Langkau ke kandungan utama

Apakah ubat-ubatan yang terbaik, sama ada secara tunggal atau gabungan, untuk orang dengan hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1, dan adakah mereka mempunyai sebarang kesan serius yang tidak diingini?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Terapi gabungan untuk orang dengan hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1 adalah lebih berkesan untuk mencegah kemerosotan klinikal (menjadi lebih sakit) dan kemungkinan mengurangkan kadar kemasukan ke hospital berbanding dengan rawatan antagonis reseptor endothelin sahaja. Ia tidak pasti sama ada mereka menawarkan manfaat yang lebih besar dalam mencegah kemerosotan klinikal atau kemasukan ke hospital berbanding dengan perencat jenis 5 fosfodiesterase sahaja.

  • Tidak terdapat bukti yang kukuh bahawa terapi gabungan meningkatkan keupayaan seseorang untuk melakukan tugasan fizikal atau kematian berbanding dengan ubat tunggal sahaja.

  • Orang yang mengambil gabungan terapi dan mereka yang mengambil hanya satu ubat sahaja mempunyai kesan yang tidak diingini dan berkemungkinan untuk menghentikan rawatan. Terdapat kurang orang menghentikan rawatan semasa menggunakan gabungan terapi berbanding dengan perencat jenis 5 fosfodiesterase.

Apakah hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1?

Hipertensi pulmonari ialah tekanan darah tinggi di dalam arteri paru-paru (arteri pulmonari). Ia dibahagikan kepada lima kategori (kumpulan 1 sehingga 5), dengan setiap satu memerlukan pendekatan rawatan berbeza. Hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1 adalah jarang berlaku dan melibatkan tekanan darah tinggi terutamanya di dalam arteri pulmonari, tanpa masalah di dalam bahagian paru-paru yang lain. Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti genetik, sesetengah ubat-ubatan, atau keadaan perubatan yang lain. Mengabaikan atau tidak merawat hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1 dengan baik boleh mengurangkan kualiti hidup, meningkatkan risiko kemasukan ke hospital, dan meningkatkan kematian.

Apakah rawatan untuk hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1?

Ubat-ubatan untuk merawat hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1 membantu meluaskan saluran darah di dalam paru-paru, yang seterusnya menurunkan tekanan darah di dalam arteri pulmonari. Ubat-ubatan ini dipanggil sebagai antagonis reseptor endothelin, perencat jenis 5 fosfodiesterase, perangsang siklase guanylat larut, dan analog prostacyclin boleh digunakan secara bersendirian atau secara gabungan. Berdasarkan garis panduan, gabungan yang biasa digunakan ialah antagonis reseptor endothelin dengan perencat jenis 5 fosfodiesterase.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin melihat betapa baik antagonis reseptor endothelin dan perencat jenis 5 fosfodiesterase sahaja atau bersama-sama untuk merawat hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1. Kami ingin mengetahui berapa ramai orang yang menjadi lebih sakit (dipanggil sebagai kemerosotan penyakit), yang memerlukan kemasukan ke hospital, dan meninggal dunia. Kami ingin melihat sama ada terdapat kesan serius yang tidak diingini daripada rawatan.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang membandingkan antagonis reseptor endothelin sahaja, perencat jenis 5 fosfodiesterase sahaja, atau antagonis reseptor endothelin ditambah dengan perencat jenis 5 fosfodiesterase (terapi gabungan) di dalam orang dengan hipertensi arteri pulmonari kumpulan 1. Kami telah menyemak setiap kajian untuk memastikan ia adil dan boleh dipercayai, dengan mengambil kira faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang ditemukan?

Kami telah menemui sembilan kajian dengan 1807 orang yang telah dipantau selama sekitar 16 minggu.

Terapi gabungan mengurangkan kemerosotan penyakit berbanding dengan antagonis reseptor endothelin sahaja dan berkemungkinan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital. Ia tidak jelas sama ada terapi gabungan adalah lebih berkesan daripada perencat jenis 5 fosfodiesterase sahaja dalam mencegah kemerosotan penyakit atau kemasukan ke hospital. Terdapat tiada bukti kukuh bahawa terapi gabungan meningkatkan keupayaan seseorang untuk melakukan tugasan fizikal atau kematian berbanding dengan antagonis reseptor endothelin atau perencat jenis 5 fosfodiesterase sahaja. Kesan serius yang tidak diingini adalah sama untuk orang yang menggunakan terapi gabungan atau secara tunggal. Terdapat kurang orang yang menghentikan rawatan dengan terapi gabungan berbanding dengan perencat jenis 5 fosfodiesterase.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Tidak semua kajian melaporkan kematian, yang menjadikannya lebih sukar untuk kami memastikan kesimpulan kami untuk ini. Banyak orang berhenti daripada beberapa kajian apabila membandingkan kombinasi terapi kepada terapi tunggal, yang mungkin mempengaruhi keputusan tersebut. Lebih banyak penyelidikan mungkin diperlukan untuk memahami aspek tersebut dengan lebih baik.

Adakah bukti ini yang terkini?

Bukti ini terkini sehingga 13 Mac 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Oba Y, Maduke T, Fakhouri EW, Goite Y. Phosphodiesterase type 5 inhibitor plus endothelin receptor antagonist compared to either alone for group 1 pulmonary arterial hypertension. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 8. Art. No.: CD015824. DOI: 10.1002/14651858.CD015824.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan