Mesej utama
-
Kami tidak dapat menentukan kebaikan dan kesan yang tidak diingini daripada rangkaian hospital trauma (sistem trauma teratur) atau hospital individu (pusat trauma spesifik) khusus untuk pesakit trauma, disebabkan oleh kekurangan bukti yang kukuh.
-
Penyelidikan ini memerlukan penambahbaikan dalam mereka bentuk kajian dan melaporkan langkah-langkah penting seperti kematian dan kelangsungan hidup, kesan yang tidak diingini, penggunaan atau akses kepada perkhidmatan penjagaan trauma, kualiti penjagaan yang diberikan, menyediakan penjagaan kepada semua orang yang memerlukannya, dan memaklumkan semua orang tentang penjagaan yang tersedia.
Apakah sistem trauma yang teratur, pusat trauma yang ditetapkan dan penjagaan rutin?
Sistem trauma yang teratur adalah perkhidmatan yang keseluruhannya direka untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka yang cedera (contohnya kecederaan daripada kemalangan jalan raya, senjata dan kebakaran). Ia meliputi rawatan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kecederaan, pengangkutan ke hospital, penentuan hospital mana setiap pesakit dihantar dan penjagaan selepas rawatan di hospital. Sistem trauma turut meliputi pemulihan kos, latihan luar negara, penyelidikan dan pencegahan kecederaan. Pusat trauma yang ditetapkan adalah hospital yang dikhususkan untuk merawat mereka dengan kecederaan traumatik dan pusat trauma ini adalah sebahagian daripada rangkaian sistem trauma di lokasi geografi yang tertentu.
Sistem trauma dan pusat trauma telah didiapati dapat menawarkan pendekatan yang kos efektif untuk menguruskan orang dengan kecederaan traumatik di negara yang menpunyai taraf kehidupan yang tinggi. Menilai keberkesanannya melalui penyelidikan yang direka dengan baik adalah amat penting kerana ini akan menyokong penggunaannya dalam tetapan terhad sumber (miskin) di mana beban kecederaan adalah paling tinggi.
Penjagaan rutin merujuk lepada hospital dan sistem kesihatan yang tidak dikhususkan untuk merawat mereka dengan kecederaan traumatik. Penjagaan rutin adalah pendekatan piawai di wilayah atau kawasan geografi yang sistem traumanya masih belum wujud,.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada sistem trauma yang teratur dan pusat trauma yang ditetapkan:
-
penjagaannya lebih baik daripada penjagaan rutin dalam mengelakkan kematian dan meningkatkan pemulihan seseorang;
-
dikaitkan dengan kesan yang tidak diingini.
Kami secara khusunya ingin mengetahui impaknya pada:
-
kesan sampingan yang berkait dengan penjagaan kesihatan
-
penggunaan dan akses kepada penjagaan kesihatan
-
kualiti penjagaan yang diberikan
-
sama ada penjagaan diberi kepada semua yang memerlukan, dan
-
sama ada orang ramai tahu mengenai penjagaan yang disediakan .
Apakah yang dilakukan?
Kami telah mencari kajian yang menyelidik kesan sistem trauma yang teratur dan pusat trauma yang ditetapkan berbanding dengan penjagaan rutin. Kami berminat dengan kematian, kesan yang tidak dingini, pengunaan atau akses kepada perkhidmatan penjagaan trauma, kualiti penjagaan yang diberikan, menyediakan penjagaan kepada semua yang memerlukan dan memaklumkan semua orang mengenai penjagaan yang disediakan.
Kami membanding dan merumuskan keputusan-keputusan kajian dan menilai keyakinan kami kebolehpercayaan bukti berdasarkan faktor- faktor seperti kaedah kajian dan ketepatan serta kebolehpercayaan keputusan kajian.
Apakah yang temukan?
Kami menemui empat kajian melibatkan 157,111 orang yang menilai keberkesanan sistem trauma yang teratur atau pusat trauma yang ditetapkan. Walau bagaimapun, tiada antara kajian ini yang dijalankan di negara dengan sumber yang terhad.
Kami tidak yakin dengan bukti tersebut, kerana:
-
kajian-kajian tersebut adalah tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang kukuh;
-
bukti kajian adalah tidak komprehensif dalam perkara yang kami ingin ketahui;
-
beberapa kajian tidak melaporkan data mengenai perkara yang kami ingin ketahui;
-
kajian-kajian tersebut berbeza dari segi populasi yang dikaji dan kaedah penyampaian penjagaan.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Keyakinan kami terhadap bukti kajian adalah sangat rendah dan hasil penyelidikan lanjutan mungkin berbeza daripada keputusan ulasan kajian ini. Kajian-kajian ini tidak direka dengan baik, keputusannya sangat tidak konsisten merentasi kajian dan mereka tidak melaporkan semua yang kami ingin ketahui.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti adalah terkini sehingga 16 Disember 2023.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Lim Kah Yen (Hospital Sultanah Nur Zahirah). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).