Langkau ke kandungan utama

Sejauh manakah intervensi yang berkesan dan selamat diberikan untuk melindungi keupayaan untuk hamil pada pesakit kanser wanita yang menerima kemoterapi?

Mesej utama

• Pemberhentian sementara fungsi ovari di kalangan wanita yang menghidap kanser payudara dengan menggunakan terapi hormon mungkin mengurangkan pengurangan fungsi ovari yang disebabkan oleh kemoterapi. Ini bermaksud bahawa rawatan membolehkan ovari berfungsi dengan baik, namun demikian kepastian kami dalam bukti adalah rendah.

• Kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang kaedah yang perlu digunakan untuk mengekalkan kesuburan (keupayaan untuk hamil) di kalangan pesakit wanita pramenopaus dengan kanser payudara yang dirawat dengan kemoterapi.

• Lebih banyak penyelidikan mengenai topik ini diperlukan.

Apakah itu pemeliharaan kesuburan dan mengapa ia penting?

Wanita yang menghidap kanser lazimnya dirawat dengan kemoterapi. Kemoterapi boleh membahayakan ovari , mengurangkan kesuburan atau menyebabkan ketidaksuburan. Pengekalan kesuburan (keupayaan untuk hamil) di kalangan penghidap kanser wanita adalah penting untuk rancangan membina keluarga di masa hadapan. Dua kaedah lazim digunakan.

1. Merangsang ovari dan menggunakan ubatan untuk melindunginya, diikuti dengan pembekuan telur atau embrio untuk digunakan kemudian (hyperstimulasi ovari terkawal dengan penggunaan gonadotropin dan agen pelindung).

2. Pemberhentian sementara fungsi ovari dengan menggunakan terapi hormon (penindasan fungsi ovari menggunakan agonis hormon pelepas gonadotropin (agonis GnRH)).

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin mengetahui kesan daripada dua kaedah yang lazim digunakan untuk memelihara kesuburan di kalangan penghidap kanser wanita, ternasuk kesan sampingan. Memandangkan kanser payudara merupakan kanser yang paling lazim di kalangan wanita di dunia, kanser payurada merupakan tumpuan utama ulasan ini.

Apa yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang melibatkan peghidap kanser wanita pramenopaus (wanita yang masih menpunyai haid yang teratur) yang menerima rawatan kemoterapi.

Kami menyiasat kajian untuk tiga perbandingan berbeza.

Perbandingan 1: Merangsang ovari dan menggunakan ubat untuk melindunginya dan kemudian membekukan telur atau embrio untuk digunakan kemudian berbanding dengan plasebo, rawatan rutin, tiada rawatan atau menggunakan agen lain

Perbandingan 2: Pemberhentian sementara fungsi ovari dengan menggunakan terapi hormon berbanding dengan placebo, rawatan rutin, tiada rawatan atau terapi hormon yang lain

Perbandingan 3: Merangsang ovari dan menggunakan ubatan untuk melindunginya dan kemudian membekukan telur atau embrio untuk digunakan kemudian berbanding dengan menghentikan sementara ovari daripada berfungsi dengan menggunakan terapi hormon

Kami telah membanding dan merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami dalam bukti, berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 23 kajian; dua kajian untuk perbandingan 1 dan 23 kajian untuk perbandingan 2. Kami tidak menemui sebarang kajian untuk perbandingan 3.

Kajian terbabit melibatkan 2647 wanita pramenopaus yang menpunyai kanser dan menerima rawatan kemoterapi; 2366 daripada wanita berkenaan mempunyai kanser payudara dan 311 daripada kumpulan wanita ini menghidapi kanser lain.

Perbandingan 1

Kami adalah sangat tidak pasti tentang kesan merangsang ovari dan pengunaan ubatan untuk melindunginya ke atas bilangan oosit yang diambil dari kalangan pesakit kanser payu dara. Dua kajian telah membandingkan dua ubat perlindungan yang berbeza (letrozole berbanding tamoxifen) dan mendapati bahawa kemungkinan tiada perbezaan antara mereka dari segi bilangan telur yang diperolehi.

Kami tidak menemui bukti tentang kesan merangsang ovari dan menggunakan ubat untuk melindunginya pada hasil lain yang menarik perhatian kami (contoh kegagalan fungsi ovari, kelahiran hidup, kelangsungan hidup dan kesan sampingan).

Perbandingan 2

Penggunaan terapi hormon untuk menghentikan sementara fungsi ovari di kalangan pesakit kanser payudara wanita boleh menyebabkan pengurangan ketara dalam kekurangan fungsi ovari. Ini bermaksud bahawa rawatan berkenaan dapat memastikan ovari untuk terus berfungsi dengan baik.

Pemberhentian sementara fungsi ovari dengan menggunakan terapi hormon memberi sedikit kepada tiada perbezaan dalam kelangsungan hidup bebas penyakit (tanpa tanda atau gejala kanser payudara) atau kemandirian keseluruhan lebih 10 tahun di kalangan wanita yang menghidap kanser payudara. Kesan ke atas kadar kelahiran hidup di kalangan wanita yang mengidap kanser payu dara adalah sangat tidak pasti.

Kami juga sangat tidak pasti mengenai kesan menghentikan sementara fungsi ovari menggunakan terapi hormon pada kesan negatif yang berkait dengan kehamilan, termasuk pengguguran yang dicetus, keguguran. kelahiran pramatang, komplikasi bersalin dan pengguguran kandungan secara elektif.

Wanita yang terlibat dalam kajian mengalami kesan sampingan yang berkait dengan kemoterapi (contoh keletihan, loya, leukopenia (peningkatan risiko jangkitan disebabkan oleh bilangan sel darah putih yang rendah) dan kesan sampingan yang tidak berkait dengan kehamilan (contoh berpeluh, panas memerah, sakit kepala. Pemberhentian sementara fungsi ovari dengan menggunakan terapi hormon berkemungkinan meningkatkan kesan sampingan yang tidak berkaitan dengan kehamilan.

Perbandingan 3

Kami tidak menjumpai sebarang bukti untuk perbandingan ini.

Wanita yang menghidap kanser selain daripada kanser payudara

Kami tidak dapat membuat kesimpulan untuk wanita yang mengidap kanser lain kerana kepastian yang rendah mengenai bukti kajian.

Apakah batasan bukti?

Untuk perbandingan 1, kami mempunyai keyakinan yang sederhana ke sedikit terhadap bukti kajian kerana kajian yang ada tidak mencukupi dan sangat kecil.

Untuk perbandingan 2, kami tidak yakin sama sekali pada bukti untuk penghidap kanser payudara wanita kerana kajiannya sangat kecil dan hanya terdapat segelintir kecil sahaja kes kehamilan dan kelahiran hidup. Tambahan pula, beberapa kajian tidak membekalkan keseluruhan maklumat berkenaan perkara yang kami berminat dan beberapa kajian telah diberhentikan lebih awal daripada yang dirancang.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti adalah terkini setakat November 2023.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Lim Kah Yen (Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu). Disunting oleh Khaw Loke Tim (IMU University).

Petikan
Weterings MAJ, Glanville E, van Eekelen R, Farquhar C. Interventions for fertility preservation in women with cancer undergoing chemotherapy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 6. Art. No.: CD012891. DOI: 10.1002/14651858.CD012891.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan