Dasar dan kedudukan kami

Dasar kami

Dasar kami

Dasar untuk ahli kami membantu komuniti global kami untuk memahami peranan dan tanggungjawab mereka kepada organisasi dan rakan sekerja mereka; dan memastikan bahawa Cochrane mematuhi piawaian tadbir urus yang tertinggi.

Semua dasar dan penyata kedudukan Cochrane diterbitkan dan boleh didapati secara umum di laman web komuniti kami.


    Dasar Akses Terbuka kami

    Akses Terbuka kepada Ulasan Cochrane

    Akses Terbuka (OA) adalah satu konsep tentang membuat output penyelidikan dalam talian bebas daripada sekatan akses dan bebas daripada pelbagai sekatan penggunaan.

    "Kami sangat bangga dengan tawaran Akses Terbuka yang telah ditubuhkan sejak lima tahun, yang akan membolehkan perkadaran lebih besar Ulasan-ulasan Cochrane diakses pada masa hadapan. Kami merancang untuk kaji semula dasar Akses Terbuka kami dengan lebih regular selepas 2020 dengan rakan-rakan penerbitan untuk memastikan pengimbangan daya-maju kewangan Cochrane dengan matlamat jangka panjang menyediakan akses percuma yang segera kepada Ulasan-ulasan Cochrane bagi seluruh dunia."
    Mark Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif, Cochrane

    Sejak 2013, Cochrane berbangga:

    • Menyediakani akses percuma kepada Ulasan Cochrane yang baharu dan dikemas kini untuk semua pembaca di seluruh dunia 12 bulan selepas penerbitan, di bawah skim Akses Terbuka 'hijau'. Lebih separuh Ulasan Cochrane kini boleh didapati dengan cara ini. Semua Ulasan Cochrane Akses Terbuka hijau boleh didapati di Perpustakaan Cochrane dan ditempatkan dalam PubMed Central.
    • Menyediakan opsyen pasukan penulis Cochrane untuk membayar Caj Penerbitan Artikel bagi membuat ulasan baharu dan terkini mereka tersedia di seluruh dunia setelah penerbitan, dan mengambil manfaat-manfaat lain lesen ‘Creative Commons’, melalui opsyen Akses Terbuka 'emas' Artikel Akses Terbuka emas biasanya akan disimpan secara automatik di PubMed Central, dan repositori lain sebagaimana yang ditentukan oleh mandat pembiaya.
    • Membuat semua Abstrak dan Protokol untuk diakses segera dan percuma selepas penerbitan, serta Ringkasan Bahasa Biasa, yang menjelaskan penemuan daripada ulasan-ulasan dalam bahasa harian.
    • Kami mempunyai beberapa program akses, termasuk akses biayaan nasional yang membolehkan semua penduduk sesebuah negara untuk mendapat akses segera kepada Perpustakaan Cochrane serta akses dermawan yang bersama-sama meliputi lebih 100 buah negara dan melebihi 3.66 bilion orang.

    Kami juga sedang memikirkan tentang takrif lebih luas kebolehcapaian dan membuat pelaburan besar dalam meningkatkan reka bentuk dan kebolehgunaan bukti kami untuk membuat keputusan kesihatan. Cari lebih maklumat tentang hasil Terjemahan Pengetahuan di sini.

    Namun, kami ingin melakukan lebih lagi. Strategi kami sehingga 2020 ingin menempatkan bukti Cochrane di tengah-tengah apabila membuat keputusan kesihatan di seluruh dunia dengan membolehkan akses dan berguna untuk semua. Cita-cita jangka panjang kami selepas 2020 adalah untuk mencapai Akses Terbuka universal kepada Ulasan Cochrane dengan segera bagi kedua-dua penerbitan baharu dan kemas kini, dan arkib penerbitan ulasan sedia ada, di mana kami boleh imbangkannya dengan kelestarian kewangan jangka panjang Cochrane.

    Untuk mencapainya, kami sedang bekerja keras dengan rakan-rakan dan penerbit Perpustakaan Cochrane untuk menambah ciri-ciri dan kandungan Perpustakaan Cochrane agar ia terus menawarkan lebih nilai kepada warga yang melanggannya.
    Untuk maklumat lanjut mengenai opsyen akses kepada Perpustakaan Cochrane, sila layari cochranelibrary.com.

    Klik untuk melihat peta akses

    Peta akses

    Tutup

    Dasar Konflik Kepentingan

    Kerja Cochrane diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai penanda aras bagi maklumat berkualiti tinggi tentang keberkesanan penjagaan kesihatan. Kami berusaha untuk mengekalkan reputasi kami untuk kebebasan dan kredibiliti melalui nilai-nilai teras ketelusan dan integriti penyelidikan yang merangkumi, antara lain, meminimumkan kesan konflik kepentingan (CoI) terhadap penyelidikan dan organisasi kami. Kami melakukan ini dengan mematuhi dasar ketat mengenai konflik kepentingan. Dasar CoI kami adalah kuat, tidak hanya memerlukan kepentingan untuk diisytiharkan, tetapi juga mewajibkan bahawa beberapa konflik akan menghalang orang daripada menyumbang kepada Ulasan Cochrane.

    Dasar Konflik Kepentingan yang disemak semula untuk Kandungan Perpustakaan Cochrane mula berkuat kuasa pada 14 Oktober 2020, tetapi pada masa itu, banyak Ulasan Cochrane sudah berjalan. Oleh itu, untuk mengunakan polisi secara retrospektif akan menimbulkan beban yang besar bagi Kumpulan Ulasan Cochrane dan dianggap tidak adil bagi pasukan pengarang yang ada. Oleh itu, Dasar Penajaan Komersial 2014 akan diterapkan pada ulasan dan kemas kini yang telah dimulakan sebelum pelaksanaan dasar 2020. Kami juga mempunyai Dasar Konflik Kepentingan untuk Kumpulan Cochrane, yang masih berlaku, tetapi akan dikaji dan disemak pada tahun 2020. berikutan pelancaran dasar yang disemak semula untuk kandungan Perpustakaan Cochrane.

    Share/Save