Mesej utama
-
Beberapa kajian meneliti cara ujian sindrom pernafasan akut coronavirus 2 teruk (SARS-CoV-2) membantu atau menghalang usaha untuk mencegah penyakit, kemasukan ke hospital, atau kematian.
-
Disebabkan bukti yang lemah, kami tidak pasti sama ada ujian membantu menghalang seseorang daripada jatuh sakit.
-
Penyelidikan adalah tidak mencukupi untuk menunjukkan dengan jelas faedah dan kemudaratan pelbagai jenis ujian SARS-CoV-2 untuk mencegah penyakit, kemasukkan ke hospital, atau kematian.
Apakah itu SARS-CoV-2?
Satu virus baharu yang dinamakan SARS-CoV-2 telah ditemui di China pada Disember 2019. Menjelang Mei 2024, ia telah menjangkiti 775 juta orang dengan COVID-19, dan lebih tujuh juta orang telah meninggal dunia. Menguji orang ramai tentang virus itu boleh membantu pekerja penjagaan kesihatan mengenal pasti apabila lebih ramai orang menjadi sakit, membolehkan mereka bertindak cepat untuk memastikan orang lain selamat.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami melihat kepada sejauh mana pelbagai kaedah ujian SARS-CoV-2 bertindak untuk membantu mencegah penyakit, dimasukkan ke hospital, atau kematian. Kami juga ingin mengetahui sama ada ujian SARS-CoV-2 dikaitkan dengan sebarang kesan yang tidak diingini.
Apakah yang dilakukan?
Kami mencari kajian-kajian yang membandingkan pelbagai strategi ujian SARS-CoV-2 untuk orang dengan atau tanpa gejala, meneliti dapatan kajian, dan merumuskan keputusannya. Kami membentangkan perbandingan utama yang kami telah putuskan terlebih dahulu. Kami juga menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan perkara seperti cara kajian dilakukan dan bilangan orang yang mengambil bahagian.
Apakah yang ditemukan?
Kami menemui 21 kajian, melibatkan 13,312,327 orang, yang mengkaji faedah dan kemudaratan pelbagai ujian SARS-CoV-2. Walau bagaimanapun, hanya empat daripada kajian ini, dengan 190,821 orang, mengukur keputusan yang kami minati.
Keputusan utama
Satu kajian, dijalankan di fasiliti kemudahan penjagaan jangka panjang di Israel, mengukur kesan ujian mingguan SARS-CoV-2 ke atas bilangan orang yang dimasukkan ke hospital atau yang meninggal dunia untuk perbandingan: samada menggunakan strategi ujian atau tiada ujian atau penjagaan standard atau amalan biasa. Kajian itu tidak mengukur kes COVID-19 yang berjaya dielakkan, atau kesan serius yang tidak diingini berkaitan dengan ujian. Tiada kajian yang mengkaji keputusan ini untuk perbandingan: strategi ujian berbanding strategi ujian lain.
Faedah dan bahaya strategi ujian berbanding tiada ujian atau penjagaan standard atau amalan biasa
Kami sangat tidak pasti tentang keputusan mengenai jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital dan kadar kematian, berdasarkan satu kajian yang dimasukkan yang melihat kepada kesan ujian mingguan SARS-CoV-2 dibandingkan tanpa apa-apa ujian.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Kami menemui beberapa kajian. Bukti yang kami periksa daripada dua keputusan—membandingkan ujian dengan tiada ujian—tidak begitu kukuh kerana ia adalah daripada satu kajian, kajian itu mempunyai masalah dengan cara ia dilakukan, dan ia tidak sejajar dengan soalan. Keputusan mungkin tidak benar-benar wajar atau tepat kerana pelbagai faktor yang lain bercampur-campur, dan cara keputusan diukur mungkin tidak tepat. Penyelidikan lebih lanjut mungkin mengubah keputusan kami.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini adalah terkini sehingga 07 Oktober 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (IMU University). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia).