Mesej utama
-
Peratusan orang yang lebih tua (65 tahun atau ke atas) dengan kegagalan buah pinggang (satu keadaan di mana buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan cukup baik untuk memastikan seseorang hidup) semakin meningkat.
-
Dialisis mungkin lebih disukai oleh sesetengah orang yang lebih tua dengan kegagalan buah pinggang berbanding dengan pengurusan konservatif, yang memberi tumpuan kepada pengurusan gejala buah pinggang dan mengutamakan kualiti hidup seseorang). Walau bagaimanapun, kajian memberikan kami jawapan yang sangat tidak menentu.
-
Kami tidak pasti sama ada pengurusan buah pinggang konservatif mempunyai sebarang impak kepada jangka hayat di kalangan orang dengan kegagalan buah pesakit apabila dibandingkan dengan dialisis disebabkan oleh kekurangan bukti yang kukuh.
Mengapakah orang yang lebih tua dengan kegagalan buah pinggang memilih pengurusan buah pinggang konservatif berbanding dengan dialisis?
Peratusan orang yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun) dengan kegagalan buah pinggang (satu keadaan di mana buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan cukup baik untuk memastikan seseorang hidup) semakin meningkat. Orang yang lebih tua dengan kegagalan buah pinggang mungkin menolak dialisis (satu prosedur mekanikal di mana mesin yang digunakan untuk mengeluarkan produk buangan dan garam berlebihan dan cecair daripada darah apabila buah pinggang berhenti berfungsi dengan baik) disebabkan mereka bimbang bahawa terapi mungkin lebih memburukkan kelemahan otot, meningkatkan kemasukan ke hospital, dan menjejaskan kualiti hidup mereka, dan meningkatkan risiko kematian. Pengurusan buah pinggang merupakan pendekatan bukan dialisis kepada kegagalan buah pinggang, yang memberi tumpuan kepada pengurusan gejala buah pinggang dan mengutamakan kualiti hidup seseorang berbanding dengan pemanjangan hayat melalui buatan yang bermaksud seperti dialisis.
Apakah yang ingin diketahui?
Kami ingin mengetahui sama ada kelangsungan hidup dan kualiti hidup adalah sama untuk orang dengan kegagalan buah pesakit yang menjalani pengurusan buah pinggang konservatif berbanding dengan mereka yang menjalani dialisis.
Apakah yang dilakukan?
Kami telah mencari kajian rawak (di mana orang telah ditugaskan secara rawak kepada pilihan rawatan berbeza) dan kajian bukan rawak yang membandingkan pengurusan buah pinggang konservatif dengan dialisis dalam kalangan orang tua dengan kegagalan buah pinggang. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian-kajian tersebut dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah percubaan dan saiz sampel.
Apakah yang ditemukan?
Kami tidak menemui kajian rawak dan 24 kajian bukan rawak yang melibatkan 24,757 orang. Ia tidak jelas sama ada pengurusan buah pinggang mempunyai kesan terhadap kematian (sebarang sebab), kematian kardiovaskular, dan kualiti hidup berkaitan kesihatan dalam kalangan orang tua dengan kegagalan buah pinggang berbanding dengan mereka yang menjalani dialisis.
Apakah keterbatasan bukti tersebut?
Kebanyakan kajian mempunyai saiz sampel yang kecil, dan tidak terdapat kajian yang mencukupi untuk menilai secara muktamad impak pengurusan buah pinggang konservatif terhadap hasil seperti peristiwa-peristiwa kardiovaskular, kualiti hidup berkaitan kesihatan, dan kadar kemasukan ke hospital. Tidak semua kajian telah memberikan data tentang hasil yang kami minati, dan kami tidak pasti tentang keputusannya.
Adakah bukti ini yang terkini?
Bukti ini terkini sehingga September 2025.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.
Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.