Cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata untuk mencegah dan merawat gejala-gejala mata dalam kalangan pengguna komputer

Apakah matlamat ulasan ini?

Pengguna-pengguna komputer sering kali mempunyai masalah mata atau sakit kepala. Cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata mungkin berupaya mungkin membantu mengurangkan atau mencegah gejala-gejala berkenaan. Kami telah mengkaji kesan-kesan kaedah rawatan tadi terhadap gejala mata dan kualiti hidup.

Mesej-mesej utama

Cermin mata komputer yang mengandungi jenis-jenis kanta tertentu tidaklah berbeza dengan cermin-cermin mata komputer lain dari segi simptom mata. Dalam jangka masa pendek, cermin mata komputer berkemungkinan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurangkan gejala mata jika dibandingkan dengan cermin mata biasa. Pemerhatian susulan pada bulan keenam mendapati bahawa tidak terdapat faedah tambahan apabila cermin mata komputer. Bukti-bukti mengenai penggunaan cermin mata komputer dalam jangka masa panjang pula tidak wujud. Memandangkan kualiti bukti dalam ulasan ini adalah sangat rendah, kami tidak dapat mengesahkan kebenaran kesimpulan ini. Tidak terdapat ujikaji mengenai kebolehan kanta lekap dan pembedahan mata untuk mengurangkan gejala mata dalam kalangan pengguna komputer. Kajian rawak yang mengandungi bilangan peserta yang banyak diperlukan untuk memperbaik penilaian gejala mata pada rawatan susulan tahun pertama.

Apakah yang telah dikaji dalam ulasan ini?

Kami menemukan lapan ujikaji yang mengandungi sejumlah 381 peserta. Semua ujikaji telah mengkaji cermin mata. Kami tidak menemui ujikaji yang mengkaji kanta lekap atau pembedahan mata. Dua ujikaji telah menilai penggunaan cermin mata komputer secara progresif, di mana titik fokusnya ditukar dari jarak dekat kepada jarak komputer secara beransur-ansur; namun begitu, salah satu ujikaji berkenaan tidak melaporkan sebarang data. Dua kajian lain telah menilai penggunaan cermin mata komputer secara progresif, di mana titik fokus yang paling jauh berada dua meter di belakang skrin komputer. Lima kajian lagi telah menilai penggunaan cermin mata komputer secara progresif, di mana titik fokusnya berjulat dari jarak dekat ke jarak jauh. Satu kajian telah menilai sama ada cermin mata yang digunakan oleh peserta-peserta berkenaan selama ini (1) boleh diperbaik atau (2) mempengaruhi visi (penglihatan) komputer; akan tetapi, kajian ini tidak melaporkan sebarang data. Berdasarkan pentaksiran kami, risiko bias adalah tidak jelas dalam empat ujikaji, tinggi dalam dua ujikaji, dan rendah dalam satu ujikaji.

Apakah dapatan utama ulasan ini?

Cermin mata komputer progresif berbanding dengan cermin mata komputer jenis lain
Satu ujikaji tidak menemui perbezaan antara cermin mata komputer progresif dan cermin mata komputer berfokus tunggal dari segi gejala mata.

Cermin mata komputer progresif (yang turut mempunyai fokus berjarak sederhana di bahagian atasnya) berbanding dengan cermin mata komputer jenis lain
Dua ujikaji telah menemukan perbezaan kecil dari segi gejala mata antara cermin mata komputer progresif (termasuklah cermin mata yang berfokus jarak sederhana) dan cermin mata progresif bagi penggunaan harian apabila mereka telah digunakan selama seminggu hingga sebulan. Tidak terdapat perbezaan dari segi kepeningan antara kedua-dua jenis cermin mata tadi. Satu lagi kajian tidak menemui perbezaan dari segi gejala mata antara cermin mata komputer progresif dan cermin mata komputer berfokus tunggal selepas satu tahun penggunaannya.

Cermin mata komputer progresif yang merangkumi fokus jarak jauh di bahagian atasnya, berbanding dengan jenis cermin mata yang lain
Dua ujikaji yang berbeza tidak menemui perbezaan dari segi gejala mata antara cermin mata komputer (yang mempunyai fokus jarak jauh) dan cermin mata dwifokal atau trifokal selepas satu bulan penggunaannya. Satu ujikaji mendapati bahawa penggunaan cermin mata berfokus tunggal selama setahun adalah sebaik penggunaan cermin mata komputer. Satu lagi kajian telah membandingkan penggunaan cermin mata komputer progresif terhadap penilaian stesen kerja komputer pesertanya dan cermin mata komputer sendiri. Dalam kajian ini, penggunaan cermin mata komputer progresif telah memperbaik skor gejala astenopia (keletihan mata) sebanyak kira-kira 40%.

Setakat manakah ulasan ini dikemaskinikan?

Kami telah mencari kajian-kajian yang telah diterbitkan sehingga 20 Disember, 2017.

Nota terjemahan: 

Nota terjemahan CD009877.pub2Diterjemahkan olehTan Wing (Melaka -Manipal Medical College). Disunting oleh ---. untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi ------

Tools
Information