Kalsium tambahan dalam makanan atau tablet sebelum kehamilan, atau pada kehamilan awal, untuk mencegah komplikasi tekanan darah tinggi berpunca daripada kehamilan

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Apakah isunya?

Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada suplemen kalsium atau tambahan makanan dengan kalsium yang diambil sebelum atau awal kehamilan dan berterusan sekurang-kurangnya sehingga kehamilan pertengahan, akan mengurangkan bilangan wanita yang membangunkan pra-eklampsia, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan yang serius lain dan kematian, serta hasil janin dan neonatal.

Kenapa ianya penting?

Wanita boleh mendapat tekanan darah tinggi dengan protein dalam air kencing selepas minggu kehamilan ke-20, yang dikenali sebagai pra-eklampsia. Ramai wanita, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kalsium yang cukup dalam diet mereka. Memberi wanita kalsium tambahan semasa separuh kedua kehamilan telah ditunjukkan untuk mengurangkan risiko yang serius akibat daripada tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing, seperti sawan (eclampsia), angin ahmar, gangguan pembekuan, cecair dalam paru-paru, kegagalan buah pinggang dan kematian. Mengambil kalsium tambahan pada separuh kedua kehamilan nampaknya tidak mengurangkan jumlah wanita yang sedang mendapat pra-eklampsia. Adalah penting untuk mengetahui jika mengambil kalsium tambahan sebelum mengandung dan pada kehamilan awal dapat mengurangkan jumlah wanita yang mengalami komplikasi tekanan darah.

Penyelidik mencari kajian rawak terkawal yang mengkaji kesan memberi wanita kalsium tambahan sebelum atau awal kehamilan pada bilangan wanita yang mendapat pra-eklampsia.

Apakah bukit yang penyelidik perolehi?

Penyelidik mencari penerbitan perubatan antara 29 Jun 2017 dan 10 Ogos 2017 dan mendapati terdapat satu kajian rawak terkawal. Wanita yang mempunyai paras antioksidan yang rendah telah diberi kalsium, antioksidan dan suplemen lain, bermula dalam 12 minggu kehamilan pertama, atau pil "dummy". Pil untuk kedua-dua kumpulan mengandungi asid folik dan suplemen zat besi. Hanya 60 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian ini dan kajian tersebut dijalankan di sebuah hospital di Indonesia.

Wanita yang mengambil kalsium ditambah antioksidan dan suplemen lain adalah berisiko rendah mendapat pra-eklampsia, keguguran atau lahir mati ketika diukur bersama berbanding dengan wanita dalam kumpulan kawalan. Bagi wanita yang mengambil suplemen kalsium, keguguran atau kelahiran mati di sebarang peringkat kehamilan juga berkurangan (bukti berkualiti sederhana). Adalah mungkin bahawa pra-eklampsia sahaja (bukti berkualiti rendah), dan kehilangan kehamilan awal sebelum 20 minggu, mungkin dikurangkan untuk wanita yang mengambil kalsium ditambah antioksidan tetapi penyelidik tidak dapat memastikan hal ini. Suplemen kalsium tidak memberikan perbezaan yang jelas kepada bilangan wanita yang mengalami pra-eklampsia yang teruk atau mengalami gangguan plasenta - sangat sedikit wanita yang membangunkan isu-isu ini (bukti berkualiti rendah). Hasil lain adalah jarang atau tidak dilaporkan.

Apakah maksud ini?

Para wanita yang menerima kalsium juga menerima antioksidan dan suplemen lain. Ini bermakna penyelidik tidak pasti bahawa pengurangan pra-eklampsia dan keguguran atau kelahiran mati, atau sebarang keputusan lain, adalah disebabkan oleh kalsium atau tidak. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan ini, dan sama ada atau tidak kalsium mengurangkan hasil lain seperti kelahiran pramatang, pembedahan caesarean, berat lahir bayi rendah, dan kelahiran mati atau kematian neonatal sebelum keluar dari hospital. Hanya 60 wanita yang terlibat dalam kajian yang dikaji, oleh itu, kualiti bukti adalah rendah, dan kajian masa depan perlu cukup besar untuk menghasilkan keputusan yang lebih pasti.

Satu kajian suplemen kalsium yang diberikan sebelum kehamilan sedang dijalankan tetapi belum selesai.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Share/Save