Apakah isunya?
Orang dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD) mempunyai kurang penyingkiran fosfat dari badan mereka melalui buah pinggang, menyebabkan tahap fosfat dalam darah dan tisu badan meningkat apabila fungsi buah pinggang berkurangan. Mendapan fosfat tambahan dalam saluran darah dan tisu yang lain merosakkan tulang dan otot, memburukkan kegagalan buah pinggang dan menyebabkan masalah jantung, sakit tulang, patah tulang dan kematian.
Pengikat fosfat sering diberikan dengan makanan untuk mereka dengan penyakit buah pinggang bagi mengurangkan pengambilan fosfat dalam makanan.
Apakah yang kami lakukan?
Kami sebelum ini telah menyemak semua penyelidikan sama ada pengikat fosfat membantu mengurangkan kerosakan pada saluran darah, otot, tulang, fungsi buah pinggang dan masalah jantung dan peredaran bagi mereka dengan kegagalan buah pinggang. Dalam ulasan ini, kami melibatkan semua kajian klinikal di mana mereka dengan masalah buah pinggang mengambil pengikat fosfat berbeza (secara kebetulan) selama sekurang-kurangnya lapan minggu. Kami juga menyemak kepastian maklumat dalam kajian untuk mengetahui sejauh mana keyakinan kami tentang keputusan. Kali akhir kami membuat ulasan ini ialah pada 2018. Kami kini telah mengemas kini maklumat kepada 2025 supaya ia adalah terkini.
Apakah yang kami temui?
Kami mengenal pasti 134 kajian klinikal pengikat fosfat yang disertakan 20,913 orang dengan keadaan buah pinggang . Sesetengah kajian memberi rawatan selama lapan minggu manakala beberapa kajian merawat peserta sehingga tiga tahun. Orang dalam kajian mempunyai pelbagai fungsi buah pinggang, dan ramai yang telah dirawat dengan dialisis. Beberapa kajian mempunyai masalah dengan reka bentuk, yang bermaksud keyakinan yang kami ada dalam keputusan mereka adalah lebih rendah daripada yang kami mahukan.
Apabila maklumat daripada semua kajian klinikal digabungkan, kami menemui bahawa pengikat fosfat yang dipanggil sevelamer boleh mengurangkan kemungkinan kematian dan kurang hiperkalsemia (paras kalsium yang tinggi dalam darah) bagi pesakit yang menjalani dialisis yang diberi ubat ini, bukannya tablet kalsium, untuk mengeluarkan fosfat daripada pemakanan. Satu lagi jenis pengikat fosfat yang dipanggil lanthanum juga boleh menghasilkan kurang hiperkalsemia, dibandingkan dengan tablet kalsium.
Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap maklumat yang diberikan dalam kajian sedia ada tentang sama ada pengikat fosfat menyebabkan kesan sampingan, dan kekerapan dan keterukan kesan sampingan tersebut. Khususnya, kesan majoriti pengikat fosfat terhadap kematian disebabkan oleh punca atau kemudaratan kardiovaskular, termasuk loya dan sembelit, paras fosfat dalam darah, atau skor kalsium arteri koronari adalah tidak jelas. Kajian itu terlalu pendek dan terlalu kecil untuk kami memastikan sama ada pengikat fosfat mengurangkan komplikasi jantung atau buah pinggang, angin ahmar, sakit tulang atau kerosakan pada saluran darah.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami tidak begitu pasti sama ada pengikat fosfat tertentu berguna untuk orang dengan masalah buah pinggang .
Pencarian akhir dilakukan pada Disember 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Kuala Lumpur). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).