Langkau ke kandungan utama

Apakah faedah dan risiko pelbagai teknik rangsangan titik akupunktur pergelangan tangan PC6 untuk mencegah loya dan muntah selepas pembedahan?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Kedua-dua teknik rangsangan titik akupunktur PC6 invasif (seperti akupunktur jarum) dan tidak invasif (seperti gelang akupresur), apabila digunakan bersama ubat antiemetik (anti-muntah), boleh mengurang kemungkinan loya dan muntah selepas pembedahan dibandingkan rawatan palsu (seperti peranti yang digunakan di lokasi titik akupunktur bukan PC6, atau sebarang percubaan untuk meniru (memberi ilusi) rangsangan titik akupunktur PC6, atau penggunaan ubat antiemetik plasebo (ubat palsu - saline).

  • Menggabungkan teknik rangsangan akupunktur PC6 bukan invasif dengan ubat antiemetik mungkin mengurangkan keperluan untuk terapi ubat tambahan di kemudian hari. Akan tetapi, kami tidak pasti tentang kesan sampingan kecil teknik rangsangan titik akupunktur PC6, kerana kesan sampingan ini tidak kerap dilaporkan.

  • Lebih banyak kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk mengkaji penggunaan gabungan teknik rangsangan akupunktur PC6 dan ubat antiemetik dalam kalangan kanak-kanak dan di negara berpendapatan rendah.

Apakah itu loya dan muntah selepas pembedahan, dan bagaimana ia dirawat?

Loya dan muntah adalah dua kesan tidak diingini yang paling kerap (menjejaskan sehingga 80% pesakit) selepas pembedahan dan bius umum (ubat-ubatan yang menyebabkan ketidaksedaran dan ketidakresponsifan terhadap sakit semasa pembedahan). Ubat antiemetik diberikan untuk membantu mencegah gejala ini tetapi hanya sebahagiannya berkesan. Sesetengah antiemetik boleh mengakibatkanakibat kesan sampingan, seperti mengantuk, sakit kepala, atau jangkitan luka. Bagi sesetengah orang, mengalami loya atau muntah walaupun telah menerima rawatan antiemetik boleh menyebabkan tempoh berada hospital lebih lama tanpa diduga, berpotensi disertai dengan komplikasi yang lain. Merangsang titik akupunktur pergelangan tangan yang dikenali sebagai PC6 (Neiguan) merupakan kaedah alternatif yang boleh membantu mengurangkan loya dan muntah dengan kesan sampingan yang sedikit berbanding antiemetik tradisional.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami berhasrat untuk menentukan berapa ramai individu yang menerima rangsangan titik akupunktur pergelangan tangan PC6 mengalami loya dan muntah selepas pembedahan, dan sama ada terdapat sebarang kesan tidak diingini. Selain itu, kami ingin mengetahui sama ada teknik rangsangan titik akupunktur PC6, ubatan antiemetik, atau kedua-duanya lebih berkesan berbanding rawatan palsu, dan teknik mana yang terbukti paling berkesan.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang secara rawak membahagi peserta sama ada untuk menerima rangsangan titik akupunktur pergelangan tangan PC6 dengan atau tanpa ubatan antiemetik sambil memastikan peserta tidak menyedari sama ada mereka menerima rangsangan titik akupunktur PC6 aktif atau tidak aktif, antiemetik lain, atau suntikan salin. Kajian yang menyiasat titik akupunktur yang lain bersekali dengan pergelangan tangan PC6 (Neiguan) telah dikecualikan. Kami membandingkan keputusan langsung (perbandingan setara) dan keputusan tidak langsung (perbandingan yang dikaitkan dengan rawatan biasa) bagi pelbagai teknik rangsangan titik akupunktur pergelangan tangan PC6 dengan atau tanpa antiemetik dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan kualiti kaedah kajian dan bilangan peserta.

Apakah yang ditemukan?

Kami mengenal pasti 77 kajian yang melibatkan 9847 peserta yang berisiko mengalami loya dan muntah selepas pembedahan dari masa mereka sedar selepas pembedahan bawah bius setempat atau umum sehingga dibenarkan keluar hospital. Kebanyakan kajian tertumpu dalam kalangan orang dewasa dari negara berpendapatan sederhana hingga tinggi.

  • Teknik PC6 invasif (seperti akupunktur jarum) dan teknik PC6 bukan invasif (seperti gelang akupresur) boleh mengurangkan loya dan muntah selepas pembedahan (135 hingga 247 orang kurang bagi setiap 1000).

  • Gabungan teknik PC6 invasif dengan antiemetik boleh menyebabkan pengurangan sederhana hingga besar dalam loya dan muntah selepas pembedahan (203 hingga 383 orang yang lebih kurang bagi setiap 1000).

  • Teknik rangsangan titik akupunktur PC6 bukan invasif yang digabungkan dengan antiemetik mungkin mengurangkan keperluan untuk terapi ubat tambahan apabila pencegahan awal gagal (180 orang kurang bagi setiap 1000).

  • Tiada satu pun daripada kajian disertakan melaporkan komplikasi serius atau jangka panjang. Kesan sampingan kecil yang hilang (seperti kerengsaan kulit, melepuh, kemerahan dan sakit) boleh berlaku dengan rangsangan titik akupunktur PC6; walau bagaimanapun, kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap penemuan ini.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti secara amnya rendah disebabkan oleh beberapa faktor: kepelbagaian dalam kualiti kajian, kepelbagaian antara populasi pembedahan, perbezaan dalam tempoh rawatan yang dinilai, dan masa penilaian untuk loya dan muntah selepas pembedahan. Banyak kajian tidak mengumpul atau melaporkan kesan sampingan tidak diingini secara konsisten. Keputusan daripada penyelidikan lanjut yang direka bentuk dengan baik dari negara berpendapatan rendah dan dalam kalangan kanak-kanak berpotensi mengubah keputusan ulasan ini.

Adakah bukti ini yang terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan terdahulu terbitan 2015. Bukti ini adalah terkini sehingga Jun 2025.

Matlamat

To update and compare the effects and safety of PC6 acupoint stimulation with or without antiemetic drug(s) versus sham or antiemetic drug(s) for preventing postoperative nausea (PON) and postoperative vomiting (POV) in people undergoing surgery, and to identify the most effective techniques using network meta-analyses (NMAs).

Kaedah Pencarian

We searched CENTRAL, MEDLINE, Embase, ISI Web of Science, CINAHL, WHO Global Index Medicus, major trial registries, and reference lists of articles for studies up to 6 June 2025, with no language restrictions.

Kesimpulan Pengarang

NMAs suggest that both invasive and noninvasive PC6 acupoint stimulation combined with antiemetics may reduce PON and POV, compared to sham, and likely lower rescue antiemetic use. PC6 acupoint stimulation may cause minor side effects, but the evidence is very uncertain.

Pembiayaan

This updated Cochrane review was partially funded by the Cochrane Complementary Medicine Field Bursary 2020 from the National Center for Complementary and Alternative Medicine, National Institutes of Health (Grant Number R24 AT001293).

Pendaftaran

Protocol (2001): doi.org/10.1002/14651858.CD003281

Original review (2004): doi.org/10.1002/14651858.CD003281.pub2

Update review (2009): doi.org/10.1002/14651858.CD003281.pub3

Update review (2015): doi.org/10.1002/14651858.CD003281.pub4

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Khaw Loke Tim (IMU University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Lee A, Zhang JZ, Xie J, Cheng V, Wong MKH, Yau DKW. Stimulation of the wrist acupuncture point PC6 for preventing postoperative nausea and vomiting: a network meta-analysis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 9. Art. No.: CD003281. DOI: 10.1002/14651858.CD003281.pub5.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan