Podcast : Opioid untuk bayi baru lahir yang menerima ventilasi mekanikal

Kumpulan Neonatal Cochrane telah menghasilkan lebih daripada 400 Ulasan Cochrane selama dua dekad ini, mengemas kini secara berkala apabila bukti baru tersedia. Dalam Mac 2021, mereka menerbitkan kemas kini ulasan mereka bagi opioid untuk bayi baru lahir yang memerlukan ventilasi mekanikal dan kami meminta dua pengarang ulasan ini, Olga Romantsik dan Matteo Bruschettini dari Hospital Universiti Skåne di Lund, Sweden, untuk memberitahu kami mengenai penemuan terbaru.

- Baca transkrip

Kumpulan Neonatal Cochrane telah menghasilkan lebih daripada 400 Ulasan Cochrane selama dua dekad ini, mengemas kini secara berkala apabila bukti baru tersedia. Dalam Mac 2021, mereka menerbitkan kemas kini ulasan mereka bagi opioid untuk bayi baru lahir yang memerlukan ventilasi mekanikal dan kami meminta dua pengarang ulasan ini, Olga Romantsik dan Matteo Bruschettini dari Hospital Universiti Skåne di Lund, Sweden, untuk memberitahu kami mengenai penemuan terbaru.

Mari mulakan dengan beberapa kata mengenai mengapa sebilangan bayi baru lahir perlu menerima ubat-ubatan seperti opioid.

Titik permulaannya adalah bayi yang dimasukkan ke unit penjagaan intensif neonatal mungkin perlu bantuan dengan pernafasan mereka, yang menyebabkan penggunaan ventilasi mekanikal. Intubasi, yang bermakna memasukkan tiub ke dalam saluran pernafasan bagi membolehkan ini berlaku dan ventilasi mekanikal sendiri menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, dan bayi baru lahir adalah sangat sensitif terhadap kesakitan. Lebih-lebih lagi, kesakitan mungkin mempunyai kesan-kesan negatif terhadap perkembangan saraf mereka maka adalah penting untuk mengurangkan kesakitan ini sebanyak yang mungkin, kadang-kala dengan bantuan ubat-ubatan seperti morfin dan fentanil.

Orang yang bekerja di unit-unit penjagaan intensif neonatal menerima latihan khas untuk membaca tanda-tanda ketidakselesaan dan kesusahan pada bayi baru lahir, juga pada bayi yang sangat pramatang dan beberapa skala yang menumpukan pada penampilan dan tingkah laku bayi, dan pada parameter objektif yang lain seperti kadar degupan jantung. Kesakitan yang berpanjangan adalah sangat menekankan bagi sesiapa sahaja, tetapi terutamanya untuk bayi baru lahir maka menggunakan ubat-ubatan seperti morfin dan fentanil, yang dipanggil opioid, yang mengurangkan kesakitan mungkin memperbaik perkembangan jangka panjang bayi baru lahir yang memerlukan ventilasi mekanikal. 

Kami menemui 23 kajian yang melibatkan kira-kira 2000 bayi. Kebanyakan kajian dilakukan pada bayi pramatang, tetapi lima kajian juga menyertakan bayi yang lahir selepas 9 bulan penuh kehamilan. Dalam 15 kajian, morfin atau fentanil dibandingkan dengan plasebo atau tiada intervensi. 8 kajian yang lain membandingkan morfin atau fentanil dengan satu sama lain atau dengan ubat penahan sakit yang lain maka kami menganalisis mereka secara berasingan.

Kami mendapati bahawa penggunaan morfin atau fentanil mempunyai sedikit atau tiada kesan dalam mengurangkan tempoh ventilasi mekanikal dan kematian neonatal dan sebenarnya tidak pasti sama ada opioid mempunyai kesan terhadap kesakitan dalam bayi-bayi ini kerana terlalu sedikit kajian-kajian disertakan yang melaporkan hasil ini atau terdapat batasan dalam reka bentuk kajian atau penemuan yang bercanggah. Hanya satu kajian melaporkan mengenai hasil perkembangan saraf pada usia 18-24 bulan, tetapi ini hanya menyertakan 78 bayi, yang mungkin terlalu sedikit untuk menentukan jika terdapat sebarang perbezaan antara bayi-bayi yang diberi opioid atau plasebo.

Ini menunjukkan bahawa lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan. 

Kajian-kajian pada masa depan perlu memasukkan hanya bayi baru lahir yang menunjukkan petanda kesakitan berdasarkan skor-skor kesakitan yang disahkan apabila mereka diberikan ventilasi mekanikal dan kami terutamanya memerlukan data untuk bayi-bayi pramatang. Kami juga memerlukan kajian-kajian yang melihat kepada hasil jangka panjang perkembangan saraf apabila bayi-bayi itu menjadi kanak-kanak dan juga mungkin pada masa remaja. 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini, ulasan ini diterbitkan atas talian dan ia boleh didapati di Cochrane Library dot com. Sekiranya anda pergi ke laman sesawang itu dan mencari ‘opioid untuk bayi baru lahir yang menerima ventilasi mekanikal’, anda akan mendapati pautan kepadanya.

Fail Digital Media ini diterjemah dan dirakam oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).

Tutup transkrip