Maklum balas pelanggan dalam terapi psikologi untuk kanak-kanak dan remaja dengan masalah kesihatan mental

Mengapakah ulasan ini penting?

Maklum balas sistematik daripada pelanggan kepada ahli psikoterapi mungkin boleh meningkatkan hasil terapi psikologi. Lazimnya, maklum balas pelanggan diberikan secara berkala sepanjang tempoh terapi. Pelanggan mengisi soal selidik tentang perasaan mereka terhadap terapi dan perasaan mereka secara umum. Soal selidik itu akan diberi markah dan disemak oleh ahli terapi. Ideanya ialah ahli terapi akan menggunakan maklum balas untuk melaraskan proses terapi, bertujuan untuk meningkatkan kesesuaian pelanggan-ahli terapi dan pelanggan-terapi serta, akhirnya, penglibatan pelanggan, tindak balas rawatan dan hasil. Terdapat bukti empirikal untuk penggunaan maklum balas pelanggan dalam psikoterapi orang dewasa bagi meningkatkan hasil dan tindak balas, tetapi terdapat pengetahuan terhad tentang amalan ini pada kanak-kanak dan remaja. Ulasan ini boleh memberikan pemahaman yang lebih baik tentang peranan semasa maklum balas pelanggan dalam psikoterapi untuk kanak-kanak dan remaja, serta hala tuju masa depan yang menggalakkan amalan berasaskan bukti dalam psikoterapi kanak-kanak dan remaja.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Ahli psikoterapi yang bekerja dengan kanak-kanak dan remaja, pembuat dasar, kanak-kanak dan remaja dengan masalah kesihatan mental, dan penjaga serta saudara-mara mereka.

Apakah soalan yang ingin dijawab oleh ulasan ini?

Sesetengah kajian mencadangkan bahawa maklum balas pelanggan mempunyai kesan positif terhadap hasil psikoterapi orang dewasa. Kami tidak tahu sama ada maklum balas pelanggan berkesan terhadap kanak-kanak dan remaja.

Kajian manakah yang disertakan dalam ulasan ini?

Untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini, kajian perlu adalah kajian rawak terkawal, di mana kanak-kanak dan remaja dengan masalah kesihatan mental diperuntukkan secara rawak (secara kebetulan sahaja) untuk menerima sama ada psikoterapi dengan maklum balas pelanggan atau psikoterapi biasa. Kami telah mencari pangkalan data elektronik untuk semua percubaan sedemikian sehingga 3 April 2018, dan menjumpai enam (dengan jumlah 1097 kanak-kanak dan remaja) yang memenuhi kriteria kemasukan kami.

Apakah bukti daripada ulasan ini menunjukkan kepada kami?

Terdapat beberapa penyiasatan mengenai maklum balas pelanggan dalam terapi psikologi untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah kesihatan mental. Kebanyakannya dijalankan di Amerika Syarikat dengan kanak-kanak yang lebih tua dan remaja (11 hingga 18 tahun).

Tiada bukti yang untuk menyokong keberkesanan maklum balas pelanggan dalam terapi psikologi untuk kanak-kanak dan remaja.

Apakah yang patut berlaku seterusnya?

Tidak dapat dinafikan bahawa maklum balas pelanggan mempunyai kesan positif terhadap hasil psikoterapi pada kanak-kanak dan remaja. Kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk menyediakan bukti yang mencukupi. Kajian masa depan harus merangkumi kanak-kanak yang lain lebih muda dan dilakukan di negara selain USA.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information