Langkau ke kandungan utama

Adakah rawatan vitamin D dalam wanita hamil atau menyusukan atau kanak-kanak kecil mencegah asma kanak-kanak?

Pandangan anda amat bermakna

Kami menjalankan tinjauan ringkas untuk memahami penggunaan Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane. Klik pautan ini untuk menyertai dan membantu penambahbaikan maklumat kesihatan.

Mesej utama

• Kanak-kanak wanita yang diberi dos vitamin D yang tinggi semasa hamil kurang berkemungkinan mengalami wheezing (bunyi siulan kedengaran semasa menghembus nafas, disebabkan oleh bengkak saluran pernafasan bawah, keradangan atau penyempitan) berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil vitamin D semasa hamil.

• Rawatan vitamin D pada peringkat awal kanak-kanak boleh mempunyai sedikit kesan untuk mencegah asma atau semput, walaupun kami tidak pasti keputusan ini.

• Kami tidak pasti tentang bukti untuk sebarang kesan tidak diingini rawatan vitamin D dalam wanita hamil atau menyusukan atau kanak-kanak.

Latar belakang

Asma adalah masalah pada kanak-kanak yang sering berlaku, yang menjejaskan paru-paru. Kanak-kanak yang menghidap asma mengalami serangan berulang iaitu sesak nafas, berdehit, dan batuk disebabkan oleh keradangan, pengeluaran lendir, dan saluran pernafasan yang sempit. Dermatitis atopik (penyakit kulit radang kronik), sensitif kepada alergen, dan jangkitan saluran pernafasan yang berulang boleh menyumbang kepada perkembangan asma. Vitamin D adalah nutrien penting yang mempengaruhi sistem imun. Kajian terdahulu telah mengaitkan status vitamin D yang rendah kepada peningkatan risiko penyakit alahan.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada rawatan vitamin D dalam usia awal membantu mencegah: (a) asma kanak-kanak, semput, atau kedua-duanya; dan (b) faktor risiko asma kanak-kanak, termasuk dermatitis atopik, jangkitan saluran pernafasan, pemekaan kepada alergen, dan keradangan saluran pernafasan.

Kami juga ingin mengetahui sama ada rawatan vitamin D dikaitkan dengan sebarang kesan tidak diingini.

What did we do?

Kami telah mencari kajian yang meneroka mana-mana perbandingan berikut:

• sebarang vitamin D berbanding placebo (ubat 'dummy' yang tidak aktif) atau tiada rawatan pada wanita hamil atau menyusukan;
• sebarang vitamin D berbanding placebo/tiada rawatan pada kanak-kanak kecil;
• vitamin D dos yang lebih tinggi dengan dos yang lebih rendah/ piawai (400 unit antarabangsa/hari atau kurang) vitamin D dalam wanita hamil atau menyusukan,
• vitamin D dos yang lebih tinggi dengan dos yang lebih rendah/ piawai (400 unit antarabangsa/hari atau kurang) vitamin D pada kanak-kanak kecil.

Hasil yang kami ingin teliti ialah asma kanak-kanak, semput, dermatitis atopik, jangkitan saluran pernafasan, pemekaan alahan dan keradangan saluran pernafasan.

Kami membanding dan merumus keputusan kajian-kajian serta menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan beberapa faktor seperti kaedah kajian dan bilangan peserta wanita.

Apakah yang temukan?

Kami menemui 18 kajian melibatkan sejumlah 10,611 Ibu-ibu mengandung, bayi, pasangan ibu/bayi dan kanak-kanak sehingga umur lima tahun. Empat kajian dibandingkan mana-mana vitamin D dengan placebo/tiada rawatan pada Ibu-ibu mengandung, lima kajian dibandingkan mana-mana vitamin D dengan plasebo/tiada rawatan pada kanak-kanak kecil, empat kajian dibandingkan dos vitamin D yang lebih tinggi berbanding lebih rendah pada Ibu-ibu mengandung, dan tujuh kajian dibandingkan dos vitamin D yang lebih tinggi berbanding lebih rendah pada kanak-kanak kecil. Kajian telah dijalankan di seluruh dunia; kebanyakannya dilakukan di negara berpendapatan tinggi. Kajian terbesar melibatkan 3046 peserta; yang terkecil melibatkan 50. Tempoh rawatan vitamin D adalah antara 28 hari hingga dua tahun, dengan kebanyakan kajian merawat selama enam bulan atau kurang.

Keputusan utama

Mana-mana rawatan vitamin D semasa hamil boleh membantu mencegah asma kanak-kanak (1 kajian, 236 peserta), dan rawatan vitamin D dos yang lebih tinggi semasa hamil mungkin membantu mencegah semput pada kanak-kanak (3 kajian, 1439 peserta).

Rawatan vitamin D pada peringkat awal kanak-kanak, tanpa mengira dos dan perbandingan, boleh mempunyai sedikit kesan pada asma atau semput, walaupun kami tidak pasti keputusan ini. Rawatan vitamin D dos tinggi pada peringkat awal kanak-kanak boleh membantu mencegah jangkitan saluran pernafasan (6 kajian, 2385 peserta).

Rawatan vitamin D semasa hamil atau awal kanak-kanak, tanpa mengira dos dan perbandingan, boleh mempunyai sedikit atau tiada kesan pada dermatitis atopik, sensitif kepada alergen dan penanda keradangan saluran pernafasan.

Kami tidak pasti sama ada rawatan vitamin D semasa hamil atau awal kanak-kanak mempunyai sebarang kesan tidak diingini kerana kajian melaporkan maklumat terhad tentang kesan tidak diingini.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Untuk intervensi dalam fasa kehamilan, kami cukup yakin dengan kesan vitamin D dos tinggi ke atas semput dan asma. Kami kurang yakin dengan kesan mana-mana vitamin D pada asma kerana bukti adalah berdasarkan hasil daripada satu kajian kecil. Walau bagaimanapun, penemuan ini terhad kepada rawatan vitamin D pranatal pada trimester kedua dan ketiga; kesan rawatan vitamin D bermula sekitar masa wanita hamil atau pada trimester pertama adalah tidak jelas.

Untuk intervensi pada kanak-kanak kecil, kami mempunyai keyakinan yang rendah terhadap penemuan kami untuk kesan vitamin D, tanpa mengira dos, pada sebarang hasil yang dinilai.

Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap penemuan untuk kesan tidak diingini kerana bukti adalah berdasarkan beberapa kes dan tidak terdapat kajian yang mencukupi yang menilai kebanyakan kesan tidak diingini.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Oktober 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Irfan Mohamad (Irfan Mohamad). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Patchen BK, Best CM, Boiteau J, Solvik BS, Vonderschmidt A, Xu J, Cohen RT, Cassano PA. Vitamin D supplementation in pregnant or breastfeeding women or young children for preventing asthma. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 8. Art. No.: CD013396. DOI: 10.1002/14651858.CD013396.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan