Mesej utama
Makanan tambahan vitamin B12 mengurangkan risiko kekurangan vitamin B12, dan mungkin meningkatkan tahap vitamin B12 pada kanak-kanak kurang daripada 12 tahun, dibandingkan plasebo (bahan yang kelihatan sama seperti intervensi/ rawatan tetapi tidak mengandungi sebarang bahan aktif) (iaitu, kanak-kanak yang tidak mengambil suplemen vitamin B12).
Suplemen vitamin B12, dengan mikronutrien yang lain (vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi), boleh menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kekurangan vitamin B12 atau jumlah tahap vitamin B12, dibandingkan kanak-kanak yang menerima suplemen yang sama tanpa vitamin B 12.
Kesan suplemen vitamin B12 terhadap hasil kesihatan yang lain dalam kalangan kanak-kanak kurang jelas.
Apakah vitaminB12 itu?
Vitamin B12 merupakan nutrien penting yang membantu penghasilan sel darah merah dan memastikan sel dan saraf badan yang sihat. Kekurangan vitamin B12 merupakan masalah kesihatan awam penting , termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan dalam persekitaran yang kekurangan sumber. Tahap vitamin B12 yang lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak telah dikaitkan dengan anemia (tahap hemoglobin yang lebih rendah), dan pertumbuhan, perkembangan, dan kognisi yang lebih lemah (keupayaan kanak-kanak untuk memperoleh pengetahuan melalui pemikiran, pemahaman, dan deria).
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada pengambilan suplemen vitamin B12 akan meningkatkan pemakanan dan kesihatan kanak-kanak kurang daripada 12 tahun.
Apakah yang dilakukan?
Kami telah mencari kajian yang melihat kepada kesan vitamin B12 dibandingkan plasebo (bahan yang kelihatan sama seperti intervensi/ rawatan tetapi tidak mengandungi sebarang bahan aktif), tiada intervensi, atau suplemen yang sama tanpa vitamin B12. Kami merumuskan keputusan kajian dan keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan maklumat seperti bagaimana kajian itu dijalankan.
Apakah yang ditemukan?
Kami sertakan 16 kajian yang melibatkan 4083 kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun (2 hari hingga 11 tahun). Sembilan kajian, termasuk 2391 kanak-kanak, mempunyai data yang boleh kami analisis. Kajian dijalankan di dalam 10 negara di seluruh dunia. Dalam kebanyakan kajian, hasilnya dinilai sejurus selepas intervensi dari lima minggu hingga 31 bulan, dengan satu kajian menilai hasil selepas sembilan tahun. Suplemen vitamin B12 diberikan dari 28 hari hingga 31 bulan dalam jumlah dari 0.9 hingga 150 mikrogram sehari.
Suplemen dengan vitamin B12 sahaja berbanding plasebo
Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam ketinggian/panjang, kognitif (contohnya, perhatian), atau perkembangan (contohnya, perkembangan kemahiran motor). Kanak-kanak yang menerima suplemen vitamin B12 mempunyai kurang kekurangan vitamin B12 , dan mungkin mempunyai tahap vitamin B12 yang lebih tinggi, dibandingkan plasebo. Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan dalam anemia. Tiada kajian yang memberikan data tentang sebarang kesan (buruk) tidak diingini.
Vitamin B12 sahaja berbanding tanpa intervensi
Bukti sangat tidak pasti untuk ketinggian/panjang. Tiada kajian melaporkan data yang boleh kami analisis untuk hasil yang lain .
Vitamin B12 dan mikronutrien yang lain , dibandingkan suplemen dengan suplemen yang sama tanpa vitamin B12
Mungkin terdapat sedikit atau tiada perbezaan antara kumpulan dari segi ketinggian/panjang, kognisi (contohnya, perhatian), atau perkembangan (contohnya, perkembangan kemahiran motor). Kanak-kanak yang menerima makanan tambahan vitamin B12 (dengan nutrien yang lain ) boleh mempunyai sedikit atau tiada perbezaan dalam kekurangan vitamin B12 , tahap vitamin B12, anemia, atau sebarang kesan tidak diingini.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Bilangan kajian yang kecil dan saiznya merupakan batasan ulasan ini. Beberapa kajian melaporkan tentang hasil kesihatan, termasuk pertumbuhan, kognisi, perkembangan, anemia, atau sebarang kesan buruk. berbeza umur kanak-kanak, dan perbezaan dalam jumlah vitamin B12 dan bila hasilnya diukur, juga merupakan batasan ulasan ini.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti ini adalah terkini sehingga 23 september 2025.
Baca abstrak penuh
Matlamat
To determine the effects of vitamin B12 supplementation on growth, development, and cognition in children less than 12 years of age.
Kaedah Pencarian
We searched CENTRAL, MEDLINE, Embase, 12 other databases, and two trial registries on 23 September 2025. We screened reference lists of studies.
Kesimpulan Pengarang
Vitamin B12 supplementation (alone or when supplemented with other micronutrients) in children may have little to no effect on growth (i.e. height/length), cognitive function (e.g. attention), development outcomes (e.g. motor skill development), or anaemia, compared to placebo, no intervention, or the same supplements without vitamin B12. Vitamin B12 supplementation in children reduces vitamin B12 deficiency and probably improves total vitamin B12 concentrations, compared to placebo. However, vitamin B12 supplementation with other micronutrients may result in little to no difference in vitamin B12 deficiency and total vitamin B12 concentrations, compared to the same formulation without vitamin B12.
Pembiayaan
This review had no dedicated funding.
Pendaftaran
Protocol available via DOI 10.1002/14651858.CD015264.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Nadhirah Azizan (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.




