Mesej utama
-
Memilih untuk membaiki tampalan dengan glu atau tampalan yang melekat sendiri berbanding dengan menggunakan jahitan, pelekat, atau stapel mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan terhadap risiko sakit jangka panjang dan hernia kembali balik.
-
Memperbaiki tampalan dengan glu atau tampalan yang melekat sendiri mungkin mengurangkan risiko pengumpulan darah di bawah kulit berbanding dengan menggunakan jahitan, pelekat, atau stapel.
-
Kami secara umumnya mempunyai sedikit atau sangat sedikit keyakinan terhadap hasilnya, bermaksud hasilnya harus ditafsirkan dengan teliti.
Apakah hernia lipatan paha?
Hernia lipatan paha berlaku apabila kandungan abdomen, seperti sebahagian usus atau lemak, menolak melalui titik lemah di lipatan paha. Hernia menyebabkan bonjolan dan kadang-kadang sakit. Hernia lipatan paha adalah biasa dan biasanya memerlukan pembedahan disebabkan mereka tidak hilang tanpa pembedahan.
Bagaimanakah hernia lipatan paha dirawat?
Hernia lipatan paha boleh dirawat dengan pembedahan lubang kunci di mana pakar bedah membuat luka kecil di abdomen dan menggunakan peralatan khas untuk memperbaiki hernia lipatan paha daripada dalam abdomen. Pakar bedah meletakkan tampalan di kawasan yang lemah di lipatan paha untuk menyokongnya. Tampalan boleh dilampirkan dengan menggunakan glu atau tampalan yang melekat sendiri (dinamakan ‘penetapan tampalan tidak tembus’ di dalam ulasan ini) atau menggunakan peralatan tajam seperti jahitan, pelekat, atau stapel (dinamakan ‘penetapan tampalan tembus’ dalam ulasan ini).
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada penetapan tampalan tidak tembus atau tembus lebih berkesan dalam mengurangkan sakit, mencegah hernia daripada kembali balik, dan mengelakkan masalah yang lain semasa dan selepas pembedahan.
Apakah yang dilakukan?
Kami mencari kajian di mana orang dewasa dengan hernia lipatan paha yang ditugaskan secara rawak untuk penetapan tampalan tembus atau tidak tembus semasa pembedahan lubang kunci. Kami menggabungkan hasil kajian ini dan menilai betapa kebolehpercayaan bukti tersebut.
Apakah yang ditemukan?
Kami menemui 35 kajian yang melibatkan 4329 orang dewasa. Kira-kira separuh peserta mempunyai penetapan tampalan tidak tembus, dan separuh lagi mempunyai penetapan tampalan tembus. Kebanyakan peserta adalah lelaki berusia antara 37 dan 66 tahun. Jenis hernia yang paling biasa adalah hernia pertama kali yang berlaku di satu sisi lipatan paha. Kebanyakan kajian membandingkan penetapan tampalan dengan glu berbanding dengan menggunakan stapel atau pelekat. Kajian-kajian ini berbeza-beza, masing-masing antara 30 dan 600 orang, dan masa susulan berbeza hari hingga 56 bulan selepas pembedahan. Kebanyakan kajian menyertakan kajian dari Asia atau Eropah.
Apakah keputusan utama?
Penetapan tampalan tidak tembus mungkin membuat perbezaan risiko sakit jangka panjang dan hernia kembali selepas pembedahan. Penetapan tampalan yang tidak tembus mungkin mengurangkan risiko pengumpulan darah di bawah kulit di lipatan paha berbanding dengan penetapan tampalan tembus, tetapi kami tidak yakin dengan bukti tersebut. Kami tidak tahu sama ada jenis penetapan tampalan yang mempunyai kesan kepada sakit jangka pendek, jangkitan tampalan, berapa lama pembedahan diambil, atau jika ia memanjangkan seberapa cepat orang kembali ke aktiviti normal.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Keterbatasan adalah kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap bukti tersebut. Hal ini terutamanya disebabkan oleh kajian yang tidak melaporkan semua maklumat yang berkaitan atau disebabkan tidak ada kajian yang mencukupi untuk memastikan tentang hasilnya.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti ini terkini sehingga 14 November 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.




