Mesej utama
-
Kami telah menemui gabungan penggunaan diagnosis dengan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 300 mL ke 500 mL kehilangan darah yang diukur dengan kain (darah dikumpulkan dalam kerudung bedah plastik dengan tanda yang menunjukkan isipadu) dengan pemerhatian (cth, kadar denyutan jantung, tekanan darah, ton rahim, dan aliran darah), atau 3) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang disukat dengan kerudung bedah untuk mendiagnosis pendarahan selepas bersalin (PPH), ditambah dengan pakej rawatan, adalah lebih berkesan berbanding dengan penggunaan anggaran visual untuk mendiagnosis ditambah dengan penjagaan biasa untuk rawatan.
-
Semasa menggunakan bungkusan rawatan yang sama untuk rawatan PPH, penggunaan diagnosis dengan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 300 mL sehingga 500 mL kehilangan darah yang diukur dengan kerudung bedah dengan pemerhatian, atau 3) 500 mL atau lebih kehilangan darah adalah lebih berkesan berbanding dengan diagnosis yang menggunakan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang diukur dengan kerudung bedah.
Apakah PPH?
PPH biasanya ditakrifkan sebagai kehilangan darah sebanyak 500 mL atau lebih dalam masa 24 jam pertama selepas bersalin.
Mengapakah ulasan ini penting?
PPH adalah sebab yang biasa mengapa ibu meninggal dunia semasa bersalin di seluruh dunia. Pengurangan kemudaratan PPH memerlukan gabungan diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan. Kajian kami bertujuan untuk mengenalpasti gabungan yang mana yang paling berkesan.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami bertujuan untuk mengetahui cara gabungan mendiagnosis dan merawat PPH yang mana paling berkesan.
Apakah yang dilakukan?
Kami telah melihat kepada kajian yang berkaitan untuk mengetahui cara gabungan yang mana untuk mendiagnosis dan merawat PPH adalah yang paling berkesan. Kami telah menyertakan wanita yang mempunyai kelahiran normal atau pembedahan caesar dalam sebarang tetapan (unit kelahiran komuniti, hospital, kelahiran rumah).
Contoh cara untuk mendiagnosis PPH termasuk penilai: mempunyai kebimbangan klinikal; melihat kepada kehilangan darah dan menganggar isipadu darah (anggaran visual); menyukat isipadu kehilangan darah di dalam kerudung bedah atau dulang dengan sukatan yang menunjukkan isipadu (kaedah volumetrik); menyukat kehilangan darah dalam kerudung bedah beserta pemerhatian (seperti kadar degupan jantung dan tekanan darah), dan menimbang kehilangan darah dengan menggunakan skala (kaedah gravimetrik).
Contoh cara untuk merawat PPH termasuk 'penjagaan biasa' (amalan hospital biasa), dan ‘berkas’ rawatan dengan pelbagai rawatan yang diberikan pada masa yang sama, seperti berkas MOTIF ( M – Urut rahim untuk membantu mengecut, O – memberi ubat seperti Oksitosin untuk mengecutkan rahim, T – memberi asid Traneksamik (ubat yang diberikan untuk melambatkan pendarahan), IV - cecair intravena: cecair yang diberikan melalui titis untuk membantu mengekalkan tekanan darah, E – Pemeriksaan dan Peningkatan: jika pendarahan tidak berhenti,memanggil bantuan dan mempertimbangkan rawatan lain).
Apakah yang ditemukan?
Kami telah menemui lima kajian yang melibatkan 236,771 wanita.
Kami yakin bahawa diagnosis menggunakan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 300 mL sehingga 500 mL kehilangan darah yang disukat dengan kerudung bedah dengan pemerhatian, atau 3) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang disukat dengan kerudung bedah, ditambah dengan berkas MOTIVE adalah lebih berkesan berbanding dengan anggaran visual ditambah dengan penjagaan biasa dalam pengurangan PPH sebanyak 500 mL atau lebih dan PPH sebanyak 1000 mL atau lebih, tetapi mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap keperluan untuk pemindahan darah atau rawatan ubat yang lain, dan risiko kematian ibu.
Kami yakin bahawa diagnosis dengan menggunakan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang disukat dengan kerudung bedah, ditambah dengan berkas MOTIVE adalah lebih berkesan berbanding dengan anggaran visual ditambah dengan penjagaan biasa untuk mengurangkan PPH sebanyak 500 mL atau lebih, tetapi mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap PPH sebanyak 1000 mL atau lebih dan keperluan untuk pemindahan darah, dan mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap risiko kematian ibu. Kami yakin bahawa ia meningkatkan keperluan untuk rawatan ubat tambahan.
Kami yakin bahawa diagnosis dengan menggunakan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 300 mL sehingga 500 mL kehilangan darah yang disukat dengan menggunakan kerudung bedah dengan pemerhatian, atau 3) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang disukat dengan kerudung, ditambah dengan berkas MOTIVE adalah lebih berkesan berbanding dengan diagnosis dengan menggunakan 1) kebimbangan klinikal attendan kelahiran, atau 2) 500 mL atau lebih kehilangan darah yang disukat dengan kerudung, ditambah dengan berkas MOTIVE dalam mengurangkan PPH sebanyak 500 mL atau lebih, PPH sebanyak 1000 mL atau lebih, dan keperluan untuk rawatan ubat tambahan. Ia mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap keperluan untuk pemindahan darah, dan mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap risiko kematian ibu.
Diagnosis berdasarkan kerudung bedah ditambah dengan penjagaan biasa (E) (ini adalah penjagaan biasa dalam tetapan penjagaan kesihatan Eropah, di mana mungkin berbeza dengan penjagaan biasa di negara berpendapatan rendah disebabkan akses kepada, sebagai contoh, rawatan yang lebih berkesan) berbanding dengan anggaran visual ditambah dengan penjagaan kesihatan biasa (E) mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan kepada keperluan untuk pemindahan darah.
Kami yakin bahawa diagnosis berdasarkan kaedah gravimetrik ditambah dengan penjagaan biasa berbanding dengan diagnosis berdasarkan kerudung bedah ditambah dengan penjagaan biasa adalah lebih berkesan dalam mengurangkan PPH sebanyak 500 mL atau lebih, tetapi ia mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap keperluan untuk pemindahan darah.
Diagnosis berdasarkan dulang ditambah dengan penjagaan biasa berbanding dengan diagnosis berdasarkan kerudung bedah ditambah dengan penjagaan biasa mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan dalam mengurangkan PPH sebanyak 500 mL atau lebih dan PPH sebanyak 1000 mL atau lebih.
Diagnosis berdasarkan kaedah gravimetrik ditambah dengan penjagaan biasa berbanding dengan diagnosis berdasarkan dulang ditambah dengan penjagaan biasa mungkin sedikit atau tiada perbezaan dalam mengurangkan PPH sebanyak 500 mL atau lebih.
Apakah batasannya?
Semua kajian kami melibatkan wanita yang melahirkan anak secara normal dan kebanyakannya di hospital. Kami ingin mendapatkan lebih maklumat tentang wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesar, dan dalam tetapan seperti kelahiran di rumah. Kami juga ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang kesan yang tidak diingini dan pengalaman penjagaan wanita.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti ini terkini sehingga 18 Oktober 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.