Memperbaiki pelaksanaan pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan polisi pencegahan obesiti, amalan atau program dalam perkhidmatan penjagaan kanak-kanak

Soalan ulasan
Ulasan ini bertujuan untuk melihat kesan strategi memperbaiki pelaksanaan (atau aku janji yang betul) polisi, amalan atau program oleh perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang menggalakkan pemakanan sihat kanak-kanak, aktiviti fizikal dan/atau pencegahan obesiti. Kami ingin menentukan kos atau keberkesanan kos menyediakan sokongan pelaksanaan, sama ada strategi sokongan yang dikaitkan dengan sebarang kesan buruk, dan sama ada terdapat impak ke atas nutrisi kanak-kanak, aktiviti fizikal atau status berat badan. Kami juga melihat kebolehterimaan strategi pelaksanaan, penerimagunaan, penetrasi, mampan dan kesesuaian.

Latar belakang
Beberapa intervensi berasaskan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak telah didapati berkesan memperbaiki diet kanak-kanak, meningkatkan aktiviti fizikal kaaanaka-kanak dan mencegah pertambahan berat badan berlebihan. Walaupun wujud bukti dan garis panduan amalan terbaik untuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk melaksanakan polisi, amalan atau program, banyak perkhidmatan penjagaan kanak-kanak gagal berbuat demikian. Tanpa pelaksanaan yang betul, kanak-kanak tidak akan mendapat manfaat daripada polisi, amalan atau program kesihatan kanak-kanak.

Ciri-ciri kajian
Kami mengenal pasti 21 kajian, 19 yang mengkaji strategi pelaksanaan berbanding amalan biasa atau kawalan sokongan minimum, dan dua kajian yang membandingkan pelbagai jenis strategi pelaksanaan. Kajian-kajian tersebut bertujuan memperbaiki pelaksanaan dasar, amalan atau program yang mensasarkan pemakanan sihat (enam kajian), aktiviti fizikal (tiga kajian) atau kedua-dua pemakanan sihat dan aktiviti fizikal (dua belas kajian). Secara kolektif, 21 kajian yang dimasukkan melibatkan sejumlah 1945 perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan mengkaji pelbagai strategi pelaksanaan termasuk bahan pendidikan, mesyuarat pendidikan, audit dan maklum balas, pemimpin yang memberi pendapat, insentif kecil atau geran, lawatan bantuan pendidikan atau perincian akademik, peringatan dan intervensi yang disesuaikan. Strategi yang diuji hanya terhadap sebilangan kecil yang boleh diguna untuk memperbaiki pelaksanaan di dalam persekitaran ini.

Tarikh carian
Bukti adalah terkini sehingga Februari 2019.

Keputusan utama

Penemuan menunjukkan pelaksanaan strategi sokongan boleh memperbaiki pelaksanaan polisi, program atau amalan aktiviti fizikal melalui perkhidmatan penjagaan kanak-kanak atau kakitangan mereka (bukti kepastian sederhana), dan tidak meningkatkan risiko kecederaan kanak-kanak (bukti kepastian rendah). Walau bagaimanapun, pendekatan sedemikian tidak memberi impak ke atas diet, aktiviti fizikal atau status berat badan kanak-kanak (bukti kepastian rendah hingga sederhana). Tiada kajian yang disertakan melaporkan maklumat tentang kos strategi pelaksanaan atau ukuran-ukuran keberkesanan kos. Kekurangan istilah yang konsisten dalam bidang penyelidikan ini mungkin bermakna beberapa kajian yang relevan tidak kesan di dalam carian kami.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi linoby@uitm.edu.my

Tools
Information