Terapi untuk rawatan dan pencegahan ‘pouchitis’

Apakah ‘pouchitis’?

Sesetengah daripada pesakit yang menghidap ulcerative colitis (kolon ulser) atau UC, sebahagian daripada kolon (usus besar) dan rektum mereka terpaksa dibuang disebabkan oleh keradangan yang teruk. Sebagai ganti kepada rektum, satu poket (pouch) dibentuk (diperbuat daripada gelung usus kecil) - proses pembedahan ini dikenali sebagai ileal pouch-anal anastomosis (IPAA). Pouchitis adalah keradangan poket yang diperbuat daripada usus kecil bagi mengantikan rektum. Gejala keradangan poket yang aktif termasuk cirit-birit, peningkatan kekerapan pembuangan najis , kejang perut, perlu membuang najis dengan segera, tenesmus (perasaan sentiasa ingin membuang najis), dan inkontinen (najis keluar tanpa dapat dikawal). Gejala akut merujuk kepada gejala yang berterusan kurang daripada empat minggu manakala gejala kronik merujuk kepada gejala yang berterusan lebih daripada empat minggu. Tempoh masa apabila gejala berhenti dikenali sebagai remisi (tiada gejala simptom tetapi penyakit masih ada).

Apakah terapi yang digunakan untuk ‘pouchitis’?

Terapi yang digunakan untuk ‘pouchitis’ termasuk antibiotik (ubat untuk jangkitan bakteria), budesonide enemas (sejenis ubat steroid), Probiotics (bakteria berguna), ejen biologi yang menyasarkan faktor tumor nekrosis, glutamin supositori (asid amino), butyrate suppositantai (asid lemak rantaian pendek), bismuth enemas (ubat cirit-birit), Allopurinol (ubat purine analog), dan tinidazole (ubat anti-parasit).

Apakah yang dikaji oleh para penyelidik?

Para penyelidik menyiasat sama ada ubat-ubatan ini menghasilkan remisi di kalangan pesakit ‘pouchitis’ yang aktif, mengekalkan remisi di kalangan pesakit yang mempunyai ‘pouchitis’ yang tidak aktif atau mencegah ‘pouchitis’ di kalangan pesakit yang baru menjalani pembedahan IPAA. Kesan-kesan sampingan turut dikaji. Literatur perubatan telah diteliti sehingga 25 Julai 2018.

Apakah yang telah ditemui oleh para penyelidik?

Penyelidik telah mendapati 15 kajian dengan sejumlah 547 peserta. Empat kajian menilai rawatan ‘pouchitis’ akut. Lima kajian menilai rawatan ‘pouchitis’ kronik. Enam kajian menilai pencegahan ‘pouchitis’

‘Pouchitis’ akut: Keputusan yang didapati, tidak dapat dipastikan sama ada ciprofloxacin lebih berkesan daripada metronidazole untuk rawatan ‘pouchitis’ akut (1 kajian, 16 peserta). Kesan sampingan termasuk muntah,rasa logam di dalam mulut dan kerosakan sementara kepada saraf. Tidak jelas sama ada terdapat perbezaan antara metronidazole dan enema budesonide dari segi remisi klinikal, penambahbaikan gejala atau kesan sampingan (1 kajian, 26 peserta). Kesan-kesan sampingan termasuk hilang selera makan,loya, sakit kepala, kurang tenaga, rasa logam di dalam mulut, muntah, rasa kebas dan kemurungan. Tidak jelas sama ada terdapat perbezaan antara metronidazole dan enema budesonide dari segi remisi klinikal, penambahbaikan gejala atau kesan sampingan (1 kajian, 18 peserta). Kesan-kesan sampingan termasuk cirit birit, pening, loya, kesakitan di bahagian rektum, muntah, dahaga, jangkitan kulat, demam selsema, peningkatan enzim hati, dan sakit kepala yang datang secara berepisod . Tidak dapat dipastikan sama ada terdapat perbezaan antara lactobacillus GG dan plasebo dalam penambahbaikan gejala (1 kajian, 20 peserta) Keputusan kajian ini tidak dapat dipastikan kerana bilangan kejadian yang rendah disebabkan oleh bilangan peserta yang sedikit yang terlibat di dalam kajian.

‘Pouchitis’ kronik: Tidak dapat dipastikan sama ada formulasi ‘De Simone’ (formulasi probiotik) adalah lebih berkesan daripada plasebo untuk mengekalkan remisi pesakit yang mempunyai penyakit tidak aktif (2 kajian, 76 peserta). Kesan-kesan sampingan termasuk kekejangan perut, muntah dan cirit-birit. Tidak jelas sama ada terdapat apa-apa perbezaan di antara keberkesanan adalimumab dan plasebo untuk merawat ‘pouchitis’ kronik (1 kajian, 13 peserta). Tidak jelas sama ada terdapat perbezaan antara glutamin dan butyrate untuk pengekalan remisi (1 kajian, 19 peserta). Tidak jelas sama ada terdapat apa-apa perbezaan dalam penambahbaikan gejala atau kesan sampingan di antara ‘bismuth carbomer foam’ enema dan plasebo (1 kajian, 40 peserta). Kesan-kesan sampingan termasuk cirit-birit, gejala yang teruk, kekejangan, jangkitan sinus, dan sakit perut. Keputusan kajian ini tidak dapat dipastikan disebabkan oleh bilangan peserta yang sedikit yang terlibat dalam kajian.

Pencegahan ‘pouchitis’: Tidak pasti sama ada formulasi ‘De Simone’ adalah lebih berkesan daripada plasebo bagi pencegahan ‘pouchitis’ (1 kajian, 40 peserta). Walau bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada terdapat perbezaan dalam pencegahan ‘pouchitis’ di antara formulasi ‘De Simone’ dengan satu kumpulan kawalan tanpa rawatan (1 kajian, 28 peserta). Tidak jelas sama ada terdapat perbezaan dalam pencegahan ‘pouchitis’ antara Clostridium butyricum MIYAIRI dan plasebo (1 kajian, 17 peserta), Bifidobacterium longum dan plasebo (1 kajian, 12 peserta), allopurinol dan plasebo (1 kajian, 184 peserta) dan tinidazole dan plasebo (1 kajian, 38 peserta). Keputusan kajian ini tidak dapat dipastikan disebabkan oleh bilangan peserta yang sedikit yang terlibat dalam kajian.

Kesan antibiotik, probiotik dan intervensi lain untuk merawat dan mencegah ‘pouchitis’ adalah tidak dapat dipastikan. Banyak kajian tentang cara perubatan yang berbeza diperlukan untuk menentukan rawatan yang terbaik bagi ‘pouchitis’.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nur Asmaliza Mohd Noor (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information