Strategi akses terbuka kami

Komitmen Akses Terbuka Cochrane

Kemas kini rancangan Cochrane untuk akses terbuka.


Buka ikon kunci

Mengapakah akses terbuka penting kepada Cochrane?

Strategi untuk Perubahan mengesahkan komitmen Cochrane untuk akses terbuka. Selewat-lewatnya menjelang 2025 Cochrane akan mencapai akses terbuka universal kepada ulasan sistematik Cochrane sebaik saja selepas penerbitan untuk ulasan baharu dan terkini. Strategi ini komited untuk melakukannya tanpa meletakkan beban kewangan kepada pengarang ulasan dan tanpa mempertaruhkan kemampanan kewangan Badan Amal. Halaman ini menerangkan cara kami merancang untuk melakukannya. 

Akses terbuka ialah ketersediaan percuma, segera, artikel penyelidikan dalam talian yang digabung dengan hak untuk mengguna semula output sepenuhnya. Akses terbuka adalah misi utama Cochrane dan ia memberi peluang menyampaikan matlamat strategik kami untuk memaklumkan keputusan kesihatan dan penjagaan dengan menjadikan bukti kami boleh diakses, boleh diguna dan tersedia kepada semua. Akses terbuka akan membolehkan semua mendapat manfaat daripada membaca dan mengguna bukti kami, membolehkan keputusan disebar dengan lebih cepat dan meluas, dan membantu mempercepat penyelidikan dan penggunaan bukti dalam dasar dan amalan.

Cochrane berbangga dengan tawaran akses percuma yang kami sediakan sejak 2013, dengan semua Ulasan Cochrane tersedia secara percuma 12 bulan selepas penerbitan dan semua protokol tersedia secara percuma semasa penerbitan. Kami juga mempunyai beberapa program akses nasional termasuk lesen nasional dan akses dermawan di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Untuk gambaran keseluruhan dasar akses terbuka semasa Cochrane untuk Ulasan Cochrane sila lihat di sini.


ikon siluet

Mengapa kita perlukan peta jalan tiga hingga empat tahun untuk menyampaikan akses terbuka?

Cochrane sedang dalam proses menilai cara kami mencari model perniagaan mampan untuk akses terbuka supaya kami boleh bersedia untuk masa depan akses terbuka. Peta jalan kami untuk akses terbuka bermula pada 2021 dengan sasaran untuk menyampaikan akses terbuka untuk semua Ulasan Cochrane menjelang 2025.

Lembaga Pengelola Cochrane mengiktiraf bahawa mencapai akses terbuka penuh untuk semua Ulasan Cochrane menjelang 2025 adalah objektif yang mencabar tetapi garis masa yang dicadangkan akan memberi masa untuk menyokong langkah terancang dan mampan untuk akses terbuka. Pertimbangan utama termasuklah:

  • Masa untuk mengurus perubahan model perniagaan penerbitan skala ini kerana pada masa ini 80% daripada pendapatan pusat Cochrane adalah daripada pendapatan penerbitan kami.
  • Ulasan dan analisis model perniagaan akses terbuka semasa pada 2021 mengesahkan tiada satu model yang sesuai sebagai solusi 'di luar rak', tetapi peluang wujud untuk menyesuaikan dan menginovasi model-model ini. Bekerjasama dengan pihak pemegang taruh untuk memahami bagaimana kami boleh menyesuaikan dan menggabung model-model adalah fokus tugas tahun 2022 dan 2023.
  • Cochrane akan melihat pengurangan dalam pendapatan penerbitan daripada mana-mana model perniagaan akses terbuka yang terpilih. Ini bermakna kami perlukan masa untuk melaksana perubahan dalam sistem dan proses pengeluaran dan penerbitan ulasan untuk mengurangkan kos sewajarnya. 
  • Kami juga akan melabur dalam peluang pembangunan produk untuk Perpustakaan Cochrane yang boleh membantu memberi subsidi akses terbuka dengan meningkatkan nilai kandungan akses tidak terbuka dan membolehkan kami meneruskan produk langganan. Beberapa inisiatif pembangunan akan mengambil masa untuk disampaikan dan disahkan.
  • Pengurangan jangkaan dalam pendapatan penerbitan bermakna Cochrane sedang mencari kepelbagaian pembiayaan agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan penerbitan menjelang 2025. Sebagai sebahagian daripada rancangan kepelbagaian hasil kami, Cochrane sedang melabur dalam strategi pengumpulan dana baharu dan mencari cara untuk meningkatkan pengkomersilan produk lain Cochrane dan mempertimbang pelaburan dalam peluang produk baharu. Walau bagaimanapun, pelaburan semasa dalam pengumpulan dana dan kepelbagaian akan mengambil masa untuk memberi pulangan.

Cochrane secara proaktif mencari model pendanaan akses terbuka yang mampan dan akan bekerjasama dengan pembiaya dan pemegang taruh utama untuk memastikan model akhir dan masa peralihan tidak meletakkan Cochrane dalam risiko dan melindungi nilai unik yang disediakan oleh Cochrane kepada dunia – menyokong keputusan berasaskan bukti melalui pengeluaran dan penyebaran ulasan sistematik yang dipercayai, berkualiti tinggi, tepat pada masanya dan relevan.


ikon siluet

Bagaimanakah respon Cochrane pada 2022?

Cochrane sedang menjalankan projek penyelidikan dan perundingan yang bermula pada 2021 dan akan berlangsung hingga Ogos 2023 untuk mengenal pasti model perniagaan yang berdaya maju dan laluan untuk akses terbuka. Pelan peralihan yang akan diluluskan oleh Lembaga Tadbir Cochrane menjelang akhir tahun akan mengesahkan cara Cochrane boleh menyampaikan akses terbuka penuh untuk Ulasan Cochrane mulai 2025, model perniagaan yang boleh menyokongnya dan kesan serta implikasinya terhadap pendapatan masa depan Cochrane dan mengulas proses pengeluaran dan penerbitan serta kos.

Projek ini diketuai oleh Laura Ingle, Pengarah Penerbitan dan Teknologi, bekerjasama dengan produk dan pasukan penerbitan Perpustakaan Cochrane dengan bimbingan dan pengawasan Kumpulan Kerja Akses Terbuka yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengelola dan Majlis Cochrane. Kami melibatkan perunding akses terbuka, Virginia Barbour, untuk membantu skop, membimbing, menilai dan mengesahkan kerja akses terbuka kami. Virginia ialah Pengarah Akses Terbuka Australasia dan duta Plan S. Kami juga melibatkan Tasha Mellins-Cohen sebagai perunding eksternal tambahan untuk membantu menentukan model Akses Terbuka yang paling sesuai untuk Cochrane

Semasa fasa penyelidikan dan perundingan, kami akan melibatkan diri dan berunding dengan pemegang taruh dan kumpulan pakar Cochrane berikut:

  • Pembiaya Cochrane
  • Pengarang Cochrane dan institusi gabungan mereka
  • Langganan Perpustakaan Cochrane dan pelanggan lesen nasional
  • Pakar industri penerbitan dan akses terbuka
  • Masyarakat, jurnal dan penerbit lain yang beralih kepada akses terbuka

Ikon kertas dan pen

Ingin tahu lebih lanjut tentang projek akses terbuka Cochrane?

Kami percaya pendekatan yang dinyatakan di atas akan memastikan kami melaksanakan komitmen akses terbuka kami.  Jika anda ada sebarang soalan, ingin komen tentang pelan akses terbuka Cochrane, menjadi sebahagian daripada proses perundingan atau terlibat lebih aktif dalam projek akses terbuka Cochrane sila hubungi openaccess@cochrane.org.

Dalam beberapa bulan akan datang kami akan berkongsi lebih banyak maklumat tentang projek penyelidikan dan perundingan akses terbuka termasuk:

  1. Model akses terbuka yang sedang kami selidik dan pertimbangkan
  2. Pembangunan produk yang dirancang untuk Perpustakaan Cochrane
  3. Penemuan daripada perundingan akses terbuka dengan pemegang taruh utama 
  4. Kemas kini tentang strategi dan pelan hasil Cochane dan kepelbagaian dana