Langkau ke kandungan utama

Adakah tambahan (seperti lutein dan zeaxanthin) mengurangkan penyakit dan kematian dalam kalangan bayi pramasa?

Mesej utama

• Tambahan lutein dan zeaxanthin mungkin mengurangkan penyakit mata yang teruk dalam kalangan bayi pramasa.

• Kami tidak menemui bukti sebarang kesan lain yang jelas bermanfaat atau mudarat daripada intervensi untuk mengurangkan masalah usus (perut/sistem penghadaman) atau masalah otak dalam kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, kesemua lima kajian tersebut dijalankan di Itali dan Amerika Syarikat.

• Kajian masa depan harus dijalankan di pelbagai negara dan persekitaran. Kajian-kajian harus menilai hasil utama seperti kematian, masalah usus atau otak, sepsis (jangkitan darah), dan hasil perkembangan saraf.

Populasi (peserta)

Bayi pramasa ialah bayi yang lahir lebih awal, sebelum genap sembilan bulan hamil. Mereka boleh mengalami penyakit kerana organ tidak berkembang sepenuhnya. Masalah boleh berlaku pada mata, otak, dan usus mereka (perut dan sistem pencernaan). Masalah mata termasuklah retinopati pramatang (saluran darah tambahan di mata, yang boleh menyebabkan buta); masalah usus termasuk enterokolitis nekrosis (keradangan dalam usus); masalah otak termasuk perdarahan intraventrikel (perdarahan di otak). Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini, tetapi satu faktor ialah terlalu banyak oksigen. Tambahan antioksidan boleh membantu mengurangkan impak negatif masalah-masalah ini.

Apakah lutein dan zeaxanthin?
Lutein dan zeaxanthin adalah bahan yang dihasilkan oleh tumbuhan, alga, bakteria, dan kulat dan diambil oleh manusia dengan cara memakan makanan ini. Lutein dan zeaxanthin mempunyai sifat antioksidan dan terdapat dalam pelbagai jenis makanan. Sebelum dan selepas lahir, bayi menerima lutein dan zeaxanthin secara semula jadi: sebelum lahir melalui tali pusat (tiub yang menghubungkan bayi dengan ibunya) dan selepas lahir melalui susu ibu. Sifat antioksidan lutein dan zeaxanthin boleh memperbaik kesihatan dengan membantu badan melawan impak terlalu banyak oksigen. Walau bagaimanapun,amaun lutein dan zeaxanthin yang diterima bayi melalui penyusuan mungkin tidak cukup. Oleh itu, ulasan ini melihat kepada memberi bayi penambahan (tambahan) lutein dan zeaxanthin dan sama ada ini memperbaik hasil bayi pramasa.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin tahu jika memberi bayi pramasa tambahan lutein dan zeaxanthin (lebih daripada yang mereka terima dalam susu) membantu kurang masalah mata, paru-paru, perut dan otak.

Kami juga ingin tahu jika memberi bayi pramasa tambahan lutein dan zeaxanthin menyebabkan sebarang kesan mudarat, seperti perubahan warna kulit /perubahan warna kulit, mata dan toksisiti buah pinggang.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari kajian-kajian yang membanding tambahan lutein dan zeaxanthin dan tanpa rawatan.

Kami bandingkan dan gabungkan keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti berdasarkan faktor seperti sama ada kajian itu dijalankan dan dilaporkan dengan baik.

Apakah yang kami temui?

Kajian-kajian yang disertakan melibatkan 666 bayi pramasa. Terdapat satu perbandingan utama: tambahan lutein dan zeaxanthin berbanding bahan yang tiada nilai terapeutik (plasebo). Tiada kajian menggunakan tambahan lutein atau zeaxanthin sahaja. Insiden keseluruhan retinopati pramatang tidak berbeza antara kumpulan. Walau bagaimanapun, tambahan lutein dan zeaxanthin mungkin mengurangkan insiden retinopati pramatang teruk dalam kalangan bayi pramasa. Tiada kajian yang melihat kehilangan penglihatan mata. Mungkin ada sedikit atau tiada perbezaan dalam semua hasil lain, termasuk kematian, perdarahan intraventrikel, dan enterokolitis nekrosis. Kami temui tiada kesan mudarat tambahan lutein dan zeaxanthin.

Apakah batasan bukti?

Semua kajian-kajian dijalankan di Itali dan Amerika Syarikat. Keyakinan kami terhadap bukti hanya sederhana kerana tiada kajian yang cukup untuk membuktikan tambahan lutein dan zeaxanthin berkesan ke atas hasil-hasil lain. Kajian masa depan harus dijalankan di pelbagai negara dan persekitaran dengan tujuan menilai hasil utama seperti kematian, masalah penglihatan jangka panjang, masalah usus atau otak, dan sepsis.

Adakah bukti ini mutakhir?

Bukti adalah terkini sehingga Disember 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Petikan
Choo YM, Yip KX, Fiander M, Ahmad Kamar A, Kamalden TA, Tan K, Lai NM. Lutein and zeaxanthin for reducing morbidity and mortality in preterm infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 4. Art. No.: CD012178. DOI: 10.1002/14651858.CD012178.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan