Langkau ke kandungan utama

Supplemen dengan Vitamin A untuk mencegah penyakit sama ada jangka masa pendek atau jangka masa panjang serta kematian di kalangan bayi berat lahir rendah

Soalan kajian: Adakah suplemen dengan vitamin A mencegah kematian, kecederaan paru-paru kronik dan kecacatan perkembangan neuro pada bayi yang berat lahir sangat rendah berbanding dengan kumpulan kawalan (plasebo atau tanpa suplemen)?

Latar belakang: Vitamin A adalah kumpulan sebatian larut lemak yang digunakan oleh badan untuk mengawal-atur dan menggalakkan pertumbuhan serta pembahagiaan sel, termasuk sel-sel retina mata dan sel-sel yang melapisi saluran udara di paru-paru. Bayi pramatang mempunyai tahap vitamin A yang rendah ketika lahir. Ini mungkin menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mendapat penyakit paru-paru kronik dan keperluan untuk oksigen. Penambahan suplemen vitamin A mungkin boleh mengurangkan komplikasi pramatang, termasuk perkembangan retina yang tidak normal (retinopathy), pendarahan dalam otak (pendarahan Intraventricular), dan kerosakan pada usus akibat daripada keradangan (necrotising enterocolitis) serta mengurangkan jangkitan trek pernafasan. Kelebihan vitamin A adalah merbahayakan kerana ia boleh meningkatkan tekanan intrakranial dan menyebabkan perubahan kulit dan membran mukus (kecederaan atau lesi), serta muntah-muntah.

Ciri-ciri Kajian: Sebelas kajian dimasukkan dalam rumusan ini, sepuluh kajian membuat perbandingan di antara kumpulan vitamin A dengan kumpulan kawalan (plasebo atau tanpa suplemen) dan satu lagi membuat perbandingan di antara rejimen vitamin A yang berbeza. Pencarian kajian yang layak telah dikemaskinikan sehingga Mei 2016.

Keputusan: Berbanding dengan kumpulan kawalan, penambahan vitamin A kepada bayi yang berat lahir sangat rendah, mendapat manfaat kecil dalam mengurangkan risiko kematian atau mengurangkan keperluan oksigen pada usia satu bulan dan risiko mendapat penyakit paru-paru kronik (keperluan oksigen) pada usia 36 minggu postmenstrual (bukti kualiti sederhana). Terdapat penurunan tipis daripada hasil gabungan kematian atau penyakit paru-paru kronik (kualiti bukti sederhana ).Walaupun terdapat penurunan statistik pada penyakit paru-paru kronik, penemuan ini adalah konsisten bagi penyakit paru-paru kronik dengan kesan sama ada bermakna atau tidak. Terdapat satu kajian yang menyiasat status perkembangan neuro diantara usia pembetulan 18 hingga 22 bulan bagi pramatang, tiada sebarang bukti manfaat atau mudarat yang berkaitan dengan kumpulan suplemen vitamin A berbanding dengan kumpulan kawalan (bukti berkualiti rendah).Tiada kesan yang buruk dilaporkan dengan penggunaan suplemen vitamin A, tetapi suntikan intramuskular vitamin A adalah menyakitkan.

Kesimpulan: Sama ada doktor membuat keputusan untuk menggunakan dos ulangan intramuskular vitamin A untuk mencegah penyakit paru-paru kronik, ianya mungkin bergantung kepada kejadian penyakit paru -paru kronik setempat dan nilai berkait dengan pencapaian pengurangan sederhana dalam kejadian tersebut diseimbangkan dengan kekurangan manfaat terbukti dan penerimaan rawatan tersebut. Maklumat mengenai status jangka panjang perkembangan neuro tidak menunjukkan kemanfaatan atau kemudaratan akibat daripada intervensi.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Sook Lee Foo (Penang Medical College). Disunting oleh Mei Wai Chan (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my

Petikan
Darlow BA, Graham PJ, Rojas-Reyes MX. Vitamin A supplementation to prevent mortality and short- and long-term morbidity in very low birth weight infants. Cochrane Database of Systematic Reviews 2016, Issue 8. Art. No.: CD000501. DOI: 10.1002/14651858.CD000501.pub4.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan