Pengguguran perubatan kendiri berbanding yang diselia doktor bertauliah (ulasan)

Soalan ulasan

Tujuan ulasan ini adalah untuk membandingkan samada wanita yang mengambil ubat-ubatan pengguguran sendiri tanpa pengawasan doktor boleh berbuat demikian dengan jaya dan selamat seperti wanita yang mengambil ubat-ubatan dengan kehadiran doktor/ petugas kesihatan terlatih.

Latar belakang

Pengguguran secara perubatan digunakan untuk menamatkan kehamilan adalah berjaya dan selamat sekiranya wanita mempunyai akses kepada maklumat dan sumber yang tepat. Melalui pengguguran secara perubatan oleh petugas perubatan bertauliah, ubat-ubatan diambil dengan kehadiran petugas kesihatan terlatih. Akses kepada ubat-ubatan pengguguran perubatan telah meningkatkan dan memberikan wanita lebih kawalan ke atas prosidur keguguran mereka melalui pengambilan sendiri. Dalam pengguguran perubatan kendiri, wanita mengambil ubat-ubatan tanpa diselia oleh petugas kesihatan setelah mendapat maklumat dan sumber yang tepat. Ini adalah ulasan pertama dari kajian yang telah diterbitkan samada pengguguran perubatan kendiri adalah cara selamat dan berjaya untuk menamatkan kehamilan. Kami telah membuat perbandingan kejayaan dan keselamatan pengguguran perubatan kendiri berbanding pengguguran perubatan yang diselia doktor/petugas kesihatan.

Ciri-ciri kajian

Kami telah meneliti 18 kajian (dua kajian secara kawalan rawak dan 16 kajian kohort prospektif) yang meliputi 11,043 wanita yang menjalani pengguguran perubatan peringkat awal (sehingga sembilan minggu kehamilan) di 10 buah negara yang membandingkan pengguguran perubatan kendiri dengan pengguguran perubatan yang diselia doktor/ petugas kesihatan, selepas lawatan klinik yang pertama. Kebanyakkan kajian (16) dilakukan dalam persekitaran sumber yang rendah ke sederhana dan dua kajian dalam persekitaran sumber yang tinggi. Bukti yang dijelaskan dalam ulasan ini adalah dari hasil beberapa kajian yang telah diterbitkan sebelum 10 Julai 2019.

Keputusan utama

Wanita yang menjalani pengguguran perubatan kendiri di awal kehamilan (sehingga sembilan minggu kehamilan), mengalami pengalaman keguguran lengkap pada kadar yang sama seperti wanita yang membuat pengguguran di bawah seliaan doktor/petugas kesihatan dalam persekitaran sumber yang rendah ke sederhana dan sumber tinggi. Bukti tentang keselamatan adalah tidak pasti.

Kualiti bukti

Bukti kejayaan pengguguran perubatan kendiri berbanding pengguguran yang diselia oleh doktor/petugas kesihatan adalah dalam kepastian yang sederhana, disebabkan oleh ketidaktentuan dalam kajian. Bukti keselamatan intervensi-intervensi ini adalah sangat rendah disebabkan oleh ketidaktentuan dalam kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Asmidar Alias (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Rosediani Muhamad (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save