Gonadotrofin untuk mendorong ovulasi pada wanita dengan sindrom ovari polikistik (PCOS)

Soalan ulasan

Untuk membandingkan keberkesanan dan keselamatan gonadotrofin, hormon yang mengawal sistem pembiakan, sebagai rawatan garis kedua untuk merangsang ovulasi pada wanita dengan PCOS yang tidak ovulasi atau hamil dengan clomiphene citrate.

Latar belakang

Kemandulan akibat gangguan ovulasi adalah sebab yang paling biasa bagi wanita untuk mendapatkan kaunseling atau rawatan. Wanita-wanita ini dirawat dengan menstimulasi ovulasi dengan ubat, yang disebut 'induksi ovulasi'. Ini biasanya dilakukan dengan ubat tablet yang mengandungi clomiphene citrate, sebagai rawatan pertama. Sekiranya wanita tidak bertindak balas terhadap ubat ini, rawatan garis kedua wanita yang paling biasa adalah induksi ovulasi dengan gonadotrofin, yang merupakan ubat suntikan. Pelbagai jenis gonadotrofin telah dibangunkan: produk yang berasal dari kencing, yang terdapat dalam bentuk tapisan (FSH-P), dan bentuk purifikasi yang tinggi (FSH-HP), dan gonadotrofin menopaus manusia, juga terdapat dalam bentuk purifikasi yang tinggi (HP-HMG). Akhir sekali, rekombinan FSH (rFSH) telah dibangunkan secara artifisial untuk mendapatkan kesucian yang lebih tinggi.

Wanita yang bertindak balas, tetapi tidak mengandung dalam enam kitaran clomiphene citrate ovulasi, boleh meneruskan dengan clomiphene citrate atau bertukar kepada gonadotrofin.

Ciri-ciri kajian

Ulasan termasuk 15 kajian, meliputi 2387 wanita. Sepuluh kajian membandingkan gonadotropin yang berasal dari kencing dengan rFSH. Daripada jumlah ini, tiga kajian berbanding rFSH dengan gonadotropin menopaus manusia, dan tujuh kajian berbanding rFSH dengan FSH-HP. Empat kajian berbanding FSH-P dengan gonadotrophin menopaus manusia. Satu kajian berbanding gonadotrofin dengan clomiphene citrate yang berterusan. Kami mendapati tiada kajian yang membandingkan rFSH dengan FSH-P, atau FSH-HP dengan FSH-P. Buktinya adalah hingga Januari 2018.

Keputusan-keputusan utama

Adalah terdapat sedikit atau tiada perbezaan di antara gonadotrofin yang berasal dari kencing dan rekombinan FSH dari segi kelahiran hidup, kadar kehamilan berganda, kehamilan klinikal, atau kadar keguguran. Kami tidak pasti sama ada gonadotrofin menopaus atau hormon yang menstimulasi folikel meningkatkan hasil kehamilan pada wanita dengan PCOS. Kami tidak pasti sama ada intervensi mengurangkan kejadian sindrom hipertimulasi ovari.

Apabila dibandingkan dengan rawatan berterusan dengan clomiphene citrate, gonadotrofin mengakibatkan lebih banyak kelahiran hidup tanpa meningkatkan kadar kehamilan berganda. Gonadotrofin mengakibatkan lebih banyak kehamilan klinikal, tetapi juga lebih banyak keguguran daripada clomiphene citrate, sementara tidak terdapat kes sindrom hipertimulasi ovari.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah hingga sangat rendah untuk hasil daripada rFSH versus gonadotrofin yang berasal daripada kencing, dan gonadotrofin menopaus manusia berbanding FSH-P. Kualiti bukti adalah sederhana untuk hasil daripada gonadotrofin berbanding dengan clomiphene citrate yang berterusan.

Sepuluh daripada lima belas kajian yang termasuk dalam ulasan ini melaporkan penaja komersial.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Lai Nai Ming (Taylor’s University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save