Langkau ke kandungan utama

Adakah terapi tingkah laku kognitif untuk insomnia (CBT-I) membantu pesakit kanser?

Pandangan anda amat bermakna

Kami menjalankan tinjauan ringkas untuk memahami penggunaan Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane. Klik pautan ini untuk menyertai dan membantu penambahbaikan maklumat kesihatan.

Mesej utama

Terapi tingkah laku kognitif untuk insomnia (CBT-I) - sejenis terapi bercakap yang membantu orang menyedari pemikiran yang tidak membantu, mencabarnya dan mempelajari cara yang lebih sihat untuk berfikir dan berkelakuan- mungkin mengurangkan insomnia dan boleh meningkatkan kualiti tidur di kalangan pesakit kanser berbanding dengan rawatan lain, tetapi kami tidak pasti mengenai penemuan ini.
CBT-I nampaknya tidak membawa kepada kejadian yang tidak diingini, tapi kami juga tidak pasti mengenai keputusan ini.
• Penyelidikan di masa hadapan harus tertumpu kepada pemahaman bagaimana orang dengan penyakit kanser yang berbeza dan rawatan kanser yang berlainan fasa bertindak balas terhadap CBT-I.

Mengapakah insomnia menjadi masalah bagi orang dengan kanser?

Ramai orang dengan kanser bergelut dengan insomnia; di mana mereka menghadapi masalah tidur walaupun mereka berpeluang untuk tidur. Orang yang menghidapi kanser adalh lebih cenderung untuk mengalami insomnia berbanding dengan populasi umum. Mereka mungkin mengalami masalah tidur disebabkan oleh kesakitan, tekanan, kebimbangan, atau kesan sampingan daripada rawatan kanser. Tidur yang tidak lena boleh menyebabkan mereka berasa lebih letih, cemas atau murung dan boleh menyukarkan mereka untuk menghadapi kanser dan rawatanya.

Bagaimanakah insomnia di kalangan meraka dengan kanser dirawat?

Terdapat dua cara utama untuk merawat insomnia : ubatan atau kaedah tanpa ubat seperti CBT-I dan senaman. CBT-I merupakan rawatan berstruktur yang membantu mereka berfikir secara berbeza mengenai tidur, memahami bagaimana cara tidur berfungsi dan menggunakan kaedah praktikal seperti:

mewujukan tabiat tidur yang lebih sihat;
melatih otak untuk menghubungkan katil dengan tidur;
mengehadkan masa di atas katil untuk meningkatkan kualiti tidur.

Walaupun CBT-I diiktiraf secara meluas sebagai pilihan pertama rawatan untuk insomnia di kalangan populasi umum, keberkesanannya dalam orang yang menghidap kanser masih memerlukan penilaian yang menyeleruh, terkini dan terperinci.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada CBT-I adalah lebih baik daripada (1) tiada rawatan atau (2) rawatan yang lain dalam mengurangkan tahap keseriusan insomnia, kualiti tidur dan parameter diari tidur seseorang seperti bila mereka tidur, waktu yang diambil untuk jatuh tidur dan berapa kali mereka bangun pada waktu malam. Kami juga ingin mengetahui jika CBT-I membawa kepada kejadian yang tidak diingini atau memudaratkan.

Apakah yang dilakukan?

Kami mencari kajian yang membandingkan CBT-I dengan rawatan yang lain untuk orang dengan kanser. Kami banding dan rumuskan keputusan kajian-kajian tersebut, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti.

Apakah yang ditemukan?

Kami menemui 21 kajian yang melibatkan 2431 orang, di mana kebanyakannya adalah wanita yang menghidapi kanser payudara. Tujuh belas daripada 21 kajian telah dijalankan di Amerika Utara. Kami mengenal pasti lima perbandingan. Dalam rumusan ini, kami membentangkan keputusan daripada dua perbandingan utama :

CBT-I berbanding dengan tiada rawatan aktif;
CBT-I berbanding dengan aktiviti aerobik.

Keputusan utama

CBT-I berbanding dengan tiada rawatan aktif

CBT-I boleh mengurangkan keseriusan inmonia, meningkatkan kualiti tidur dan kebanyakan parameter diari tidur yang lain tanpa kesan sampingan tambahan atau kejadian yang tidak diingini di kalangan orang dengan kanser. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti mengenai keputusan untuk tahap keseriusan insomnia, beberapa kerap atau berapa cepat seseorang itu bangun selepas tidur dan kejadian tidak diingini yang memudaratkan dan serius.

CBT-I berbanding dengan aktiviti aerobik

CBT-I boleh mengurangkan tahap insomnia dan meningkatjab kualiti tidur tanpa kejadian yang memudaratkan atau tidak diingini. Walau bagaimanapun, CBT-I mungkin mendatangkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kebanyakan parameter dalam diari tidur. Kami sangat tidak pasti mengenai keputusan untuk kejadian tidak diingini yang serius atau memudaratkan dan tempoh tidur yang direkodkan dalam diari tidur.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami tidak yakin dengan bukti ini kerana mereka yang terlibat dalam kajian ini mungkin telah mengetahui rawatan yang diterima, yang mungkin menpengaruhi tindak balas terhadap rawatan. Tambahan pula, tiada kajian yang mencukupi untuk mendapatkan kepastian mengenai keputusan yang ingin kami ketahui.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini adalah terkini sehingga April 2025.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Lim Kah Yen ( Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Cai Z, Tang Y, Liu C, Li H, Zhao G, Zhao Z, Zhang B. Cognitive behavioural therapy for insomnia in people with cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 10. Art. No.: CD015176. DOI: 10.1002/14651858.CD015176.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan