Langkau ke kandungan utama

Apakah intervensi yang meningkatkan kepatuhan kepada rawatan ambliopia dalam kalangan kanak-kanak?

Mesej utama

  • Secara amnya, tiada intervensi yang boleh dipercayai untuk meningkatkan kepatuhan kepada rawatan ambliopia (terutamanya tampalan) dalam kalangan kanak-kanak. Intervensi yang dikaji juga tidak menunjukkan bukti penambahbaikan dalam penglihatan atau persepsi kedalaman (menilai sejauh mana perkara itu atau penglihatan ‘3-D’).

  • Halangan untuk mengakses rawatan atau temu janji boleh memberi kesan terhadap kanak-kanak dan penjaga mereka dalam menjalani rawatan ambliopia.

  • Cara yang lebih berstruktur untuk menjejaki kepatuhan adalah diperlukan, serta membuat pelaporan tentang mengikuti pelan rawatan, penglihatan, dan persepsi mendalam dengan lebih konsisten.

Apakah ambliopia?

Ambliopia ialah istilah teknikal untuk pengurangan penglihatan yang disebabkan oleh pembentukan visual yang tidak normal di awal kehidupan. Keputusan tersebut tidak dapat dilihat dengan baik dalam satu atau, kurang kerap, kedua-dua mata, walaupun dengan cermin mata preskripsi yang optimal atau dengan kanta pelekap. Hal ini kadangkala dirujuk sebagai ‘mata malas’ oleh ibu bapa dan penjaga.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kepatuhan bermaksud sejauh mana jumlah rawatan yang disiapkan sepadan dengan jumlah yang ditetapkan oleh kakitangan kesihatan. Kepatuhan boleh diukur secara subjektif (cth dengan diari) atau secara objektif (cth dengan menggunakan penderiaan sentuh suhu dengan kulit). Contoh halangan kepada kepatuhan termasuk memahami rawatan, masa, pengangkutan, dan ketersediaan atau kos rawatan dan lawatan perubatan. Kami ingin mengetahui sama ada kaedah yang telah digunakan untuk meningkatkan kepatuhan kepada rawatan ambliopia adakah berjaya atau boleh mengakibatkan kemudaratan. Dalam kes ambliopia dalam satu mata, rawatan selalunya terdiri daripada tampalan (menutup atau menyekat) mata yang lebih dapat melihat. Ia boleh menjadi sukar untuk kanak-kanak dan penjaga mereka. Kaedah atau intervensi yang telah kami terokai adalah tingkah laku, digital (iaitu teknologi atau elektronik, seperti bermain permainan video atau menonton rancangan), dan pendekatan berbeza untuk tampalan.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari kajian yang menyiasat: 1) satu atau gabungan intervensi tingkah laku, seperti kartun pendidikan dan peringatan mesej teks; 2) intervensi rangsangan digital, seperti video dan permainan video; atau 3) menggunakan pelbagai jenis tampalan berbeza, seperti cermin mata pengatup atau bahan tampalan yang berbeza, berbanding penjagaan standard atau tiada intervensi (iaitu tiada kaedah yang telah digunakan untuk meningkatkan kepatuhan).

Apakah yang kami temui?

Kami menemui bahawa kebanyakan penyelidik telah mencuba untuk meningkatkan kepatuhan adalah tidak berbeza antara satu sama lain. Bukti adalah kurang pasti, dan kami juga tidak dapat membuat kesimpulan bahawa mana-mana satu pendekatan adalah lebih baik daripada yang lain.

Apakah batasan bukti?

Beberapa kajian telah menggunakan alat objektif untuk mengukur kepatuhan. Terdapat variasi yang luas dalam melaporkan beberapa ciri-ciri dan hasil, termasuk keterukan ambliopia, kaedah pemantauan kepatuhan, dan tempoh susulan, yang telah memberi impak kepada sejauh mana keyakinan kami terhadap bukti. Beberapa hasil yang berkaitan dengan kepatuhan tidak dilaporkan dalam kajian dan kepentingan klinikal perubahan relatif untuk hasil ini berbeza-beza mengikut pesakit. Beberapa kajian telah menilai atau melaporkan kemudaratan dan faktor yang berkaitan dengan keadilan dan keterangkuman, seperti status sosioekonomi atau pendidikan penjaga, tanpa penyeragaman dalam format pelaporan.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga tarikh pencarian pada 24 Mei 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Chen DML, Han S, Summers A, Wang J, Rice M, Mallios J, Leslie L, Harb EN, Qureshi R, supported by the Cochrane Eyes and Vision Group. Interventions for improving adherence to amblyopia treatments in children. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 7. Art. No.: CD015820. DOI: 10.1002/14651858.CD015820.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan