Bersukarela untuk Cochrane

Bagaimana saya boleh menyumbang kepada Cochrane?

Ada banyak cara untuk membantu kerja Cochrane dan mendapat Keahlian Cochrane. Sistem kami secara automatik menambah mata keahlian untuk penerbitan, maklum balas ulasan setara dan tugas yang diselesaikan di Cochrane Crowd dan Cochrane Engage. Jika anda telah menyumbang kepada Cochrane dengan cara lain, sila beritahu kami.

Saya telah menawarkan diri untuk Cochrane - tambah sumbangan saya

Apa yang anda ingin lakukan?

Mari mulakan
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Kelaskan rekod kajian kesihatan Sesiapa yang berminat dengan bukti kesihatan 1 mata untuk setiap rekod yang disaring
Sumbang kepada projek Ulasan Cochrane atau bukti kesihatan Tugas-tugas tersedia dari peringkat pemula hingga pakar 200 mata bagi setiap tugas yang telah diselesaikan
Berkongsi atau terjemah bukti Cochrane
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Promosi kerja Cochrane atau perubatan berasaskan bukti di media sosial Sesiapa yang berminat dengan bukti kesihatan 500
Memperbaik artikel kesihatan Wikipedia dengan bukti Cochrane Para pelajar kursus kesihatan dan yang lain yang berminat dengan bukti kesihatan 200-1000
Terjemah bukti Cochrane ke bahasa lain Sukarelawan yang lulus ujian penilaian 1 mata setiap 2 perkataan yang diterjemahkan
Terjemah dan rakam fail media digital yang berkait dengan Ulasan Cochrane Penterjemah sukarela 500
Libatkan diri sebagai pesakit atau penjaga
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Komen Ulasan Cochrane Sesiapa yang ada pengalaman hidup masalah penjagaan kesihatan 500
Mentor atau rekrut pesakit dan penjaga lain untuk mengambil bahagian dalam kerja Cochrane Orang yang berpengalaman bekerja dengan Cochrane 1000
Belajar atau berlatih dengan Cochrane
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Selesaikan latihan amali dengan Kumpulan Cochrane Bukan pakar dan pelajar pascasiswazah 1000
Menyediakan latihan dalam Kaedah Cochrane Jurulatih yang menyampaikan kursus dalam Kaedah Cochrane 500
Sediakan maklum balas tentang Ulasan Cochrane
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Ulasan setara terbitan Cochrane, termasuk kaedah mencari dan statistik Ahli metodologi dan ahli statistik 500
Sokong Kumpulan Cochrane
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Sokong perkembangan, pembiayaan atau perkongsian Sesiapa yang mempunyai pengalaman bekerja dengan Cochrane 500
Terbitkan bukti Cochrane
Bagaimana saya boleh membantu? Siapa yang boleh menjadi sukarelawan? Mata keahlian
Terbitkan Ulasan Cochrane Pengarang Cochrane Berdaftar 3000-5000
Sumbang kepada atau sunting Buku Panduan Cochrane Penyunting dan penyumbang buku panduan 5000

Saya menjadi Ahli Cochrane dengan membantu membuat ulasan setara Ulasan Cochrane.

Menyertai kerja Cochrane adalah keputusan yang sangat baik.

Salah satu tujuan profesional saya adalah untuk menyumbang kepada penyelidikan berkualiti tinggi dan menghasilkan bukti bebas untuk memperbaik pembuatan keputusan penjagaan kesihatan yang mempromosi kesihatan dan mengurangkan ketaksamaan.

Luis Rafael Moscote-Salazar MD, Colombia

Ishanka Weerasekara, Australia

Saya sangat menyukai Cochrane sebagai penyelidik awal kerjaya . Sering ada sesuatu yang baharu untuk dipelajari! Saya sangat berbangga kerana saya adalah sebahagian daripada rangkaian yang bereputasi baik dan kuat yang memberi saya peluang untuk terlibat dalam kerja yang lebih kolaboratif.