Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Berapa tepatkah ujian-ujian antigen pantas untuk mendiagnos COVID-19?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

• Ujian antigen pantas tidak begitu tepat apabila diguna dalam kalangan orang yang tiada tanda atau gejala jangkitan berbanding apabila diguna dalam kalangan orang yang ada gejala. Ia berprestasi lebih baik dalam kumpulan orang yang bergejala yang telah kontak dengan seseorang yang telah disahkan COVID-19; walau bagaimanapun, bukti tersebut tidak muktamad.

• Ketepatan ujian antigen pantas berbeza mengikut pelbagai ujian antigen pantas yang dibuat oleh para pengeluar yang berbeza . Terdapat kekurangan bukti untuk banyak ujian yang tersedia di pasaran, dan tiada satu pun yang memenuhi standard WHO sepenuhnya untuk mendiagnos COVID-19 dalam kalangan orang yang tiada gejala.

• Lebih banyak bukti diperlukan untuk memahami jika saringan orang tanpa gejala boleh mengurangkan penyebaran COVID-19, terutama di persekitaran bukan penjagaan kesihatan seperti sekolah dan rumah.

Apakah ujian titik penjagaan pantas untuk COVID-19?

Ujian-ujian ini diguna untuk mengesahkan atau mengetepikan jangkitan COVID-19, baik untuk orang dengan dan tanpa gejala. Ia mempunyai beberapa kelebihan:

• mudah alih: boleh diguna di mana-mana sahaja, termasuk di rumah atau di persekitaran bukan penjagaan kesihatan;

• lebih mudah diguna daripada ujian berasaskan makmal: peralatan yang minimum diperlukan;

• lebih murah: ia lebih murah daripada ujian makmal standard;

• tidak perlukan pakar: sesiapa sahaja boleh menggunakannya, dan ia tidak memerlukan pengendali pakar; atau persekitaran dan

• keputusan pantas: anda mendapat keputusan hampir serta-merta.

Untuk ulasan ini, kami memfokus kepada ujian antigen pantas (juga dipanggil 'ujian aliran lateral'). Ujian ini mengesan protein pada virus menggunakan sampel dari hidung atau tekak. Ia serupa dengan ujian kehamilan dan datang dalam kaset plastik pakai buang.

Mengapakah soalan ini penting?

Orang yang tiada gejala COVID-19 perlukan cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti. Ini membantu mereka mengelak penyebaran virus kepada orang lain, terutamanya mereka yang berisiko tinggi. COVID-19 sering disahkan dengan ujian makmal yang dipanggil RT-PCR, yang perlukan peralatan pakar dan kerapkali mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menghasilkan keputusan.

Ujian antigen pantas membolehkan lebih ramai orang di uji dengan cepat, walaupun mereka tiada gejala. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memahami ketepatannya dan cara menggunakannya dengan betul untuk mengelakkan keputusan palsu.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin tahu jika ujian antigen komersial penjagaan pantas sedia ada cukup tepat untuk mendiagnos jangkitan COVID-19 dengan pasti dalam kalangan orang tanpa gejala.

Apakah yang dilakukan?

Kami mencari kajian-kajian yang mengukur ketepatan ujian antigen pantas dalam kalangan orang tanpa gejala COVID-19. Mereka juga telah menjalani ujian RT-PCR untuk mengesahkan sama ada mereka dijangkiti. Kajian-kajian tersebut dijalankan di hospital, komuniti atau di rumah mereka sendiri.

Apakah yang ditemukan?

Kami mengulas 146 kajian, melibatkan 144,250 sampel unik. COVID-19 disahkan dalam 7104 sampel-sample tersebut. Kajian-kajian menyiasat 41 ujian antigen yang berbeza. Kira-kira 60% daripada kajian tersebut berlangsung di Eropah.

Keputusan utama

Dalam kalangan orang yang disahkan COVID-19, ujian antigen mengenal pasti jangkitan COVID-19 dengan betul dalam purata 55% orang tanpa gejala. Ujian-ujian tersebut sedikit lebih tepat untuk orang yang pernah kontak dengan seseorang yang dijangkiti COVID-19 (purata 59% orang dengan jangkitan dikenal pasti dengan betul) berbanding orang dengan tidak diketahui terdedah (purata 53% orang dengan jangkitan dikenal pasti dengan betul).

Dalam kalangan orang tanpa COVID-19, ujian antigen dengan betul mengetepikan jangkitan dalam 99.5% orang.

Ketepaan ujian berbeza-beza untuk pelbagai jenama ujian. Tiada satu ujian pun yang memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengesahkan atau mengetepikan COVID-19 apabila diuji dalam kalangan orang tanpa gejala. Sesetengah ujian memenuhi standard WHO dalam satu kajian, tetapi tidak apabila dinilai dalam kalangan orang tanpa gejala.

Menggunakan keputusan ringkas bagi orang yang diketahui tidak terdedah kepada COVID-19 dalam populasi 10,000 orang tnpda gejala, yang mana 50 (0.5%) dari mereka benar-benar ada COVID-19:

• 67 orang akan diuji positif untuk COVID-19. Dari jumlah tersebut, 40 orang (60%) tidak dijangkiti COVID-19 (keputusan positif palsu).

• 9934 orang akan diuji negatif untuk COVID-19. Dari jumlah tersebut, 24 orang (0.2%) sebenarnya ada COVID-19 (keputusan negatif palsu).

Menggunakan keputusan ringkas untuk orang yang disyaki pernah kontak dengan seseorang yang menghidap COVID-19, jika 10,000 orang tanpa gejala menjalani ujian antigen, dan 50 (0.5%) daripada mereka benar-benar menghidap COVID-19:

• 89 orang akan diuji positif untuk COVID-19. Dari jumlah tersebut, 60 orang (67%) tidak dijangkiti COVID-19 (keputusan positif palsu).

• 9911 orang akan diuji negatif untuk COVID-19. Dari jumlah tersebut, 21 orang (0.2%) sebenarnya ada COVID-19 (keputusan negatif palsu).

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kebanyakan kajian menyertakan kumpulan orang yang mewakili dan mentafsir ujian dengan cara yang bebas bias. Walau bagaimanapun, kajian-kajian sering tidak mematuhi arahan pengilang untuk mengguna ujian atau tidak menguji orang dalam keadaan dunia sebenar (seperti di titik penjagaan).

Kajian-kajian kurang baik dalam mengesahkan orang yang tiada jangkitan COVID-19. Lebih separuh daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan tiada usaha mengesahkan jika orang yang diuji negatif benar-benar bebas daripada COVID-19, mislanya, dengan mempertimbangkan masa sejak mereka kontak dengan seseorang dengan gejala COVID-19.

Terdapat beberapa kajian yang membuat perbandingan langsung pelbagai jenama ujian, oleh itu kami tidak dapat tentukan dengan mudah yang mana satu adalah terbaik. Adalah tidak mungkin untuk komen tentang hubungan antara keputusan ujian antigen positif dan tahap kebolehjangkitan seseorang. Taida cukup maklumat untuk mengetaihu sama ada melakukan ujian antigen berulang kali dapat mengurangkan risiko penyebaran virus dalam sekumpulan orang.

Adakah ulasan ini yang terkini?

Ulasan ini mengemas kini ulasan terdahulu dan menyertakan bukti yang diterbitkan sehingga 17 Mac 2022.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Ulasan terkini dikemaskini oleh Cochrane Malaysia. Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Dinnes J, Berhane S, Walsh J, Reidy P, Doherty A, Hillier B, Scandrett K, Hettiarachchi D, Islam F, Mathangasinghe Y, Nyaaba N, Taylor M, Weeratunga P, Wickramasinghe D, van Wyk SS, Cunningham J, Davenport C, Dittrich S, Emperador D, Hooft L, Leeflang MMG, McInnes MDF, Spijker R, Verbakel JY, Takwoingi Y, Taylor-Phillips S, Van den Bruel A, Deeks JJ, Cochrane COVID-19 Diagnostic Test Accuracy Group. Rapid, point-of-care antigen tests for diagnosis of SARS-CoV-2 infection. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 11. Art. No.: CD013705. DOI: 10.1002/14651858.CD013705.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan