Pembedahan arthroskopik untuk penyakit lutut degeneratif

Latar belakang

Penyakit lutut degeneratif (osteoartritis pada lutut yang menjejaskan lapisan sendi dan meniskus) adalah penyebab paling biasa bagi kesakitan lutut, bengkak dan kekakuan kepada sendi lutut yang membawa kepada kesukaran untuk berjalan. Tulang rawan pada sendi lutut rosak, dan mengakibatkan geseran pada permukaan sendi dan pembentukan tulang baru dalam kes yang teruk. Pembedahan lutut arthroskopik membuang tulang rrawan yang rosak dan tisu longgar serta melicinkan permukaan sendi lutut.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan 16 kajian (2105 peserta), yang diterbitkan sehingga 16 April 2021. Kajian telah dijalankan di Kanada, Denmark, Finland, Itali, Norway, Pakistan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Belanda dan Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, 56% peserta adalah wanita. Purata umur peserta adalah antara 46 hingga 65 tahun dan purata tempoh gejala adalah antara 1.6 bulan hingga 4.4 tahun. Daripada sembilan kajian yang melaporkan sumber pembiayaan mereka, tiada satu pun yang menerima pembiayaan daripada industri. Tujuh kajian yang lain tidak melaporkan sebarang sumber pembiayaan.

Kami mengehadkan pelaporan kepada perbandingan utama, pembedahan arthroskopik berbanding pembedahan plasebo (dummy atau sham).

Keputusan utama

Berbanding dengan pembedahan plasebo, pembedahan arthroskopik mempunyai kurang faedah:

Kesakitan (skor lebih rendah bermakna kurang sakit)

Penambahbaikan dalam kesakitan adalah 4.6 mata lebih baik (0.02 lebih baik kepada 9 lebih baik) pada skala 0 hingga 100 mata dengan pembedahan arthroskopik berbanding dengan plasebo, 3 bulan selepas pembedahan.

• Orang yang menjalani pembedahan arthroskopik menilai kesakitan mereka selepas pembedahan sebagai 35.5 mata.

• Orang yang menjalani pembedahan plasebo menilai kesakitan mereka selepas pembedahan sebagai 40.1 mata.

Fungsi lutut (skor yang lebih tinggi bermakna fungsi yang lebih baik)

Peningkatan dalam fungsi lutut adalah 0.1 mata lebih baik (3.2 lebih teruk kepada 3.4 lebih baik) pada skala 0 hingga 100 mata dengan pembedahan arthroskopik berbanding dengan plasebo, 3 bulan selepas pembedahan.

• Orang yang menjalani pembedahan arthroskopik menilai fungsi lutut mereka selepas pembedahan sebagai 76.0 mata.

• Orang yang menjalani pembedahan plasebo menilai fungsi lutut mereka selepas pembedahan sebagai 75.9 mata.

Kualiti hidup khusus kepada lutut (skor yang lebih tinggi bermakna kualiti hidup yang lebih baik)

Peningkatan dalam kualiti hidup khusus kepada lutut adalah 5.6 mata lebih baik (0.4 lebih baik kepada 10.7 lebih baik) pada skala 0 hingga 100 mata dengan pembedahan arthroskopik berbanding dengan plasebo, 3 bulan selepas pembedahan.

• Orang yang menjalani pembedahan arthroskopik menilai kualiti hidup mereka selepas pembedahan sebagai 75.3 mata.

• Orang yang menjalani pembedahan plasebo menilai kualiti hidup mereka selepas pembedahan sebagai 69.7 mata.

Kejayaan rawatan (dinilai oleh peserta)

8% lagi orang menilai rawatan mereka sebagai berjaya (kurang 25% hingga lebih 63%), atau lagi 8 orang daripada 100, sehingga 5 tahun selepas pembedahan.

• 82 daripada 100 orang melaporkan kejayaan rawatan dengan pembedahan arthroskopik.

• 74 daripada 100 orang melaporkan kejayaan rawatan dengan pembedahan plasebo.

Kejadian buruk yang serius

2% lagi orang (kurang 2% hingga lebih 10%) mengalami kejadian buruk yang serius, atau lagi 2 orang daripada 100, sehingga 5 tahun selepas pembedahan.

• 8 daripada 100 orang melaporkan kejadian buruk yang serius dengan pembedahan arthroskopik.

• 6 daripada 100 orang melaporkan kejadian buruk yang serius dengan pembedahan plasebo.

Jumlah kejadian buruk

2% lagi orang (kurang 3% hingga lebih 11%), mengalami kejadian buruk, atau lagi 2 orang daripada 100, sehingga 5 tahun selepas pembedahan.

• 17 daripada 100 orang melaporkan kejadian buruk dengan pembedahan arthroskopik.

• 15 daripada 100 orang melaporkan kejadian buruk dengan pembedahan plasebo.

Pembedahan lutut berikutnya

2% lagi orang (kurang 0.1% hingga lebih 9%), menjalani pembedahan lutut berikutnya, atau lagi 2 orang daripada 100, sehingga 5 tahun.

• 4 daripada 100 orang menjalani penggantian lutut atau osteotomi (pembedahan lutut yang membentuk semula tulang) dengan pembedahan arthroskopik.

• 2 daripada 100 orang menjalani penggantian lutut atau osteotomi dengan pembedahan plasebo.

Kepastian bukti

Kami yakin bahawa artroskopi lutut tidak memberikan sebarang manfaat klinikal yang penting dari segi kesakitan dan fungsi. Kami berkeyakinan sederhana bahawa artroskopi lutut mungkin tidak memberikan sebarang faedah klinikal yang penting dalam kualiti hidup khusus kepada lutut berbanding prosedur plasebo. Artroskopi lutut mungkin tidak meningkatkan kejayaan yang dilaporkan oleh peserta berbanding plasebo. Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti kerana perbezaan antara kajian dalam melaporkan kejayaan dan bilangan peristiwa yang kecil. Kami kurang pasti tentang risiko kejadian buruk yang serius dan menyeluruh dalam arthroskopi berbanding pembedahan plasebo: bukti adalah tidak pasti kerana bilangan kejadian yang kecil dan pelaporan maklumat kajian yang tidak lengkap.

Kejadian buruk yang berkaitan dengan pembedahan termasuk penggantian lutut total, osteotomi, arthroskopi berulang, arthroskopi pada lutut bertentangan, lesi saraf kulit (kerosakan pada saraf dalam kulit), jangkitan dalam atau jangkal, sakit lutut umum, ketidakstabilan, bengkak, kekakuan atau penurunan julat pergerakan pada lutut yang terjejas atau bertentangan, hemoarthrosis (pendarahan ke dalam sendi lutut), kematian, infarksi miokardium akut (serangan jantung), hipoksemia (penurunan oksigen dalam darah), trombosis vena dalam (bekuan darah dalam vena dalam), tendonitis (keradangan tendon), sakit akibat jatuh atau trauma lain, perpecahan sista Baker (kantung berisi cecair di belakang lutut), dan sakit belakang atau pinggul atau kaki.

Pembedahan arthroskopik mungkin atau mungkin tidak membawa kepada lebih pembedahan lutut berikutnya (penggantian atau osteotomi) berbanding prosedur plasebo.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Patricia Ponniah (Klinik Pergigian Seremban). Disunting oleh mohd shaharudin shah che hamzah (USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information