Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Adakah latihan simulasi realiti maya dapat membantu dan/atau menggantikan latihan awal berasaskan pesakit dalam endoskopi gastrousus?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

1. Latihan simulasi realiti maya boleh memberikan pelatih endoskopi (pakar yang melihat ke dalam perut dan usus untuk memeriksa masalah) satu kelebihan dalam menyelesaikan prosedur gastrousus bahagian atas dan bawah (“usus”) secara bebas berbanding dengan tanpa latihan.

2. Kami tidak menemui bukti muktamad bahawa latihan simulasi realiti maya memberikan manfaat berbanding dengan latihan berasaskan pesakit dalam endoskopi baharu.

Apakah latihan simulasi realiti maya, dan bagaimana ia boleh digunakan dalam endoskopi gastrousus?

Endoskopi gastrousus melibatkan penggunaan endoskopi, satu tiub fleksibel dengan kamera, untuk memeriksa perut atau usus. Secara tradisinya, ia diajar dalam tetapan klinikal di bawah pemantauan seorang ahli endoskopi terlatih. Simulator komputer realiti maya menggunakan teknologi untuk mewujudkan persekitaran tiga dimensi dengan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dengan selamat, tanpa risiko kepada pesakit. Simulasi tersebut mimik kehidupan sebenar atau prosedur penjagaan kesihatan. Mereka menggunakan alatan fizikal, seperti endoskopi, untuk menjadikan pengalaman lebih berinteraktif. Walau bagaimanapun, latihan berasaskan simulasi mungkin mahal. Oleh itu, ia adalah penting untuk memastikan bahawa orang baharu mahir (iaitu pelatih) memperolehi melalui latihan berasaskan simulasi diterjemahkan kepada prosedur kehidupan sebenar.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin menentukan sama ada latihan simulasi realiti maya boleh menambah atau mengganti latihan endoskopi gastrousus tradisional berasaskan pesakit. Hasil utama kami adalah untuk mengetahui sama ada latihan simulasi realiti maya membuat perbezaan kepada ‘skor komposit kecekapan’ yang diterima oleh pelatih - iaitu, gabungan skor yang menunjukkan betapa mahirnya seseorang.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang melihat kepada manfaat latihan simulasi realiti maya berbanding dengan tanpa latihan, latihan berasaskan pesakit, atau bentuk latihan realiti maya yang lain. Kami merumuskan dan membandingkan keputusan kajian yang berbeza dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang ditemukan?

Kami menyertakan 20 kajian dengan 500 peserta dan 3975 prosedur endoskopi. Sepuluh kajian membandingkan latihan realiti maya dengan tanpa latihan; lima kajian membandingkan latihan realiti maya dengan latihan endoskopi berasaskan pesakit; satu kajian membandingkan latihan realiti maya dengan latihan simulasi endoskopi dalam bentuk yang lain; dan empat kajian membandingkan dua kaedah latihan realiti maya yang berbeza. Dua belas kajian mengkaji kolonoskopi, yang memeriksa keseluruhan kolon; tiga mengkaji sigmoidoskopi, yang hanya memeriksa bahagian bawah kolon; dan lima mengkaji endoskopi gastrousus bahagian atas, yang memeriksa esofagus, perut, dan usus kecil. Peserta adalah pelatih perubatan dan jururawat dengan latihan yang terhad atau tiada latihan dalam endoskopi.

Keputusan utama

Latihan simulasi endoskopi realiti maya berbanding tanpa latihan

Dalam kalangan mereka yang baharu, latihan realiti maya mungkin mmeberikan sedikit kepada tiada perbezaan dalam skor komposit kecekapan berbanding dengan tanpa latihan. Walau bagaimanapun, mereka yang baharu dan berlatih menggunakan simulasi realiti maya mungkin lebih mampu menyempurnakan prosedur secara bebas. Kami tidak tahu sama ada latihan simulasi realiti maya membantu mereka yang baharu menyempurnakan prosedur dengan lebih pantas, melihat lebih banyak lapisan dalaman usus, menyebabkan kurang ketidakselesaan pesakit, atau mencapai penilaian prestasi keseluruhan yang lebih tinggi berbanding dengan tanpa latihan, disebabkan bukti adalah sangat tidak pasti. Tiada kejadian buruk (iaitu memudaratkan, tidak diingini) telah dilaporkan dalam kedua-dua kumpulan.

Latihan simulasi endoskopi realiti maya berbanding dengan latihan berasaskan pesakit konvensional

Daripada kajian yang membandingkan simulasi realiti maya dengan latihan konvensional, hanya satu kajian yang telah melaporkan skor komposit kecekapan untuk peserta, tetapi ia tidak memberikan data mencukupi untuk membolehkan kami menganalisis keputusan tersebut. Kami tidak tahu tentang kesan latihan simulasi realiti maya, berbanding dengan latihan berasaskan pesakit konvensional, dalam keupayaan yang baharu untuk menyeempurnakan prosedur secara bebas, menyempurnakan prosedur dengan lebih pantas, melihat lebih banyak lapisan dalam usus, mengurangkan ketidakselesaan pesakit, atau mencapai penilaian prestasi keseluruhan yang lebih tinggi, disebabkan bukti adalah sangat tidak pasti. Tiada kejadian buruk yang telah dilaporkan dalam kedua-dua kumpulan.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami tidak yakin dengan bukti untuk kebanyakan hasil kami. Sesetengah kajian memberikan sedikit atau tiada maklumat tentang bagaimana pelatih ditugaskan kepada kumpulan berbeza, atau sama ada orang yang mengukur hasilnya tahu pelatih mana yang berada dalam kumpulan mana, yang boleh mempengaruhi bagaimana mereka menilai pelatih. Selain itu, terdapat terlalu sedikit peserta dan prosedur endoskopi untuk menjadi kententuan tentang keputusan beberapa hasil. Kajian masa depan harus mempertimbangkan teori pembelajaran mana yang menyokong program latihan simulasi yang paling berkesan.

Setakat mana bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini sehingga 18 Oktober 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Fatin Atiqah Nurul Mubin (Universiti Tenaga Nasional). Dikemaskini oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my).

Petikan
Sabrie N, Khan R, Plahouras J, Johnston BC, Scaffidi MA, Grover SC, Walsh CM. Virtual reality simulation training for health professions trainees in gastrointestinal endoscopy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 9. Art. No.: CD008237. DOI: 10.1002/14651858.CD008237.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan