Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Bolehkah letus pendek senaman yang sangat keras (latihan selang berintensiti tinggi) meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko keadaan seperti diabetes dalam orang yang sihat tetapi tidak aktif?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Ketidakaktifan fizikal menyebabkan dunia kerugian dianggarkan USD (dolar US) 53.8 bilion setiap tahun. Senaman merupakan cara yang senang, berpatutan, dan berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya bagi orang yang tidak aktif. Walau bagaimanapun, banyak orang tidak mematuhi tahap aktiviti fizikal yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  • Berbanding dengan tanpa senaman, latihan selang berintensiti tinggi (HIIT) mungkin meningkatkan kecergasan dan mengurangkan saiz pinggang, tetapi kami tidak menemui perbezaan yang jelas antara senaman dan HIIT untuk tekanan darah sistolik (nombor tekanan darah atas), nisbah saiz pinggang kepada pinggul, atau trigliserida yang beredar (sejenis lemak darah). Berbanding dengan senaman yang stabil dan sederhana, HIIT mungkin meningkatkan kecergasan sedikit, tetapi kami tidak menemui perbezaan yang jelas antara kedua-dua jenis senaman untuk tekanan darah sistolik, saiz pinggang, nisbah pinggang kepada pinggul, atau trigliserida yang beredar.

  • Penemuan kami menunjukkan bahawa HIIT mungkin sama berkesan seperti latihan berintensiti sederhana untuk meningkatkan kesihatan jantung dan mengurangkan risiko keadaan seperti diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti berkualiti tinggi diperlukan untuk yakin dengan penemuan tersebut.

Apakah latihan selang berintensiti tinggi?

Latihan selang berintensiti tinggi (HIIT) ialah sejenis latihan senaman yang melibatkan senaman keras/intensif dalam tempoh pendek yang berulang diikuti dengan tempoh berehat.

Apakah kesihatan kardiometabolik?

Kesihatan kardiometabolik merujuk kepada kesihatan jantung dan saluran darah, serta bagaimana badan memproses tenaga daripada makanan. Ia melibatkan faktor utama seperti tekanan darah, paras kolesterol, gula dalam darah, dan berat badan. Apabila ini berada dalam julat yang sihat, risiko menghidap keadaan seperti penyakit jantung, strok, dan diabetes jenis 2 adalah jauh lebih rendah.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada HIIT lebih baik daripada tanpa latihan atau latihan berterusan berintensiti sederhana (MICT) untuk meningkatkan penanda kesihatan kardiometabolik dalam orang yang tidak aktif.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang mengkaji kesan HIIT berbanding dengan tanpa latihan senaman atau MICT terhadap petunjuk kesihatan kardiometabolik. Kami berminat dalam kajian yang melihat kepada orang yang tidak aktif tetapi sihat. Kami telah merumuskan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah, saiz kajian, dan bilangan maklumat yang dibentangkan.

Apakah yang ditemukan?

Kami telah menemui 58 kajian yang melibatkan 2075 orang dewasa tidak aktif. Bilangan peserta dalam setiap kajian adalah antara julat daripada 14 hingga 90, dan program latihan berlangsung dari empat minggu sehingga 16 minggu. Tiga puluh lima kajian telah membandingkan HIIT dengan MICT, 11 telah membandingkan HIIT dengan tanpa senaman, dan 12 telah menyertakan kedua-dua perbandingan.

Keputusan utama

Berbanding tanpa senaman, HIIT berkemungkinan meningkatkan VO₂ maks , yang mencerminkan kecergasan jantung dan paru-paru secara keseluruhan. HIIT juga membawa kepada pengurangan kecil pada saiz pinggang. Walau bagaimanapun, HIIT mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap nisbah saiz pinggang kepada pinggul, dan mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap trigliserida (sejenis lemak darah). Bukti untuk HIIT pada tekanan darah sistolik (nombor tekanan darah atas) adalah sangat tidak menentu.

Berbanding dengan MICT, HIIT mungkin meningkatkan VO₂ maks sedikit. Mungkin terdapat tiada perbezaan antara HIIT dan MICT untuk tekanan darah sistolik dan trigliserida, dan mungkin tiada perbezaan antara kedua-dua jenis senaman untuk saiz pinggang dan nisbah saiz pinggang kepada pinggul.

Tiada kajian yang melaporkan hasil kesihatan jangka panjang penting seperti serangan jantung, strok, atau kematian.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami mempunyai sedikit atau sederhana keyakinan terhadap kebanyakan keputusan, dan penyelidikan lanjutan boleh mengubah kesimpulan kami. Tiga faktor utama yang mengurangkan keyakinan kami terhadap bukti. Pertama, terdapat variasi dalam bagaimana orang dalam kajian bertindak balas terhadap rawatan yang diterima oleh mereka. Kedua, beberapa kajian adalah sangat kecil, dan bagi sesetengah hasil, terdapat terlalu sedikit kajian untuk memastikan keputusannya. Pada akhirnya, orang dalam kajian adalah sedar tentang rawatan yang diterima oleh mereka.

Adakah bukti ini yang terkini?

Bukti ini terkini sehingga 13 Oktober 2025.

Matlamat

To assess the benefits and harms of high-intensity interval training (HIIT) on cardiometabolic health in healthy, sedentary adults.

Kaedah Pencarian

We searched CENTRAL, MEDLINE, Embase, Web of Science Core Collection (SCI-Expanded, SSCi, CPCI-S), and two trial registries up to 13 October 2025.

Kesimpulan Pengarang

Compared with a non-exercise control, HIIT likely increases cardiorespiratory fitness and reduces waist circumference slightly, but we found no clear difference for systolic blood pressure, waist-to-hip ratio, or circulating triglycerides. The certainty of the evidence is low for circulating triglycerides and very low for systolic blood pressure, precluding firm conclusions.

Compared with MICT, HIIT may increase cardiorespiratory fitness slightly, but we found no clear difference for systolic blood pressure, waist circumference, waist-to-hip ratio, or circulating triglycerides. The certainty of the evidence is low for cardiorespiratory fitness, systolic blood pressure, and circulating triglycerides, precluding firm conclusions.

No studies in either comparison reported all-cause mortality. There were no reports of adverse events, and we are unsure if the studies actively monitored for them.

Our analysis included many studies, but all had relatively few participants. The evidence suggests that HIIT may be an effective alternative to MICT for sedentary populations at risk of cardiometabolic disease.

There is a need for larger, higher-quality RCTs with longer follow-up to determine the long-term efficacy and effectiveness of HIIT. Future studies should investigate the feasibility and safety of unsupervised HIIT, as all studies included in this review examined supervised HIIT interventions.

Pembiayaan

This Cochrane review was funded (in part) by the National Institute of Health Research (NIHR) and the Foreign, Commonwealth and Development Office (FCDO).

Pendaftaran

The protocol for this Cochrane review was published in the Cochrane Library in May 2020 and is available via 10.1002/14651858.CD013617 .

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Strauss JA, Kirwan R, Ranasinghe C, Schwingshackl L, Shepherd SO, Chaplin M, Sguassero Y, Petkovic J, Villanueva G, Dwan K. High-intensity interval training for reducing cardiometabolic syndrome in healthy but sedentary populations. Cochrane Database of Systematic Reviews 2026, Issue 3. Art. No.: CD013617. DOI: 10.1002/14651858.CD013617.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan