan kepada kehidupan seharian.

Perbezaan kami membuat koleksi


Logo kami menceritakan...

Bulatan yang dibentuk oleh bentuk dua 'C' mewakili kolobrasi global kami. Garisan pula menggambarkan ringkasan keputusan dari ulasan ikonik yang sistematik Setiap barisan mendatar mewakili keputusan satu kajian, manakala berlian mewakili hasil gabungan keputusan, anggaran terbaik kami sama ada rawatan adalah berkesan atau berbahaya. Berlian berada di sebelah kiri garis menegak mewakili "tiada perbezaan", oleh itu bukti menunjukkan bahawa rawatan adalah berfaedah. Kami memanggil perlambangan ini sebagai plot hutan Plot hutan di dalam logo kami menggambarkan contoh potensi untuk ulasan sistematik bagi menambah baik penjagaan kesihatan. Ia menunjukkan bahawa apabila kortikosteroid diberikan kepada wanita yang akan melahirkan bayi sebelum cukup tempoh kehamilan boleh menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Walaupun beberapa ujian menunjukkan manfaat kortikosteroid, penggunaan rawatan ini dalam kalangan pakar obstetrik adalah perlahan. Ulasan sistematik (asalnya diterbitkan oleh Crowley et al. dan seterusnya dikemaskini) berpengaruh dalam meningkatkan penggunaan rawatan ini. Intervensi mudah ini mungkin telah menyelamatkan beribu bayi pramatang.

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan logo Cochrane, sila layari halaman 'Logo dan dasar pengendosan’ kami di laman sesawang Cochrane Masyarakat.

Klik untuk mendengar bagaimana Cochrane telah mengubah kehidupan

Tutup

Nama Cochrane

Cochrane dinamakan sebagai penghormatan kepada Archie Cochrane, seorang penyelidik perubatan British yang banyak menyumbang kepada pembangunan epidemiologi sebagai sains.

Mengetahui lebih lanjut mengenai Archie Cochrane

Archie Cochrane terkenal dengan bukunya yang berpengaruhProfesor Archibald Leman Cochrane, CBE FRCP FFCM, (1909-1988) (seperti yang digambarkan oleh komposit beratus-ratus gambar penyumbang Cochrane), Effectiveness and Efficiency: Random Reflections on Health Services, diterbitkan pada tahun 1972 [1]. Prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Cochrane oleh beliau jelas dan ringkas: beliau mencadangkan bahawa, disebabkan sumber-sumber sentiasa terhad dan perlu digunakan untuk menyediakan bentuk penjagaan kesihatan dengan saksama seperti ditunjukkan dalam penilaian rekaan bentuk yang sesuai untuk ia menjadi berkesan. Khususnya, beliau menekankan kepentingan menggunakan bukti daripada kajian terkawal rawak (RCTs) kerana ia mungkin memberikan maklumat yang lebih sahih daripada sumber-sumber bukti yang lain. Usul mudah Cochrane mula diiktirafkan dengan meluas sebagai seminally penting - oleh orang awam dan juga oleh profesional kesihatan.

Pada tahun 1979 beliau menulis, "Ia pasti merupakan kritikan hebat terhadap profesion kita yang mana kita tidak mengelola ringkasan kritikal, mengikut bidang atau sub-bidang, yang disesuaikan dari masa ke semasa, bagi semua kajian rawak terkawal yang relevan." [2] Cabaran beliau membawa kepada penubuhan satu kolobrasi antarabangsa dalam tahun 1980-an untuk membangunkan Pangkalan Data Kajian Perinatal Oxford (Oxford Database of Perinatal Trials).

Pada tahun 1987, setahun sebelum Cochrane meninggal dunia, beliau merujuk kepada kajian sistematik RCTs penjagaan semasa mengandung dan melahiran anak sebagai "satu kejayaan sebenar dalam sejarah kajian rawak dan dalam penilaian penjagaan", dan mencadangkan bahawa kepakaran lain perlu meniru kaedah yang digunakan. [3]Galakan dan sokongan orang lain terhadap pandangan beliau, membawa kepada pembukaan pusat pertama Cochrane (di Oxford, UK) pada tahun 1992 dan penubuhan Kolobrasi Cochrane "The Cochrane Collaboration" pada tahun 1993.

Karya-karya oleh dan mengenai Archie Cochrane

Cochrane AL. Effectiveness and Efficiency. Random Reflections on Health Services. London: Nuffield Provincial Hospitals Trust, 1972. (Dicetak semula pada tahun 1989 dengan kerjasama BMJ, Dicetak semula pada tahun 1999 untuk Nuffield Amanah oleh Royal Society of Medicine Press, London (ISBN 1-85315-394-X).)

Cochrane AL. 1931-1971: a critical review, with particular reference to the medical profession. Dalam: Medicines for the year 2000. London: Office of Health Economics, 1979, 1-11. [2]

Cochrane AL. Foreword. Dalam: Chalmers I, Enkin M, Keirse MJNC, eds. Penjagaan efektif semasa mengandung dan kelahiran anak. Oxford: Oxford University Press, 1989. [3]

Dickersin K dan Manheimer E. Kerjasama Cochrane: Evaluation of health care and services using systematic reviews of the results of randomised controlled trials. Clinical Obstetrics and Gynecology 41(2):315-331, 1998. Menyediakan maklumat yang sangat baik bagaimana visi Archie Cochrane mengilhamkan orang lain, dan akhirnya membawa kepada penubuhan The Cochrane Collaboration.

Archie Cochrane: Back to the front, diedit oleh F. Xavier Bosch, menggunakan pengalaman Archie Cochrane dalam perang saudara Sepanyol sebagai titik permulaan untuk membincangkan kehidupan dan kerja, dan pengaruhnya ke atas penubuhan dan pembangunan Kolobrasi Cochrane. Termasuk komentar dari kumpulan keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja. Salinan buku itu boleh didapati dengan 75.00 € (GBP £ 52,00); untuk pesanan, guna borang pesanan ini.

One man's medicine : an autobiography of Professor Archie Cochrane. A. L. Cochrane ; Max Blythe. Cardiff : Cardiff University. 2009. Edisi baru. 303 muka surat, 14 plat, 16 gambarajah. ISBN 978-0-9540884-3-9. [Order online directly from Cardiff University (Lindsay Roberts, Health Library, Cochrane Building, Cardiff University, Heath Park, Cardiff, CF14 4YU, UK) or via Amazon.co.uk.]

Tutup