Latar belakang
Pneumonia adalah jangkitan paru-paru. Dalam kalangan kanak-kanak, ia ialah salah satu punca utama kematian kanak-kanak di seluruh dunia. Pneumonia boleh diklasifikasi berdasarkan garis panduan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Klasifikasi ini melibatkan penilaian tanda-tanda dan gejala klinikal tertentu dan keterukan penyakit. Rawatan kemudiannya disesuaikan mengikut klasifikasi. Bagi pneumonia yang tidak teruk, WHO mengesyorkan penggunaan antibiotik oral sebagai rawatan. Walau bagaimanapun, pneumonia sering disebabkan oleh virus yang tidak memerlukan pengurusan antibiotik tetapi memerlukan penjagaan sokongan. Sebaliknya, pneumonia yang disebabkan oleh bakteria memerlukan pengurusan antibiotik untuk mengelakkan komplikasi. Memandangkan tiada cara jelas untuk membezakan organisme sebenar yang menyebabkan pneumonia, adalah dianggap selamat untuk memberi antibiotik. Walau bagaimanapun, ini boleh membawa kepada rintangan antibiotik dan lantas menghadkan penggunaan antibiotik dalam jangkitan masa depan. Oleh itu, soalan timbul sama ada penggunaan antibiotik adalah wajar dalam pneunomia yang tidak teruk.
Soalan ulasan
Kami telah cuba mengenal pasti bukti sama ada terdapat perbezaan hasil rawatan dengan penggunaan atau tanpa antibiotik tidak teruk dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 2 hingga 59 bulan.
Keputusan utama
Kami menjalankan carian kajian-kajian klinikal yang diterbitkan sehingga Mac 2014 yang menilai persoalan ini. Kami tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian yang dijalankan berkaitan dengan soalan ulasan kami.
Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com