Langkau ke kandungan utama

Apakah bukti semasa tentang aturan tadbir urus yang diguna untuk mengatur perkhidmatan rehabilitasi dalam sistem kesihatan di seluruh dunia?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

Kami tidak menemui maklumat yang memenuhi matlamat gambaran keseluruhan. Terdapat keperluan untuk mengutamakan penyelidikan mengenai aturan tadbir urus dalam rehabilitasi. Ini mungkin bermakna memulakan kajian penyelidikan baharu, atau mempertimbang julat reka bentuk kajian dan kaedah penyelidikan dalam projek sintesis bukti.

Apakah yang dimaksudkan dengan aturan tadbir urus?

Tadbir urus bermakna peraturan atau proses, termasuk dasar dan undang-undang, yang mengatur cara sistem kesihatan dijalankan dan cara produk kesihatan dikawal selia. Bagi rehabilitasi, istilah aturan tadbir urus merujuk kepada keputusan, dasar dan undang-undang yang menentukan perkhidmatan rehabilitasi sedia ada dalam sistem kesihatan tertentu, bagaimana sistem kesihatan membiaya rehabilitasi dan bagaimana penyedia rehabilitasi dikawal selia untuk memastikan keselamatan dan penjagaan yang kos efektif.

Apakah yang ingin diketahui?

Kami ingin menjawab soalan-soalan berikut.

• Apakah bukti yang wujud tentang aturan tadbir urus yang diguna dalam rehabilitasi di seluruh dunia?
• Bagaimana bukti semasa dapat membantu orang yang merancang dan menjalankan sistem penjagaan kesihatan kita membuat keputusan tentang rehabilitasi?
• Adakah peluang untuk menjalankan penyelidikan dasar baharu dan sistem kesihatan tentang aturan tadbir urus rehabilitasi?

Apakah yang dilakukan?

Projek ini merupakan salah satu daripada projek empat pihak yang berminat dalam rehabilitasi dan penyelidikan dasar dan sistem kesihatan (HPSR). Kami mencari tiga pangkalan data penyelidikan yang besar untuk ulasan sistematik yang mengkaji maklumat sedia ada tentang aturan tadbir urus dalam rehabilitasi.

Apakah yang ditemukan?

Kami mengenal pasti 36 ulasan sistematik. Ulasan ini adalah relevan untuk gambaran keseluruhan berkaitan dengan aturan kewangan, aturan penyampaian dan strategi pelaksanaan. Walau bagaimanapun, tiada ulasan yang berkait dengan aturan tadbir urus. Ini mungkin kerana penyelidikan tentang topik ini menggunakan reka bentuk kajian yang kami tidak pernah kumpulkan, atau kerana penyelidikan ini tersedia dalam pangkalan data yang tidak kami cari.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami tidak menemui bukti, oleh itu tidak dapat mengulas tentang batasan bukti-bukti tersebut.

Adakah bukti ini yang terkini?

Kami menjalankan carian pada 17 November 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Wilfred Mok Kok Hoe (Institut Kesihatan Negara). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Atkinson-Graham M, Mior S, Bakaa N, Konstantinidis T, Wong J, Arienti C, Battel I, Capodaglio P, Cordani C, Décary S, De Groote W, Del Furia MJ, Duttine A, Engeda EHaileselassie, Frontera WR, Kiekens C, Gimigliano F, Liguori S, Minozzi S, Mudau Q, Paoletta M, Ryan R, Sabariego C, Todhunter-Brown A, Touhami D, Negrini S, Côté P. Governance arrangements for rehabilitation services in health systems: an overview of systematic reviews. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 11. Art. No.: CD016309. DOI: 10.1002/14651858.CD016309.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan