Mesej utama
-
Bukti terhad daripada tiga kajian kecil menemui tiada kemudaratan kesihatan serius jangka pendek kantung nikotin oral pada orang yang merokok.
-
Kami tidak pasti sama ada kantung nikotin oral membantu orang berhenti merokok berbanding dengan arahan untuk terus merokok seperti biasa atau tiada sokongan untuk berhenti merokok.
-
Penyelidikan masa depan adalah diperlukan, khususnya membandingkan kantung nikotin oral kepada rawatan aktif yang lain (cth. terapi penggantian nikotin dan e-rokok).
Apakah kantung nikotin oral?
Kantung nikotin oral ialah kantung yang mengandungi nikotin, yang dijual dalam pelbagai perisa dan kekuatan nikotin. Mereka adalah serupa dalam rupa dan penggunaan untuk “snus”. “Snus” ialah sejenis tembakau tanpa asap yang diletakkan di antara gusi dan bibir yang popular di negara Nordic, tetapi penjualannya dilarang di negara UK dan negara Kesatuan Eropah kecuali Sweden. Tidak seperti “snus”, kantung nikotin tidak mengandungi daun tembakau. Seperti e-rokok nikotin dan bentuk farmaseutikal terapi penggantian nikotin (seperti tampalan nikotin dan gusi), kantung nikotin oral mungkin boleh membantu orang beralih daripada penggunaan bentuk produk tembakau/ nikotin yang memudaratkan dengan menggantikan mereka dengan produk yang tidak mengandungi daun tembakau dan di mana, tidak seperti e-rokok, yang tidak melibatkan penyedutan wap ke dalam paru-paru.
Nama jenama biasa kantung nikotin oral termasuk Zyn, Velo dan Nordic Spirit.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada kantung nikotin oral boleh membantu orang beralih daripada merokok, mengevap nikotin, atau bentuk penggunaan tembakau yang lain. Kami juga ingin mengetahui sama ada kantung nikotin oral menyebabkan sebarang kesan yang tidak diingini semasa digunakan untuk tujuan ini.
Apakah yang dilakukan?
Kami telah mencari kajian di mana orang yan merokok, mengevap, atau menggunakan produk tembakau yang lain diberikan kantung nikotin oral sebagai cara untuk berhenti. Kami telah menyertakan kajian jika mereka menjejaki penggunaan tembakau atau mengevap untuk sekurang-kurangnya empat minggu atau melihat kepada kesan yang tidak diingini atau perubahan kimia di dalam darah, pernafasan, atau air kencing untuk sekurang-kurangnya satu minggu.
Apakah yang ditemukan?
Kami telah menemui empat kajian yang menyertakan jumlah 284 orang yang merupakan perokok pada permulaan kajian. Kajian telah dijalankan di antara 2006 dan 2023, dan bagi mereka yang melaporkan bangsa atau etnik, telah dijalankan di dalam populasi majoriti kulit putih. Purata umur merentas kajian adalah antara 34 hingga 50 tahun. Purata bilangan rokok yang dihisap oleh peserta pada permukaan kajian adalah antara 14 dan 23 batang setiap hari. Kajian yang paling lama berlangsung selama lapan minggu. Tiga kajian telah dibiayai secara bebas, dan satu dibiayai oleh pengeluar tembakau.
Berdasarkan dua kajian kecil, ia tidak jelas sama ada penggunaan kantung nikotin telah membantu lebih banyak orang untuk berhenti merokok berbanding dengan arahan untuk sambung merokok seperti biasa atau tiada sokongan untuk berhenti, dan terdapat mungkin kadar berhenti merokok yang rendah dalam mereka yang menggunakan kantung nikotin berbanding dengan mereka yang menggunakan e-rokok nikotin (mengevap).
Tiada kemudaratan kesihatan yang serius berlaku di dalam mana-mana kumpulan di dalam tiga kajian yang melaporkan maklumat ini, jadi ia tidak jelas sama ada penggunaan kantung nikotin menjejaskan peluang untuk mengalami kemudaratan kesihatan yang serius.
Kami juga telah melihat kepada bahan kimia tertentu yang diukur dalam darah, pernafasan, atau air kencing yang boleh memberikan isyarat pendedahan kepada bahan yang memudaratkan. Penggunaan tembakau mendedahkan badan kepada bahan kimia penyebab kanser. NNAL (4-methylnitrosamino)-1-(3-pyridyl)-1-butanol), satu bahan kimia yang dibentuk semasa bahan kimia penyebab kanser ini memasuki badan, mengukur pendedahan kepada bahan memudaratkan dalam asap tembakau. Satu kajian kecil telah melaporkan tahap NNAL yang rendah dalam orang yang menggunakan kantung nikotin oral berbanding dengan mereka yang tidak diberikan rawatan khusus untuk berhenti merokok. Gabungan bukti daripada dua kajian mencadangkan bahawa tiada perbezaan dalam tahap NNAL antara orang yang menerima kantung nikotin dengan dos yang lebih tinggi berbanding dengan dos yang rendah. Karbon monoksida ialah gas beracun yang terdapat di dalam asap tembakau. Apabila karbon monoksida mengikat dengan hemoglobin darah, ia membentuk bahan yang dipanggil sebagai karboksihemoglobin. Karboksihemoglobin mengukur berapa banyak karbon monoksida seseoang telah terdedah kepada dalam darah mereka. Satu kajian telah menemui tahap karboksihemoglobin dalam orang yang menggunakan kantung nikotin oral berbanding dengan mereka yang terus merokok. Apabila dibandingkan dengan kantung nikotin dengan dos tinggi- dos rendah, kajian yang sama menemui tahap karboksihemoglobin yang lebih rendah dalam kumpulan dos yang lebih tinggi.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Kami mempunyai keyakinan yang sangat rendah terhadap bukti disebabkan kajian adalah agak kecil, dan tidak ada kajian yang mencukupi untuk memastikan keputusannya. Selain itu, beberapa kajian mempunyai isu dengan cara mereka direka yang boleh menjejaskan keputusan mereka. Banyak kajian masih sedang dijalankan, dan kami merancang untuk mengemaskini ulasan ini apabila penemuan tersedia.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti adalah terkini sehingga Januari 2025.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.