Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Intervensi kerja-rehat untuk mencegah gejala dan gangguan muskuloskeletal dalam pekerja sihat

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

  • Kami tidak menemui bukti berkualiti baik untuk membuat kesimpulan yang boleh dipercayai tentang manfaat atau risiko intervensi kerja-rehat untuk mencegah gejala dan gangguan muskuloskeletal (keadaan yang mempengaruhi tulang, sendi, otot, dan tisu-tisu penghubung) dalam pekerja sihat.

  • Satu kajian menunjukkan bahawa intervensi kerja-rehat boleh mengurangkan intensiti sakit belakang muskuloskeletal dalam kalangan pekerja pejabat apabila dibandingkan dengan tiada kerja-rehat tambahan, tetapi bukti adalah sangat tidak pasti.

  • Kajian yang lebih besar adalah diperlukan untuk memberi anggaran yang lebih baik tentang potensi manfaat dan kemudaratan intervensi kerja-rehat yang berbeza untuk mencegah gejala dan gangguan muskuloskeletal. Kajian masa depan perlu juga mempertimbangkan orang yang bekerja di luar pejabat.

Apakah gangguan muskuloskeletal yang berkaitan dengan pekerjaan?

Gangguan muskuloskeletal kerja-rehat adalah keadaan yang mempengaruhi tulang, sendi, otot, dan tisu-tisu penghubung. Keadaan ini merupakan masalah besar untuk pekerja, majikan, dan masyarakat secara keseluruhannya. Bilangan pekerja yang mengalami gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja adalah tinggi. Sebagai contoh, di UK pada tahun 2021 sehingga 2022, gangguan muskuloskeletal dianggar menyumbang kepada kira-kira 27% untuk semua penyakit berkaitan pekerjaan dan mengakibatkan kehilangan 6.6 juta hari bekerja.

Bagaimanakah intervensi kerja-rehat dapat membantu mencegah gangguan muskuloskeletal?

Duduk atau berdiri dalam satu posisi untuk jangka masa yang panjang merupakan risiko untuk mengalami gangguan muskuloskeletal. Jadual kerja-rehat yang berbeza adalah lebih berkemungkinan untuk mengubah atau mengurangkan tempoh beban kerja yang berulang atau yang sama postur semasa di mana pekerja mungkin mengalami postur badan yang statik atau janggal. Tempoh kerja-rehat dan sama ada ia adalah aktif (contohnya melakukan aktiviti mental atau fizikal tertentu) atau pasif juga mungkin merupakan faktor penting. Beberapa kajian telah dijalankan untuk menguji sama ada mengubah jadual waktu kerja-rehat, atau tempoh atau keadaannya, boleh membantu mengurangkan risiko menghidap gangguan muskuloskeletal.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada kekerapan, tempoh, dan jenis kerja-rehat berbeza boleh mencegah gejala dan gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja dalam kalangan pekerja yang sihat berbanding jadual kerja-rehat biasa. Kami menganggap pekerja-pekerja sebagai sihat semasa mereka bebas daripada aduan gangguan muskuloskeletal semasa disertakan ke dalam kajian.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari pangkalan data perubatan sehingga 31 Mei 2024 untuk mencari kajian di mana peserta telah diperuntukkan secara rawak kepada kumpulan berbeza untuk menyiasat intervensi kerja-rehat yang bertujuan untuk mencegah gangguan kerja-rehat muskuloskeletal. Kami telah menggunakan sistem yang dikenali sebagai GRADE untuk menilai kebolehpercayaan bukti.

Apakah yang ditemukan?

Kami telah menemui sembilan kajian yang melibatkan 626 pekerja secara keseluruhan, hampir kesemuanya adalah pekerja pejabat (98%). Kebanyakan pekerja adalah wanita (sekurang-kurangnya 75%). Tempoh intervensi berbeza-beza antara satu hari dan enam bulan.

Kesan kekerapan kerja-rehat yang berbeza

Tujuh daripada sembilan kajian telah menilai kekerapan kerja-rehat yang berbeza. Mungkin terdapat sedikit kepada tiada perbezaan antara kerja-rehat tambahan dan tiada rehat kerja tambahan dari segi kesan terhadap permulaan sakit muskuloskeletal atau intensiti ketidakselesaan, walaupun bukti sangat tidak pasti. Walau bagaimanapun, kerja-rehat mungkin mengurangkan intensiti sakit belakang muskuloskeletal berbanding dengan tiada kerja-rehat, walaupun bukti untuk ini juga sangat tidak pasti.

Sama ada kerja-rehat diberikan dengan lebih kerap (kekerapan yang lebih tinggi) atau kurang kerap (kekerapan yang lebih rendah) mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap intensiti ketidakselesaan muskuloskeletal, tetapi bukti sangat tidak pasti.

Kesan jenis kerja-rehat yang berbeza

Tiga daripada sembilan kajian telah menilai jenis kerja-rehat yang berbeza. Kerja-rehat aktif (cth. aktiviti fizikal berintensiti rendah seperti regangan) atau rehat kerja-rehat kognitif (cth. aktiviti mental seperti relaksasi atau kesedaran) mungkin mempunyai sedikit kepada tiada kesan terhadap intensiti kelesuan muskuloskeletal berbanding kerja-rehat pasif, tetapi bukti sangat tidak pasti. Begitu juga, kerja-rehat aktif mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap intensiti kelesuan muskuloskeletal berbanding kerja-rehat kognitif, tetapi bukti adalah tidak pasti.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Keyakinan kami terhadap bukti adalah sangat rendah. Terdapat tiga sebab utama untuk ini: kajian adalah sangat kecil; kajian yang menyampaikan keadaan kerja-rehat kepada pekerja dalam kajian yang berbeza; dan hasil utama adalah berdasarkan laporan kendiri oleh peserta kajian. Oleh itu, terdapat keperluan untuk kajian berkualiti tinggi dengan saiz sampel lebih besar untuk menilai kesan intervensi kerja-rehat yang berbeza di tempat kerja. Kajian sedemikian boleh memberikan pandangan yang lebih jelas tentang potensi mempelbagaikan manfaat jadual kerja-rehat, tempoh, atau keadaan untuk pekerjaan yang memerlukan gerakan berulang kali, serta sebarang kemungkinan kemudaratan daripada intervensi. Kajian yang kami temui tertumpu kepada pekerja pejabat; dalam kajian masa depan, intervensi kerja-rehat perlu mengambil kira orang yang berkerja dalam jenis pekerjaan yang berbeza. Kajian masa depan juga boleh menyiasat sama ada gabungan kerja-rehat dengan intervensi lain, seperti ergonomik (iaitu mereka bentuk persekitaran kerja dan tugasan berdasarkan keperluan pekerja individu) latihan atau kaunseling, mungkin membantu mencegah perkembangan gangguan muskuloskeletal berkaitan kerja.

Adakah bukti ini yang terkini?

Ulasan ini mengemaskini ulasan kami sebelum ini, yang telah diterbitkan pada tahun 2019. Bukti ini berdasarkan carian sehingga Mei 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Luger T, Ferenchak SA, Rieger MA, Steinhilber B. Work-break interventions for preventing musculoskeletal symptoms and disorders in healthy workers. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 10. Art. No.: CD012886. DOI: 10.1002/14651858.CD012886.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan