Badan-badan penaja dan rakan kongsi kami
 

Badan-badan penaja dan rakan kongsi kami

Cochrane berkerja secara kolaboratif dengan rakan kongsi dan penaja untuk menghasilkan dan menyebarkan bukti kesihatan yang berwibawa, relevan, dan bolehpercaya. Hubungan kami dengan penaja dan rakan kongsi mencerminkan komitmen kami untuk membantu meningkatkan kesihatan dunia melalui bukti penyelidikan berkualiti tinggi, terkini, dan memudahkan akses maklumat dan kefahaman.

Bebas dan telus

Pada 2020, pendapatan pusat organisasi Cochrane ialah £13 juta GBP (2019: £8 juta GBP). Kebanyakan pendapatan ini diperoleh daripada hasil Perpustakaan Cochrane dan produk Cochrane lain dan termasuk juga peningkatan komersial yang berkait dengan kontrak penerbitan baharu dengan Wiley. Pendapatan ini dilabur semula ke dalam organisasi oleh Lembaga Tadbir Urus kami untuk menyampaikan matlamat strategi organisasi kami. Anda boleh mendapat akaun penuh pendapatan dan perbelanjaan organisasi pusat Cochrane dalam laporan rasmi Pemegang Amanah, Penyata Kewangan dan Ulasan Tahunan, di sini.

Rangkaian global Kumpulan kami disokong oleh kerajaan nasional dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan antarabangsa, universiti, hospital, yayasan peribadi dan derma peribadi di seluruh dunia. Pendapatan langsung pada 2019 Kumpulan Cochrane ialah lebih kurang £16 juta GBP (lihat di bawah untuk maklumat lanjut).

Cochrane mampu menjana maklumat berwibawa dan bolehpercaya kerana kami tidak pernah menerima penajaan komersial atau berkonflik. Polisi ini bermakna penyumbang Cochrane boleh bebas bekerja dan tidak dikekang oleh kepentingan komersial atau kewangan.

Baca lebih lanjut tentang polisi kami tentang penajaan komersial.


Penaja kami

Penaja kami

Kami tidak menerima penajaan komersial atau berkonflik - ini adalah penting untuk kami menjana maklumat yang berwibawa dan bolehpercaya, dihasilkan oleh orang yang boleh bebas bekerja, tanpa dikekang oleh kepentingan komersil dan kewangan.

Cochrane ingin mengucapkan terima kasih kepada organisasi berikut atas sokongan mereka pada 2019:

Lebih daripada £1 juta

Institut Penyelidikan Kesihatan dan Penjagaan Nasional (NIHR)

Institut Penyelidikan Kesihatan dan Penjagaan Nasional (NIHR)Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional (NIHR)(UK) adalah lengan penyelidikan NHS dan dibiayai melalui Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial untuk memperbaik tahap kesihatan dan kekayaan negara melalui penyelidikan. Ia adalah sebuah organisasi besar, pelbagai dan teragih di peringkat nasional. Sumber manusia, kemudahan dan sistem NIHR mewakili sistem penyelidikan klinikal bersepadu yang terbaik di dunia. NIHR adalah penaja tunggal terbesar Cochrane, dan kini menyokong 21 Kumpulan Ulasan Cochrane yang berpengkalan di England.

Den danske regering/Kerajaan Denmark (Jawatankuasa Penyelidikan Rigshospitalet)

Jawatankuasa Penyelidikan RigshospitaletDen danske regering/Kerajaan Denmark (Jawatankuasa Penyelidikan Rigshospitalet) (Denmark) adalah sebuah hospital khusus yang merangkumi semua bidang-bidang pakar perubatan, dengan beberapa pengecualian.

 

£500K hingga 1 juta

Bundesministerium für Gesundheit (BMG) - Kementerian Kesihatan Persekutuan

Kementerian Kesihatan Persekutuan (Jerman)Kementerian Kesihatan Persekutuan (Jerman) bertanggungjawab ke atas pelbagai bidang polisi, di mana aktivitinya memfokus terutamanya kepada penggubalan rang undang-undang, ordinan dan peraturan pentadbiran. Lebih-lebih lagi, melalui kempen pencegahan, Kementerian Kesihatan Persekutuan berusaha untuk memperbaik kesihatan populasi.

Institut Kesihatan Nasional (NIH)

Institut Kebangsaan Kesihatan/National Institutes of Health Institut Kesihatan Nasional (NIH)(USA), adalah sebahagian dari A.S. Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan adalah agensi penyelidikan perubatan negara - membuat penemuan penting yang memperbaik kesihatan dan menyelamatkan nyawa.

Klik untuk melihat semua penaja kami

Lebih daripada 1 juta GBP

National Institute for Health Research (UK)
Pihak berkuasa Kesihatan Danish (Denmark)

500k hingga 1 juta GBP

Kementerian Kesihatan Persekutuan (Jerman)
Majlis Kesihatan dan Penyelidikan Perubatan Nasional (Australia)
Institut Kesihatan Nasional (USA)
Lembaga Penyelidikan Kesihatan (Ireland) / Badan Kesihatan Awam, Penyelidikan dan Pembangunan Penjagaan Kesihatan dan Sosial (Ireland Utara)
Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan (Afrika Selatan)
Amal Cochrane (dana pusat diberikan dalam kolaborasi)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia

100k ke 500k GBP

Pejabat Asing, Komanwel dan Pembangunan (UK)
Arah générale de l'offre de soins (Perancis)
Kementerian Kesihatan, Perkhidmatan Sosial dan Kesaksamaan (Sepanyol)
Pejabat Ketua Saintis (Scotland)
Kementerian Kesihatan (New Zealand)
Kementerian Kesihatan, British Columbia (Kanada)
Universiti McMaster (Canada)
Agensi Kerjasama Pembangunan Norway (Norway)
Dana Kesihatan dan Sosial, Austria Bawah (Austria)
Pusat Perubatan Universiti Amsterdam (Belanda)
Institut Kanser Nasional (Perancis) 
Kementerian Kesihatan (Austria)

50k ke 100k GBP

Zorginstituut (Belanda)
Kementerian Kesihatan (Brazil)
Kesihatan Awam England - Menyampaikan Kesihatan Mulut yang Lebih Baik
Kerajaan Brazil
Lembaga Perubatan Swiss (Switzerland)
Rangkaian Vermont Oxford (AS)
Suruhanjaya Eropah
Jabatan Kesihatan (Afrika Selatan)
Yayasan Penyelidikan Nasional (Afrika Selatan)
Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Persekutuan (Afrika Selatan)
Kerusi Penyelidikan Kanada Penjagaan Kritikal Neurologi dan Trauma (Kanada)
Hospital Universiti Skane (Sweden)

20k hingga 50k GBP

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (Taiwan)
Persatuan Jantung Amerika (AS)
Sekolah Perubatan Tropikal Liverpool (UK)
Yayasan Laura & John Arnold (AS)
Universiti Lund (Sweden)
Institut-institut Penyelidikan Kesihatan Kanada (Kanada)
Yayasan Gerber (AS)
CIBER de Epidemiología y Salud Pública (Sepanyol)
Perikatan Kesihatan Oral Global Cochrane :
Universiti Ottawa (Kanada)
Cochrane Jepun
Universiti Auckland (New Zealand)
Hospital Universiti Odense (Denmark)
Persatuan Rheumatologi Kanada (Kanada)
Società Italiana di Cure Palliative (Itali)
Cochrane UK
Pihak Berkuasa Kesihatan, Wilayah Umbria (Itali)
Negeri Austria Bawah (Austria)
Faculdade de Medicina de Lisboa (Portugal)
Akademi Neurologi Eropah
University of Pécs (Hungary)

10k ke 20k GBP

Persatuan Di Raja Te Apārangi (New Zealand)
Dana Kesihatan dan Sosial Austria Bawah (Austria)
Institut Penyelidikan Klinikal Singapura (SCRI)
Associazione Italiana Dislessia (Itali)
Daftar Kajian Belanda (Belanda)
Institut Penyelidikan Kesihatan Populasi (Kanada)
Stichting Collège Européen de Médecine physique et de Réadaptation
Bundesamt für Gesundheit (Switzerland)
Universiti Persekutuan Kazan (Rusia)
Institut Kebangsaan untuk Kecemerlangan Kesihatan dan Penjagaan (UK)
Persatuan Gastroenterologi Kanada (Kanada)
Pusat Hospitalier Universitaire de Québec-Université Laval (Kanada)
Istituto Superiore di Sanità (Itali)
Safer Care Victoria (Australia)
Kolej Gastroenterologi Amerika Syarikat/American College of Gastroenterology (USA)
Tees, Esk dan Wear Valleys NHS Foundation Trust (UK)
Jabatan Kesihatan (Australia)
Persatuan Parkinson dan Gangguan Pergerakan Antarabangsa

0.5k hingga 10k GBP

Universiti Korea (Korea Selatan)
Penyelidikan England (UK)
Persatuan Rheumatologi Brazil (Brazil)
Universiti La Trobe (Australia)
Persatuan Pneumologi dan Pembedahan Toraks Sepanyol (Sepanyol)
Persatuan Respiratori Eropah
Kumpulan Penyelidikan Kanser Payudara Sepanyol (Sepanyol)
Persatuan Perubatan Fizikal dan Pemulihan Antarabangsa
Cochrane Deutschland Stiftung (Jerman)
Wilayah Skåne (Sweden)
Universiti Copenhagen (Denmark)
Institut Pembangunan Penyelidikan Perubatan Nasional (Iran)
Akademi Pediatrik Amerika (AS)
Kolej Radiologi dan Pengimejan Diagnostik Brazil (Brazil)
Unit Sokongan Québec SPOR (Kanada)
Universiti Oxford (UK)
Swisstransplant (Switzerland)
Kementerian Kesihatan (Chile)
Institut Sant Pau untuk Penyelidikan Bioperubatan (Sepanyol)
Agensi Kualiti Kesihatan dan Penilaian Catalonia (Sepanyol)
Institute Burnet (Australia)
Universiti Stellenbosch (Afrika Selatan)
Patientforening Danmark (Denmark)
Universiti Kolej Jagiellonian (Poland)
Universitat Autonoma de Barcelona (Sepanyol)
Bandaraya Zagreb (Croatia)
Penermaan tanpa nama: mematuhi dasar Konflik Kepentingan
Universiti Split (Croatia)
Kerusi Kolitis Ulseratif Audrey Campbell (Kanada)
Kampus RCSI & UCD Malaysia (Malaysia)
Universiti York (UK)
Universidad de Valparaiso (Chile)
Persatuan Penyakit Neuron Motor (UK)
Istituto Jemelo (Itali)
Universiti Fudan (China)
Bandar Split (Croatia)
Cochrane Australia (Australia)
Wilayah Ibu Kota Denmark (Denmark)
Universiti Otago (New Zealand)
Universiti Guadalajara (Mexico)
Universiti Monash (Australia)

Kurang daripada 500 GBP

Institut Kebangsaan untuk Kesihatan Pekerjaan (Afrika Selatan)
John Wiley & Sons, Bhd
Departamento Administrativo del Servicio Civil Distrital, Alcaldía Mayor de Bogotá (Colombia)

Tutup

Rakan-rakan kamiRakan-rakan kami

Cochrane berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk menghasilkan dan menyebar bukti kesihatan yang berwibawa, relevan, dan bolehpercaya. Hubungan kami dengan rakan kongsi mencerminkan komitmen kami untuk membantu memperbaik kesihatan dunia melalui bukti penyelidikan berkualiti tinggi, terkini, dan membuat maklumat mudah diakses dan difahami.

Tonton video kami bagaimana rakan kongsi Cochrane mengenal dan menentukan kejayaan kami

Tutup

Cochrane ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi berikut atas sokongan mereka:

AllTrials

AllTrialsKempen AllTrials menyeru semua kajian klinikal yang lalu dan masa kini untuk didaftar dan keputusan dilaporkan. Beratus-ribu kajian klinikal telah dijalankan yang mana tiada atau data kajian terhad telah tersedia: data ini kritikal untuk membolehkan doktor dan regulator membuat keputusan termaklum tentang rawatan untuk diguna dan dibiaya. Pengasas AllTrials adalah Ben Goldacre, pengarang Bad Science, bersama badan amal Sense About Science; Pusat Perubatan Berasaskan Bukti di Oxford;Inisiatif James Lind; BMJ; dan Cochrane.

Kolaborasi Campbell

Kolaborasi CampbellKoloborasi Campbell adalah rangkaian penyelidikan antarabangsa yang menghasilkan dan menyebarkan ulasan sistematik tentang kesan-kesan intervensi dalam bidang sains sosial dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk memperbaik kualiti perkhidmatan awam dan swasta dengan mempertingkat dasar bukti untuk polisi dan amalan sosial. Ia menghasilkan ulasan dalam bidang Jenayah dan Keadilan, Pendidikan, Pembangunan Antarabangsa dan Kebajikan Sosial. Cochrane dan Campbell telah bekerjasama rapat sejak penubuhan Campbell pada 2000. Pada 2015, kedua-dua kolobrasi merasmikan rancangan untuk bekerjasama dengan lebih berkesan dalam beberapa bidang kepentingan bersama.

Bukti Bantuan

Bukti Bantuan Bukti Bantuan dirmulakan sebagai projek dalam Cochrane, dan kemudiannya didaftarkan sebagai badan amal bebas pada tahun 2015. Visi Bukti Bantuan adalah mereka yang memerlukan menerima bantuan kemanusiaan secara paling tepat, berkesan dan sesuai. Untuk mencapai matlamat ini, misi Bukti Bantuan adalah untuk memberi inspirasi dan membolehkan mereka yang membimbing sektor kemanusiaan mengguna pendekatan berasaskan bukti dalam aktiviti dan keputusan mereka. Dengan melakukan ini, Bukti Bantuan meningkatkan profil ulasan sistematik, termasuk yang diterbitkan di Perpustakaan Cochrane dalam sektor kemanusiaan.

Rangkaian Garis Panduan Antarabangsa

Rangkaian Garis Panduan AntarabangsaRangkaian Garis Panduan Antarabangsa (GIN) adalah misi untuk memimpin, mengukuh dan menyokong kolaborasi dalam pembangunan, adaptasi dan pelaksanaan garis panduan. Cochrane dan GIN merasmikan pengaturan perkongsian pada 2014, dan bersetuju untuk bekerjasama secara kolaboratif untuk memastikan bukti adalah berguna dan diguna oleh orang yang membuat keputusan tentang kesihatan, dari individu hingga klinisian dan pembuat polisi kesihatan antarabangsa dari seluruh dunia.

Wikipedia

WikipediaArtikel yang berkait dengan perubatan dilihat lebih 180 juta kali sebulan di Wikipedia, namun kurang daripada 1 peratus telah melalui suatu proses ulasan formal. Ini membuka peluang unik kepada Cochrane untuk bekerja dengan editor perubatan Wikipedia bagi mengubah kualiti dan kandungan bukti kesihatan dalam talian. Perkongsian ini dirasmikan pada 2014, menyokong kemasukan bukti relevan dalam semua artikel perubatan serta proses Wikipedia untuk membantu memastikan maklumat perubatan dalam Wikipedia adalah berkualiti tinggi dan setepat mungkin. Penyelidikan berasaskan bukti yang dipercaya boleh membantu orang membuat keputusan tentang penjagaan kesihatan mereka sendiri.

Wiley

WileyJohn Wiley & Sons (Wiley) telah menjadi rakan kongsi penerbitan utama Cochrane sejak 2003, bekerjasama rapat dengan penyumbang dan kakitangan Cochrane untuk menyokong penerbitan Perpustakaan Cochrane di platform penerbitan elektronik Wiley yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sepanjang perkongsian Cochrane-Wiley, lebih separuh populasi dunia telah mendapat akses satu klik kandungan Cochrane melalui lesen atau program akses percuma.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Cochrane mempunyai hubungan rasmi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak 2011. Kolaborasi ini termasuklah hak untuk melantik seorang wakil untuk mengambil bahagian tanpa undi dalam mesyuarat WHO, termasuk di Perhimpunan Kesihatan Sedunia, badan pembuat keputusan WHO, membolehkan kami untuk membuat kenyataan penjelasan resolusi kesihatan WHO. Hubungan ini memberi kami peluang untuk memberi input bagaimana bukti penyelidikan dikenalpasti, disintesis, dinilai dan digunakan oleh WHO. Selain itu, kami menyediakan ringkasan bolehpercaya tentang maklumat kesihatan yang boleh diguna untuk memaklumkan syor dan polisi. Ia mempromosi kolaborasi antara sektor dan penyelidikan berkualiti tinggi antara dua organisasi bagi menghasilkan bukti yang perlu untuk memastikan polisi dalam semua sektor menyumbang memperbaik kesihatan dan ekuiti kesihatan.

Hubungi kami jika anda ingin tahu lebih lanjut cara untuk menjadi rakan kongsi Cochrane.

Ketahui lebih lanjut tentang Cochrane