Manfaat-manfaat ubat antihipertensif untuk hipertensi ringan adalah kurang jelas

Individu-individu dengan tekanan darah yang tinggi ringan, tetapi tiada peristiwa-peristiwa kardiovaskular terdahulu, merupakan majoriti yang dipertimbangkan untuk menerima terapi antihipertensif. Keputusan untuk merawat populasi ini mempunyai konsekuens penting bagi kedua-dua pesakit (contohnya: kesan buruk ubat, terapi ubat sepanjang hayat, kos rawatan, dll) dan sebarang pihak pembayar ketiga (contohnya kos ubat yang tinggi, perkhidmatan doktor, ujian makmal, dll). Dalam ulasan ini, bukti sedia ada yang membandingkan hasil kesihatan antara individu-individu yang dirawat dengan yang tidak dirawat diringkaskan. Data sedia ada daripada bilangan kajian dan peserta yang terhad tidak menunjukkan perbezaan di antara individu yang dirawat dan yang tidak dirawat dalam serangan jantung, strok, dan kematian. Kira-kira 9% pesakit yang dirawat dengan ubat-ubatan menghentikan rawatan kerana kesan-kesan buruk. Oleh itu, manfaat dan mudarat terapi ubat antihipertensif dalam populasi ini perlu disiasat dengan penyelidikan lanjutan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatasn Melaka-Manipal.

Tools
Information