Sertai Cochrane

Sertai kami - Sertailah - Buat perubahan

Cochrane adalah komuniti global yang luar biasa. Ahli dan Penyokong kami di seluruh dunia bekerjasama untuk memperbaik kesihatan dan penjagaan kesihatan untuk semua. Kami melakukannya dengan meletakkan bukti yang dipercaya di tengah keputusan kesihatan. Jika anda berkongsi wawasan kami, sertai komuniti global kami hari ini dan sokong kerja-kerja Cochrane.

Sertai kami hari inisebagai penyokong Cochrane Setiap Penyokong yang mengambil bahagian dalam kerja kami boleh menjadi Ahli Cochrane. Bekerja ke arah Keahlian Cochrane adalah peluang terbaik untuk membangun kemahiran baharu dan membuat perubahan dalam bidang bukti kesihatan.

Kami menawarkan Keahlian Cochrane kepada semua yang membantu menghasilkan dan menyebarkan bukti Cochrane. Jika anda sudah menyumbang kepada Cochrane, anda boleh melihat rekod sumbangan dan status Keahlian di Akaun Cochrane anda.

Ketahui lebih lanjut tentang keahlian Cochrane


Libatkan diri

Ambil bahagian
Klik untuk melihat lebih banyak
Berhubung
Klik untuk melihat lebih banyak
Pelajari
Klik untuk melihat lebih banyak

Jika anda seorang pesakit, penjaga atau pelajar yang memulakan perjalanan Cochrane anda, kami ada aktiviti dan peluang untuk membimbing anda.


Tulis Ulasan Cochrane

Cochrane mengalu-alukan cadangan untuk Ulasan Cochrane baharu. Jika anda ingin bekerjasama dengan kami, sila lengkapkan carian lanjutan di Perpustakaan Cochrane terlebih dahulu untuk mengesahkan cadangan ulasan anda akan menambah bukti baharu. Fikirkan mengapa cadangan ulasan anda adalah topikal dan relevan, dan bagaimana ia membantu pengguna bukti Cochrane membuat keputusan kesihatan. Cadangan untuk ulasan baharu dipertimbangkan oleh pakar topik. Jika cadangan anda diterima, anda akan dijemput untuk menyerahkan protokol kepada Perkhidmatan Editorial Pusat Cochrane untuk semakan setara. Apabila protokol anda diterbitkan, anda boleh mula membuat ulasan penuh.

Ketahui cara mencadangkan Ulasan Cochrane baharu


Ahli dan Penyokong kami

Ahli dan Penyokong Cochrane berasal dari pelbagai latar belakang dan dari negara-negara di seluruh dunia. Mereka adalah sukarelawan, profesional kesihatan, pengarang, penterjemah, pesakit dan penjaga dan kakitangan Cochrane. Mereka semua mempunyai satu kesamaan: mereka mendedikasi masa dan kemahiran mereka untuk menghasilkan dan mempromosi bukti Cochrane dan menyokong komuniti kami. Berapakah bilangan Ahli dan Penyokong Cochrane di tempat saya tinggal?

Peta Ahli Cochrane


Ingin tahu lebih lanjut?

Keahlian Cochrane

Bersukarela untuk Cochrane

Hubungi support@cochrane.org Pasukan Sokongan Komuniti kami bersedia menjawab soalan anda.