Langkau ke kandungan utama

Penapis

Bukti

Buku Panduan/Manual

Berita

Apakah manfaat dan risiko rawatan melatonin untuk bayi baru lahir dengan fungsi otak yang tidak normal yang dikenali sebagai ensefalopati neonatal ?

Bantu menambah baik Ringkasan Cochrane – lengkapkan survey ringkas ini

Mesej utama

- Ensefalopati neonatal (fungsi otak yang tidak normal dalam beberapa hari pertama kehidupan) merupakan penyebab utama kematian dan kecacatan pada kanak-kanak.

- Ulasan kami menunjukkan bahawa bukti untuk rawatan melatonin dalam ensefalopati neonatal adalah sangat tidak pasti.

- Lebih banyak kajian diperlukan untuk menilai sama ada rawatan melatonin harus digunakan untuk bayi baru lahir dengan kondisi ensefalopati neonatal .

Apakah itu ensefalopati neonatal ?

Ensefalopati neonatal adalah keadaan DIMANA fungsi otak yang terganggu DALAM beberapa hari pertama kehidupan, yang disebabkan oleh kekurangan oksigen atau aliran darah ke otak sebelum atau sekitar masa kelahiran. Selepas kekurangan oksigen atau bekalan darah, sel-sel otak bayi baru lahir masih terus mengalami kerosakan untuk jangka masa yang lama selepas bekalan oksigen dan darah kembali normal.

Apakah rawatan yang biasa digunakan untuk merawat ensefalopati neonatal ?

Rawatan biasa untuk ensefalopati neonatal adalah penjagaan sokongan kritikal, selalunya dalam persekitaran penjagaan rapi, dan termasuk terapi penyejukan di negara berpendapatan tinggi (contohnya. Amerika Syarikat, Australia, UK). Terapi penyejukan (dikenali sebagai hipotermia terapeutik) diberikan di dalam negara-negara ini kepada bayi baru lahir dengan kondisi ensefalopati neonatal sederhana hingga teruk; walau bagaimanapun, penyejukan bukanlah rawatan biasa di negara-negara berpendapatan sederhana.

Bagaimanakah melatonin boleh membantu bayi baru lahir yang menghidap ensefalopati neonatal ?

Rawatan dengan melatonin, sejenis hormon yang dihasilkan secara semula jadi di dalam badan, boleh membantu mencegah kerosakan susulan pada sel-sel otak jika diberikan sejurus selepas kelahiran. Melatonin boleh diberikan sama ada melalui mulut atau melalui titisan intravena (IV Drip). Jika rawatan ini berkesan, pemberian melatonin kepada bayi baru lahir dengan ensefalopati neonatal mampu untuk menyelamatkan lebih ramai kanak-kanak, dan lebih ramai kanak-kanak yang terselamat tanpa masalah fizikal atau pembelajaran.

Apakah yang ingin kami ketahui daripada ulasan ini?

Kami ingin mengkaji sama ada rawatan melatonin memberikan hasil yang lebih baik untuk bayi baru lahir dengan kondisi ensefalopati neonatal. Kami mengkaji dua perbandingan rawatan yang dilakukan secara berasingan: rawatan melatonin dalam kombinasi dengan penyejukan dibandingkan dengan rawatan penyejukan sahaja; dan rawatan melatonin sahaja dibandingkan dengan rawatan piawaian tanpa penyejukan.

Apakah yang dilakukan?

Kami telah mencari kajian yang membandingkan kesan rawatan melatonin dengan rawatan piawaian (dengan atau tanpa terapi penyejukan) pada bayi baru lahir dengan ensefalopati neonatal . Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian tersebut dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor-faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apakah keputusan utama kami?

Kami menemui empat kajian yang melibatkan 155 peserta yang membandingkan rawatan melatonin dengan rawatan piawaian dengan atau tanpa terapi penyejukan.

Kami sangat tidak pasti tentang kesan rawatan melatonin terhadap

  • hasil gabungan kematian atau kehilangan upaya apabila diukur pada usia 18 bulan atau lebih;

  • kematian pada bulan pertama kehidupan (bulan pertama selepas kelahiran);

  • kecacatan, diukur pada umur 18 bulan atau lebih; ​​dan

  • keabnormalan pada imbasan otak MRI (pengimejan resonans magnetik) (diukur di kawasan jirim kelabu dan jirim putih otak) pada bulan pertama kehidupan.

Tiada kajian yang melaporkan tentang kesan rawatan melatonin terhadap

  • kegagalan pelbagai organ; atau

  • keperluan untuk ubat anti-sawan.

Secara keseluruhannya, bukti sediaada tidak memberi keputusan yang sangat pasti. Oleh itu, kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada rawatan melatonin boleh meningkatkan hasil sediaada atau tidak pada bayi baru lahir dengan kondisi ensefalopati neonatal atau tidak.

Apakah keterbatasan bukti tersebut?

Kami hanya sertakan empat kajian kecil dalam ulasan ini. Banyak hasil yang kami anggap penting hanya dilaporkan sebahagiannya atau tidak dilaporkan langsung. Oleh itu, kami sangat tidak pasti tentang kesan rawatan melatonin dibandingkan dengan rawatan piawai (dengan atau tanpa terapi penyejukan) untuk bayi baru lahir dengan ensefalopati neonatal .

Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengkaji kesan melatonin terhadap hasil pada kondisi ensefalopati neonatal.

Adakah bukti ini yang terkini?

Bukti adalah terkini sehingga Ogos 2025.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulasan ini. Diterjemah oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (IMU University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).

Ulasan Cochrane ini pada asalnya dicipta dalam bahasa Inggeris. Ketepatan terjemahan adalah tanggungjawab pasukan terjemahan yang menghasilkannya. Terjemahan dihasilkan dengan berhati-hati dan mengikut proses standard untuk memastikan kawalan kualiti. Namun, sekiranya berlaku ketidakpadanan, terjemahan yang tidak tepat atau tidak sesuai, versi asal Bahasa Inggeris diutamakan.

Petikan
Hurley T, O'Dea M, Aslam S, Stewart PA, Aly H, Cooper C, Robertson NJ, Molloy E. Melatonin treatment for neonatal encephalopathy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2026, Issue 4. Art. No.: CD013754. DOI: 10.1002/14651858.CD013754.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan