Kalsium tambahan dalam tablet sebelum kehamilan, atau pada kehamilan awal, untuk mencegah komplikasi tekanan darah tinggi berpunca daripada kehamilan

Apakah isunya?

Kami ingin mengetahui jika memberikan kalsium pada wanita sebagai suplemen sebelum kehamilan atau semasa kehamilan awal akan membantu wanita hamil mengelakkan pra-eklampsia, tekanan darah tinggi, dan masalah kesihatan yang serius semasa mengandung. Kami ingin tahu sama ada suplemen ini boleh menambahbaik kehamilan, dan kelahiran untuk bayi juga.

Mengapakah ini penting?

Wanita boleh mengalami tekanan darah tinggi dan mempunyai protein dalam air kencing mereka selepas minggu kehamilan kedua puluh; keadaan ini dikenali sebagai pre-eklampsia. Ramai wanita, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kalsium yang cukup dalam diet mereka. Memberi wanita kalsium tambahan semasa separuh kedua kehamilan telah terbukti dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing, dan masalah lain yang berkaitan, seperti kejang, angin ahmar, masalah pembekuan darah, cecair di dalam paru-paru, kegagalan buah pinggang, atau kematian. Adalah penting untuk mengetahui jika mengambil kalsium tambahan sebelum mengandung dan pada kehamilan awal dapat mengurangkan jumlah wanita yang mengalami komplikasi tekanan darah semasa kehamilan.

Penyelidik mencari kajian rawak terkawal yang mengkaji kesan mengambil wanita kalsium tambahan sebelum atau awal kehamilan pada bilangan wanita yang mendapat pra-eklampsia.

Apakah bukti yang kami temui?

Kami mencari penerbitanperubatan pada bulan Julai 2018 dan mendapati satu kajian klinikal yang berkaitan. Kajian ini melibatkan 1355 wanita yang sebelum ini mempunyai pra-eklampsia, yang tinggal di Argentina, Afrika Selatan, dan Zimbabwe.

Kajian membandingkan wanita hamil yang mempunyai kalsium harian dengan wanita yang mempunyai plasebo hingga 20 minggu kehamilan, apabila semua wanita beralih kalsium harian sehingga bersalin. Kami bimbang berkenaan bukti dari kajian ini, kerana hampir satu per empat daripada wanita yang telah mendaftar hilang susulan, dan kami tidak tahu sama ada mereka terus hamil. Secara keseluruhannya, walaupun hasilnya mencadangkan bahawa sesetengah wanita boleh mendapat manfaat daripada suplemen kalsium, penemuannya juga melibatkan kemungkinan bahawa kalsium tidak membuat perubahan. Kalsium mungkin telah membantu beberapa wanita hamil mengelakkan sama ada kehilangan kehamilan atau mengalami masalah tekanan darah, tetapi kita memerlukan lebih banyak kajian untuk benar-benar yakin bahawa kesan ini disebabkan oleh kalsium. Kalsium mungkin mempunyai sedikit atau tiada perbezaan sama ada wanita hamil mempunyai keadaan kesihatan yang serius semasa hamil, seperti: kemasukan ibu kepada rawatan rapi, masalah tekanan darah (pre-eklampsia, pra-eklampsia yang teruk, eklampsia), pemisahan plasenta dari rahim (gangguan plasenta), atau kematian. Bagi bayi, kalsium mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan sama ada mereka mempunyai berat badan yang rendah, keadaan tidak baik semasa kelahiran, atau rawatan rapi yang diperlukan. Hasilnya tidak jelas menunjukkan kesan kalsium pada sama ada bayi mati sama ada sebelum atau selepas kelahiran, atau perlu dimasukkan ke dalam rawatan intensif neonatal selama lebih dari 24 jam.

Apakah maksudnya?

Kami memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk membuat keputusan sama ada kalsium atau sebelum mengandung atau semasa kehamilan awal membantu wanita mengelakkan tekanan darah tinggi dan masalah lain yang berkaitan.

Kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan sama ada memulakan suplemen kalsium sebelum atau pada kehamilan awal dikaitkan dengan pengurangan hasil kehamilan yang buruk untuk ibu dan bayi. Penyelidikan juga boleh menangani penerimaan intervensi kepada wanita, yang tidak diliputi oleh kemas kini ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information