Pilates untuk sakit pinggang

Soalan ulasan

Untuk menentukan kesan-kesan kaedah Pilates untuk pesakit yang mengalami sakit pinggang akut, separa akut atau kronik yang tidak spesifik.

Latar belakang

Sakit pinggang merupakan masalah kesihatan yang lazim di seluruh dunia. Salah satu rawatan yang paling lazim adalah senaman dan dalam sejak kebelakangan ini, Pilates telah menjadi pilihan umum untuk merawat sakit pinggang.

Tarikh carian

Kami telah menjalankan carian sehingga Mac 2014. Kami mengemaskini carian pada bulan Jun 2015 tetapi keputusan ini belum lagi dimasukkan.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini melibatkan 10 kajian dan 510 orang pesakit. Semua kajian melibatkan populasi yang sama iaitu orang-rang yang mengalami sakit pinggang tidak spesifik. Kajian-kajian hanya melibatkan peserta dengan sakit pinggang kronik. Tempoh rawatan dalam ujian yang digunakan adalah antara 10 hari hingga 90 hari. Tempoh susulan adalah dari empat minggu hingga enam bulan. Tiada kajian yang digunakan mengukur susulan selepas enam bulan. Saiz sampel adalah antara 17 hingga 87 orang peserta.

Keputusan-keputusan utama

Kajian-kajian yang terlibat menunjukkan bahawa Pilates mungkin lebih berkesan daripada intervensi minimum dalam jangka masa pendek dan sederhana bagi kesakitan dan kecacatan. Pilates juga lebih berkesan daripada intervensi minimum untuk penambahbaikan dalam fungsi dan kesan pemulihan global dalam jangka masa pendek. Pilates mungkin kurang berkesan daripada latihan-latihan lain untuk kesakitan dan kehilangan upaya dalam jangka masa pendek dan sederhana. Untuk fungsi, latihan lain adalah lebih berkesan daripada Pilates bagi susulan jangka masa sederhana, tetapi tidak bagi susulan jangka masa pendek. Oleh itu, walaupun terdapat beberapa bukti untuk keberkesanan Pilates untuk sakit pinggang, tidak ada bukti konklusif bahawa ia adalah lebih baik daripada senaman bentuk lain. Tiada atau kesan sampingan yang tidak serius dilaporkan untuk intervensi dalam ulasan ini.

Kualiti bukti

Kualiti keselurahan bukti yang digunakan dalam ulaan ini adalah daripada kualiti rendah sehingga ke sederhana.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Di sunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information