Menderma

Visi kami adalah kesihatan yang lebih baik di dunia di mana keputusan tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan termaklum oleh bukti penyelidikan berkualiti tinggi, relevan dan terkini.

Misi kami adalah untuk menggalakkan pembuatan keputusan kesihatan berdasarkan bukti-termaklum dengan menghasilkan bukti berasaskan penyelidikan berkualiti tinggi, relevan dan ulasan sistematik yang boleh diakses.

Kerja kami diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai penanda aras bagi maklumat berkualiti tinggi tentang keberkesanan penjagaan kesihatan. Ketahui bagaimana bukti Cochrane memberi impak global.

Ikon Menderma

Sekiranya anda ingin menderma kepada kerja-kerja kami, Cochrane mengalu-alukan sumbangan kewangan dari penyokong global kami. Kami mahu sumbangan dengan proses yang mudah dan mendapat pelepasan-cukai dimana boleh. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Virgin Money Giving. Jika anda masih tidak mampu menderma menggunakan laman-web Virgin Money Giving, atau anda berada di Amerika Syarikat dan memerlukan pilihan pelepasan cukai, sila hubungi kami di accounts@cochrane.org untuk pilihan lain.


Ikon Legasi

Legasi

Menyumbang untuk menyokong masa hadapan Cochrane

Meninggalkan hadiah untuk Cochrane dalam wasiat anda, anda boleh membantu kami untuk terus menghasilkan bukti-bukti yang boleh dipercayai untuk meningkatkan kesihatan. Ia mungkin satu cara berkata terima kasih kerana usaha penyelidik-penyelidik kami di dalam topik kesihatan yang memberi kesan kepada anda atau yang tersayang. Atau mungkin bukti Cochrane adalah sumber untuk membuat keputusan yang lebih baik dan anda ingin menyokong usaha dalam bidang kesihatan tertentu pada masa akan datang.

Kami mengesyorkan anda menghubungi peguam mengenai pembuatan wasiat kerana terdapat pelbagai jenis legasi/warisan.  Peguam anda memerlukan nama kami Cochrane dan nombor amal kami 1045921 dan boleh memberi nasihat tentang jenis hadiah untuk memenuhi keperluan anda. Beberapa maklumat am mengenai warisan disenaraikan di bawah.

Warisan residuary

Sebaik sahaja anda telah memastikan keluarga anda terjamin dan membayar mana-mana tagihan, anda mungkin ingin meninggalkan apa yang tersisa daripada harta pusaka anda kepada amal.

Warisan wang

Hadiah yang ditetapkan berupa sejumlah wang. Anda boleh menguruskannya untuk menjadi 'Indeks-berkaitan' supaya nilainya tidak dihakis oleh kesan inflasi selama bertahun-tahun.

Memberikan item-item yang tertentu

Kadang-kadang orang mahu memberi sumbangan berupa aset tertentu daripada harta mereka, seperti koleksi karya seni atau hasil kutipan daripada penjualan rumah.

Anda juga boleh membayar respek anda dengan Hadiah

Membuat sumbangan yang akan membantu kami meneruskan untuk menghasilkan bukti-bukti berkaitan kesihatan dengan kualiti tinggi adalah cara yang indah untuk memberi penghormatan kepada orang tersayang yang telah meninggal. Hadiah anda boleh menyokong penyelidikan dalam memori orang yang anda cintai yang akan memberi manfaat kepada orang-orang lain yang tidak terkira banyaknya.

Bukannya memberi bunga untuk pengebumian, minta pada kawan-kawan untuk membuat sumbangan kepada Cochrane. Kami mahu sumbangan dengan proses yang mudah dan mendapat pelepasan-cukai dimana boleh. Ini boleh dilakukan melalui akaun Virgin Money Giving kami.

Di samping itu, sesetengah orang memilih untuk menubuhkan sebuah tabung penghormatan sebagai satu cara berkekalan untuk mengingati yang tersayang.  Dana ini boleh ditubuhkan dengan sumbangan dan ditambah oleh rakan-rakan atau keluarga, untuk menandakan tarikh yang istimewa seperti hari lahir atau ulang tahun atau untuk membenarkan pemberian secara tetap.

Beritahu kami jika anda telah membuat sumbangan legasi

Sila beritahu kami jika anda telah memutuskan untuk memberi kami sumbangan dalam wasiat anda supaya kami boleh berterima kasih dan terus memberi anda informasi terkini mengenai kerja-kerja kami untuk memperbaiki keputusan kesihatan dan penjagaan kesihatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, untuk membincangkan mengenai meninggalkan sumbangan dalam wasiat anda atau membuat sumbangan dalam ingatan seseorang, sila hubungi Kathelene Weiss di kweiss@cochrane.org.

Share/Save