Menjaga sukarelawan kami

Cochrane ingin memberi peluang kepada semua orang untuk membantu misi penting kami. Sumbangan sukarelawan adalah penting untuk kerja kami. Sukarelawan kami selalunya merupakan penyokong terbaik untuk bukti Cochrane di seluruh dunia.

Kerja sukarela adalah baik untuk kami – dan baik untuk sukarelawan kami juga! Mereka boleh mempelajari kemahiran baharu dan merasai sebahagian daripada komuniti global yang bekerjasama untuk mencapai kesihatan yang lebih baik untuk semua.

Kami ingin merekrut, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada sukarelawan terbaik. Anda boleh melakukan ini dengan lima kata kunci:

Sila
TOLONG

Sukarelawan anda memerlukan maklumat. Jelaskan bantuan yang anda perlukan. Berikan seberapa banyak butiran yang anda boleh:

  • Siapa yang anda perlukan?
  • Apa yang perlu dilakukan?
  • Di mana sukarelawan perlu berada? Bolehkah tugas itu dilakukan secara dalam talian?
  • Bilakah kerja itu perlu dilakukan?
  • Mengapa tugas ini penting? Mengapa seseorang mahu menjadi sukarelawan?

Memberi maklumat yang berkaitan akan memperbaik peluang anda untuk mencari sukarelawan yang betul.

Kajian Kes - Rangkaian Awal Kerjaya Profesional

Kumpulan pemandu Rangkaian Awal Kerjaya Profesional (ECPN) gembira melihat beberapa ahli mereka beralih kepada peluang baharu. Walau bagaimanapun, ini bermakna mereka perlu merekrut sukarelawan baharu untuk projek komunikasi yang sedang berlangsung. ECPN menghampiri Sokongan Cochrane untuk bantuan. Kami cadangkan mengguna Cochrane Engage, hab sukarelawan kami, untuk mengiklankan sukarelawan. ECPN bekerja keras untuk menerangkan dengan tepat apa yang mereka perlukan dan menyiarkan dua peluang di Engage. Dalam masa kurang daripada seminggu pasukan itu mendapat tawaran daripada enam orang untuk membantu menyunting podcast dan membuat surat berita. Projek-projek ini kini berkembang maju. Pengerusi ECPN Santiago Castiello berkata " TaskExchange mungkin merupakan alat yang ideal untuk peluang sukarelawan berasaskan projek. Dalam kes kami, orang dalam komuniti Cochrane membalas dengan penuh semangat dan kami boleh mencari orang yang hebat dengan kemahiran yang kami perlukan ". Rangkaian kini merancang untuk menyiarkan peranan baharu dalam Engage.

Cochrane Engage

 
Selamat Datang
SELAMAT DATANG

Sukarelawan baharu ingin merasai sebahagian daripada komuniti. Sama ada anda bertemu sukarelawan secara peribadi, atau mereka membantu anda dari jauh, komunikasi regular adalah penting.

Jadilah inklusif untuk menarik orang dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman.

Apabila mengalu-alukan sukarelawan ke kumpulan anda, fikirkan tentang bahasa, teknologi yang boleh diakses, pemasaan yang fleksibel.

Kajian Kes - Rangkaian Pengguna

Rangkaian Pengguna Cochrane ialah komuniti untuk pengguna bukti Cochrane, dan orang yang ingin menyumbang kepada kerja Cochrane sebagai pengguna penjagaan kesihatan. Rangkaian ini mempunyai ahli di seluruh dunia dengan pelbagai pengalaman dalam penjagaan kesihatan dan menggunakan teknologi.

Pada 2022 Cochrane mereka bentuk satu siri 6 e-mel alu-aluan yang dihantar setiap 2 minggu apabila seseorang menyertai rangkaian, memperkenalkan mereka secara perlahan-lahan ke pelbagai bahagian Cochrane, mempermudah kefahaman dan menunjukkan peluang untuk melibatkan diri.

Wanita melihat skrinRichard Morley, Pegawai Penglibatan Pengguna Cochrane berkata " Sukarelawan pengguna Cochrane (pesakit, penjaga dan orang awam) sangat bermotivasi oleh pengalaman tidak shat mereka dan berharap orang lain akan mendapat manfaat daripada pengalaman mereka. Mereka kerap bekerja untuk Cochrane secara berasingan oleh itu, komunikasi yang baik dan semangat kemasyarakatan adalah penting untuk pengalaman sukarela mereka ."

 
Terima kasih
TERIMA KASIH

Mengiktiraf sumbangan apabila ia berlaku. Tunjukkan kepada sukarelawan anda berterima kasih atas kerja mereka.

Mata Keahlian Cochrane diberi secara automatik untuk banyak sumbangan. Kami berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada sebarang sumbangan kerja Cochrane. Kongsi pautan ini dengan sukarelawan anda untuk membolehkan mereka melaporkan sendiri sumbangan mereka.

Kami tahu daripada maklumbalas para sukarelawan menghargai keahlian, yang memberi orang peluang untuk lebih terlibat dalam Cochrane dan juga diskaun untuk beberapa perkhidmatan Cochrane. Bolehkah anda menambah sesuatu yang lebih ketara?

Kajian kes - projek terjemahan Bahasa Melayu

Budak lelaki dengan baju-t yang disebutkanPada Hari Sukarelawan Antarabangsa (5 Disember) 2021, pasukan terjemahan Bahasa Melayu menghantar semua sukarelawan mereka baju-T yang direka oleh sukarelawan lain. Di hadapan baju itu tertera perkataan 'Sukarelawan', bahasa Melayu untuk sukarelawan. Ini diikuti dengan definisi, 'seseorang yang melakukan kerja tanpa dibayar untuknya, kerana mereka mahu melakukannya'. Di belakang: 'Saya menterjemah bukti penyelidikan terbaik ke dalam bahasa Melayu. Lawat saya di cochrane.org/ms'' Penterjemah sukarela Chiah Zi Yan (gambar) berkata " Hadiah yang mengejutkan ini menakjubkan dan menggembirakan saya."

 
Bagus
BAGUS

Beri maklum balas untuk membantu sukarelawan bertambah baik.

Pamerkan impak kerja sukarela.

Bantu sukarelawan mencari lebih banyak cara untuk terlibat dengan Cochrane.

Kajian Kes - Cochrane Crowd

Salah satu peluang sukarelawan kami yang paling popular ialah Cochrane Crowd, warga komuniti sains kami di mana sukarelawan membantu saringan rekod-rekod kajian. Apabila anda log masuk ke Crowd, papan pemuka dalam talian peribadi anda menunjukkan berapa banyak rekod kajian yang telah anda saring, latihan yang telah anda lakukan, lencana yang telah anda peroleh dan berapa tepat kerja saringan anda. Kami dengar para sukarelawan mendapati ketepatan maklumat benar-benar berguna. Ini membolehkan mereka menilai kerja mereka dan mengetahui di mana mereka mungkin perlukan latihan tambahan dan boleh yakin mereka melakukan kerja dengan baik.

 

Jadual memaparkan Ketepatan yang dikira

Bantuan
BANTUAN

Minta Sokongan Cochrane untuk mendapatkan bantuan dengan:

  • Data dan pandangan tentang sukarelawan anda
  • Membuat senarai mel dan surat berita
  • Nasihat Pengurusan Sukarelawan dan contoh-contoh amalan terbaik
  • Mengguna Cochrane Engage untuk mengiklankan peluang
  • Mempromosi aktiviti dan acara
Kajian kes - Surat Berita Kumpulan Kaedah

Kumpulan Kaedah Bias menggunakan sistem senarai mel (MailMan) yang sudah lapuk untuk menghantar surat berita kumpulan, tetapi menyedari mereka perlu memperbaik pematuhan perlindungan data (GDPR). Mereka meminta bantuan Sokongan Cochrane untuk memindahkan senarai mel mereka ke sistem dalam talian (MailChimp) yang percuma, patuh GDPR, mesra pengguna dan membolehkan mereka menjejak prestasi e-mel.

Sokongan Cochrane membantu dengan membuat akaun baharu untuk surat berita mereka, menyediakan templat surat berita, memindahkan semua alamat e-mel dan menasihat cara untuk kekal patuh GDPR. Camilla Hansen Nejstgaard, penyelaras kumpulan yang bertanggungjawab untuk surat berita itu berkata " Saya kini telah menghantar enam surat berita melalui MailChimp. Ia memerlukan masa untuk membiasakan diri, tetapi program ini agak mudah dan ada tutorial yang baik. Saya sangat gembira dengan susun atur templat surat berita dan pilihan penjejakan dalam MailChimp menawarkan maklumat penting tentang prestasi surat berita. Terima kasih banyak atas bantuan anda ."