Langkau ke kandungan utama

Untuk pesakit kanser, apakah manfaat dan risiko pengambilan melatonin hormon?

Mesej utama

  • Disebabkan kekurangan bukti yang kukuh, kesan melatonin terhadap kualiti hidup dan kualiti tidur dalam orang yang menerima rawatan kanser adalah tidak jelas.

  • Melatonin mungkin tidak meningkatkan risiko kesan sampingan, tetapi bukti sedia ada adalah tidak cukup kukuh untuk kami menjadi pasti.

  • Kajian yang menggunakan melatonin dalam tempoh sehingga tiga bulan yang direka dengan baik adalah diperlukan untuk memberikan anggaran faedah dan risiko yang lebih baik.

Apakah melatonin?

Melatonin ialah hormon yang dihasilkan di dalam badan unuk mengawal tidur harian dan kitaran terjaga. Ia telah dicadangkan bahawa melatonin mungkin meningkatkan kualiti tidur dan kualiti hidup, di mana adalah sangat penting dalam rawatan kanser. Tambahan pula, terdapat penyelidikan yang mencadangkan bahawa melatonin adalah berkesan terhadap tumor pepejal dan mungkin berkesan untuk rawatan kanser.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Kami ingin mengetahui sama ada melatonin boleh digunakan dalam rawatan kanser, terutamanya untuk mengekalkan kualiti hidup dan kualiti tidur dalam pesakit kanser. Kami juga ingin mengetahui sama ada melatonin menyebabkan sebarang kesan-kesan sampingan yang tidak diingini (‘peristiwa buruk’).

Apakah yang kami lakukan?

Kami telah mencari kajian yang melihat kepada melihat kepada melatonin yang telah digunakan dengan rawatan kanser standard berbanding dengan rawatan kanser standard sahaja atau dengan plasebo (rawatan palsu).

Apakah yang telah temui?

Kami telah menemui 30 kajian yang melibatkan 5093 pesakit kanser lelaki dan wanita, dengan sebarang jenis kanser. Kajian dijalankan di dalam 10 negara di seluruh dunia.

Kami memberi tumpuan kepada kesan melatonin dalam tempoh tiga bulan. Semasa dibandingkan kepada plasebo ditambah dengan rawatan kanser standard, ia tidak jelas sama ada melatonin mempunyai kesan terhadap kualiti hidup dan tidur. Melatonin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap potensi peristiwa buruk seperti sakit kepala, keletihan, dan loya, tetapi kami adalah sangat tidak pasti tentang keputusan tersebut. Tiada keputusan yang sedia ada untuk pening.

Kami tidak menemui kajian yang membantu kami memjawab soalan tentang kualiti hidup dan kualiti tidur semasa melatonin digunakan dengan rawatan kanser standard berbanding dengan rawatan standard sahaja. Walau bagaimanapun, kajian tidak menilai kemungkinan peristiwa buruk yang mungkin berkaitan dengan melatonin, dan mereka menemui melatonin mungkin mengurangkan risiko keletihan (kelesuan), dan mungkin mengurangkan risiko berasa sakit (loya). Ia tidak jelas sama ada melatonin mempunyai kesan terhadap sakit kepala. Tiada keputusan yang sedia ada untuk pening.

Semasa melatonin digunakan secara topikal, seperi dalam krim untuk diletakkan pada kulit atau dalam pencuci mulut, ia tidak jelas sama ada ia mempunyai kesan terhadap kualiti hidup. Kami tidak menemui kajian yang membantu kami menjawab soalan kami tentang kualiti hidup. Tiada data yang sedia ada untuk peristiwa buruk seperti sakit kepala, keletihan, loya, dan pening, disebabkan ini tidak berkaitan sekiranya melatonin digunakan secara topikal. Ia tidak jelas sekiranya melatonin mempunyai sebarang kesan yang tidak diingini jika digunakan secara topikal.

Apakah batasan bukti?

Kami tidak yakin dengan bukti disebabkan kemungkinan orang dalam kajian sedar tentang rawatan yang diterima oleh mereka. Bukti yang berkaitan dengan beberapa manfaat dan risiko yang kami minati tidak meliputi semua jenis kanser, atau berdasarkan kepada beberapa kes sahaja.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti ini terkini sehingga September 2024.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.

Petikan
Yu ZY, Peng RY, Cheng N, Wang RT, Nan MD, Milazzo S, Pilkington K, Seely D, Horneber M, Liu JP. Melatonin in cancer treatment. Cochrane Database of Systematic Reviews 2025, Issue 4. Art. No.: CD010145. DOI: 10.1002/14651858.CD010145.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan