Langkau ke kandungan utama

Realiti maya untuk pemulihan strok

Mesej utama

  • Realiti maya mungkin lebih baik daripada pendekatan terapi alternatif dalam meningkatkan keupayaan penggunaan lengan seseorang. Sebilangan kecil orang melaporkan kesan tidak diingini termasuk sakit, sakit kepala atau rasa pengsan atau pening.

  • Realiti maya mungkin lebih baik daripada terapi alternatif dari segi keseimbangan yang sedikit bertambah baik, dan mungkin mengurangkan pengehadan aktiviti.

  • Sangat sedikit kajian menyertakan aplikasi realiti maya yang dianggap mengasyikkan (contohnya, di mana persekitaran maya dilihat melalui peranti yang dipasang di kepala).

Apakah faedah realiti maya dibandingkan dengan pendekatan terapi alternatif atau tiada terapi selepas strok?

Kami ingin membandingkan kesan realiti maya berbanding rawatan alternatif atau tiada rawatan ke atas pemulihan selepas strok menggunakan fungsi lengan dan hasil yang lain seperti kelajuan berjalan, fungsi kognitif (berfikir), berdikari dan kualiti hidup selepas strok.

Apakah realiti maya, dan mengapa ia boleh digunakan untuk membantu pemulihan strok?

Ramai orang mengalami kesukaran untuk bergerak, berfikir dan merasa selepas strok. Ini sering menyebabkan masalah dalam aktiviti harian seperti menulis, berjalan, dan memandu. Realiti maya ialah istilah luas yang digunakan untuk menerangkan penggunaan program berasaskan komputer yang direka bentuk untuk meniru objek dan peristiwa kehidupan sebenar. Terapi berasaskan realiti maya boleh mempunyai beberapa kelebihan berbanding pendekatan terapi tradisional, kerana aplikasinya membolehkan orang mengamalkan aktiviti harian yang tidak diamalkan atau tidak boleh diamalkan dalam persekitaran hospital atau klinik. Selain itu, terdapat beberapa ciri program realiti maya yang mungkin menyebabkan pesakit akan menghabiskan lebih banyak masa dalam terapi: sebagai contoh, aktiviti mungkin lebih bermotivasi.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin mengetahui sama ada menggunakan realiti maya dalam program pemulihan angin ahmar adalah lebih berkesan daripada pendekatan tradisional untuk terapi. Kami ingin memahami kesan ke atas pelbagai hasil (termasuk pergerakan, kognisi dan had aktiviti). Kami paling berminat dengan hasil yang berkaitan dengan fungsi lengan, kerana ini adalah tumpuan kebanyakan kajian dalam bidang ini. Kami juga ingin memahami cara kami boleh menggunakan realiti maya dengan paling berkesan (dari segi jumlah terapi yang perlu disediakan dan bila) dan jenis program realiti maya yang mungkin paling bermanfaat.

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang membanding realiti maya dengan terapi alternatif (contohnya, pendekatan terapi fizikal tradisional untuk meningkatkan kekuatan dan pergerakan) atau tanpa terapi. Kami menyertakan kajian yang merekrut orang dewasa pada semua peringkat pemulihan selepas strok.

Apakah yang kami temui?

Kami telah mengenalpasti 190 kajian yang melibatkan 7188 individu yang mengalami strok. Pelbagai program realiti maya telah digunakan; kebanyakannya bertujuan untuk menambahbaik sama ada fungsi lengan atau mobiliti (kelajuan dan keseimbangan berjalan).

  • Enam puluh tujuh kajian melihat kepada penggunaan realiti maya berbanding terapi alternatif sama ada menghasilkan keupayaan yang lebih baik bagi menggunakan lengan seseorang, dan menemui bahawa penggunaan realiti maya boleh menambahbaik fungsi.

  • Orang yang menggunakan realiti maya (berbanding pendekatan terapi alternatif ) boleh mendapat sedikit manfaat dalam keseimbangan dan mungkin manfaat dalam pengehadan aktiviti, tetapi tiada manfaat dalam kelajuan berjalan atau kualiti hidup.

  • Penambahan realiti maya kepada penjagaan atau pemulihan biasa (mengakibatkan peningkatan jumlah masa yang dihabiskan dalam terapi) mungkin meningkatkan fungsi lengan.

  • Realiti maya mungkin paling bermanfaat apabila orang menghabiskan masa berjam-jam menggunakan program ini.

  • Sebilangan kecil orang yang menggunakan realiti maya melaporkan sakit, sakit kepala atau rasa pengsan atau pening. Tiada kesan sampingan serius dilaporkan.

Apakah batasan bukti?

Kini terdapat sejumlah besar kajian; walau bagaimanapun, kajian tersebut pada umumnya kecil dan tidak kualiti tinggi . Tidak semua kajian memberi maklumat tentang semua yang kami minati. Kami mempunyai keyakinan yang sederhana hingga rendah terhadap bukti tersebut.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga September 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Kuala Lumpur). Dikemaskini. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Laver KE, Lange B, George S, Deutsch JE, Saposnik G, Chapman M, Crotty M. Virtual reality for stroke rehabilitation. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 6. Art. No.: CD008349. DOI: 10.1002/14651858.CD008349.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan