Hanya kira-kira 6% penduduk dunia adalah penutur asli bahasa Inggeris, manakala 75% orang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris sama sekali.
Ramai orang tidak mempunyai akses kepada maklumat kesihatan yang berkualiti tinggi, kerana ia tidak mudah didapati di dalam bahasa yang mereka faham. Kami terjemah bukti Cochrane untuk menjadikannya lebih mudah didapati, dan mengurangkan halangan linguistik kepada bukti termaklum keputusan kesihatan global.
Beberapa ratus sukarelawan telah menterjemah beribu-ribu Ulasan Cochrane ke dalam bahasa mereka.
Kami sedang mencari sukarelawan untuk menterjemah daripada Bahasa Inggeris ke dalam bahasa-bahasa berikut:
- Cina (dipermudah dan tradisional)
- Croatia
- Perancis
- Hungary
- Jepun
- Korea
- Melayu
- Parsi
- Poland
- Romania
- Rusia
- Thai
Jika anda ingin menyumbang kepada salah satu daripada bahasa di atas, sila baca lebih lanjut tentang terjemahan di Cochrane , dan apa yang dijangka sebagai penterjemah sukarelawan dalam salah satu projek terjemahan Ulasan kami. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang Keahlian Cochrane dan memperoleh mata keahlian dengan menyelesaikan tugas terjemahan di sini.
Untuk menyertai projek terjemahan, klik butang 'Menjadi penterjemah' di bawah. Anda akan dibawa ke laman ‘Akaun Saya’, di mana anda akan diminta untuk mencipta akaun Cochrane. Jika anda sudah mempunyai Akaun Cochrane, anda boleh log masuk.
Jika bahasa anda tidak disenaraikan di atas, sila lihat di Cochrane Engage, di mana penyumbang Cochrane menyiarkan tugas terjemahan dalam pelbagai bahasa, serta tugas lain yang berkaitan dengan pengeluaran Ulasan Cochrane.